Social Icons

Wednesday 29 May 2013

Sambutan Hari Guru 16 Mei Peringkat Sekolah

16 Mei 2013-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di sekolah pada hari khamis, 16 Mei 2013 bertempat di Tapak Perhimpunan SKGB.  Bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda, majlis hari guru disambut dengan sederhana tetapi penuh dengan kegembiraan oleh para guru dan murid.Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya persembahan nyanyian dari guru dan juga murid, pertandingan gubahan, pertandingan memasak bagi guru lelaki, deklamasi sajak oleh puan guru besar, hadiah cabutan bertuah dan lain-lain.  Majlis sambutan hari guru berakhir dengan Hi-Tea di Sutera Beach Resort di Merang.


Lawatan Penanda Aras SK Kota Masai, Johor.

29 Mei 2013 - Lawatan Penanda Aras dari SK Kota Masai, Johor ke Sk Gong Badak, Kuala Terengganu.  Rombongan disertai Guru Besar SK Kota Masai iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, diiringi bersama 50 orang warga pendidik SK Kota Masai.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Guru Besar Sk Gong Badak, Pn. Hjh Ramlah binti Mohamad Nor, PK1, En Nasir, PK Hem, Pn Siti Arbaiyah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Hamidah dan juga guru-guru panitia SKGB.

GB dan warga SK Kota Masai bersarapan pagi dengan menu Nasi Dagang Terengganu di kantin SKGB.



Ucapan daripada GB SKGB bagi menghargai kedatangan warga SK Kota Masai.

 Ucapan terima kasih daripada GB SK Kota Masai.  Kunjungan warga pendidik dari SK Kota Masai dapat mengikatkan ukhuwah, bertukar pandangan dan idea serta dapat melihat sendiri kelebihan dan kekuatan kejayaan SKGB.


Di sesi akhir, pihak SKGB dan SK Kota Masai saling menyampaikan cenderahati tanda ingatan.  Semoga kunjungan sebegini dapat memberi idea yang lebih baik bagi pembangunan pada anak bangsa.  Terima Kasih di atas kunjungan ke SKGB.






Sesi bergambar warga Pendidik SK Kota Masai dan SK Gong Badak.







Sunday 12 May 2013

Program Motivasi Keibubapaan

12 Mei 2013 - Program Motivasi Keibubapaan Anakku Sayang 2013 telah dijalankan di Bilik Galeri SK Gong Badak.  Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kelas PKI dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling SKGB.

Seramai 60 orang ibubapa hadir dalam program  motivasi ini.  Antara objektif program ini adalah memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar tentang potensi yang ada pada diri anak-anak serta betapa pentingnya setiap potensi tersebut untuk diperkembangkan.

Jemputan dua orang penceramah iaitu Puan Hajah Maimunah Binti Rofa yang membawa tajuk ceramah iaitu Motivasi Keibubapaan dan Dato' Hamzah Bin Mohamad dengan tajuk ceramahnya, Terapi Berkuda.

Semoga program ini membuka minda dan menambah pengetahuan tentang kelebihan dan kebaikan mempunyai anak-anak istimewa.


Puan Guru Besar SKGB, Puan Hajjah Ramlah memberi kata alu-aluan dan penghargaan di atas kunjungan dan sambutan daripada ibu bapa.





Ibu  bapa penuh semangat mendengar ceramah yang di bawa oleh Puan Hajjah Maimunah dan Dato' Hamzah.




Akhir sesi, Puan Guru Besar menyampaikan cederahati kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menjayakan program motivasi ini.