Social Icons

Tuesday 19 February 2013

PROGRAM MOTIVASI KENAL DIRI

Selasa 19.2.2013 - Program motivasi kenal diri ini dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama JK UPSR SKGB.  Majlis bermula jam 8.00 pagi bertempat di surau sekolah yang dihadiri seramai 122 murid tahun 6 iaitu calon UPSR 2013.

Objektif program ini adalah memberi kesedaran tugas dan peranan murid sebagai calon upsr, membina sahsiah dan akhlak pelajar yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat dan juga melahirkan pelajar yang sedar diri, insaf diri dan menukar sikap negatif kepada positif dalam mengejar ilmu di dunia dan di akhirat.

Program dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK), Puan Hamidah binti Abdul Rashid.  Puan Hajah Norma (bekas guru B&B SK Kompleks Gong Badak) dijemput di dalam program ini.

Program dimulakan dengan zikir munajat dan  seterusnya beliau membangkitkan kesedaran dengan memberikan contoh dan tips kejayaan yang telah dicoretkan oleh pelajar-pelajar yang berjaya.

Semoga program motivasi kali ini akan menyuntik semangat dan keazaman baru dalam diri pelajar calon upsr tahun ini. Insya Allah.

Thursday 14 February 2013

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG (MENTOR MENTEE)

Khamis 14 Februari 2013 - Program Guru Penyayang ini dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Murid dengan kerjasama Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling SKGB, yang antara objektif adalah untuk membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah, mewujudkan suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa.

Semua guru dan murid berkumpul di tapak perhimpunan bermula 730 pagi.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mat Ali dan diikuti ucapan ringkas tentang majlis pelancaran program guru penyayang dari pengerusi majlis, Puan Hamidah Binti Abdul Rashid.

Ucapan dan perasmian disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Hajah Ramlah binti Mohamad Noor.  Puan GB mengucapkan syukur dan berterima kasih  kepada semua guru yang telah dilantik secara rasmi  sebagai mentor dan juga guru pembantu yang akan dipertanggungjawabkan menjadi ibubapa angkat kepada murid-murid.

Majlis diteruskan dengan penyerahan fail konsep Guru Penyayang oleh Puan GB kepada setiap mentor.  Mentor akan menngambil mentee (ketua dan penolong ketua kelas) untuk bersama-sama ke pentas menerima fail dan bersalaman dengan Puan GB.  Majlis berjalan lancar dalam suasana meriah.

Thursday 7 February 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT KALI PERTAMA TAHUN 2013

Khamis 7.2.2013 - Majlis Solat Hajat SKGB dianjurkan oleh Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama  Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling SKGB. Antara tujuan majlis ini adalah bagi memohon keberkatan dan kejayaan pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR.

Ibubapa murid tahun 6 dan guru SKGB di jemput hadir.  Solat Magrib diimamkan oleh ustaz jemputan daripada Pusat Islam UNISZA.  Diikuti bacaan Yassin dan solat Hajat. Solat Isya' berjemaah berimamkan Yang Berhormat Ustaz Muhammad Ramli bin Haji Nuh (ADUN TEPOH)..

Di akhir majlis, Puan Guru Besar, Hajah Ramlah Binti Mohamad Noor menyampaikan cenderahati kepada YB, YDP PIBG dan ustaz Unisza sebagai ucapan terima kasih atas kesudian hadir menjayakan majlis.

Sunday 3 February 2013

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS TAHUN 2013

Ahad 3 Februari 2013 - Kursus kepimpinan diadakan adalah bertujuan memberi pengalaman dan pendedahan tentang tugas dan tanggungjawab pengawas di sekolah.  Melalui program ini juga pengawas diiktiraf dengan penyampaian watiqah perlantikan.

Majlis bermula dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Puan Hamidah Binti Abdul Rashid, diikuti bacaan doa oleh Ustaz Mat Ali dan seterusnya ucapan alu- aluan Puan Guru Besar, Hajah Ramlah Binti Mohamad Noor.

Sesi ceramah motivasi disampaikan oleh Encik Idrulhisyam Bin Ismail (pensyarah IPG) yang bertajuk "Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin".

Akhir kursus, penyampaian watiqah disempurnakan oleh tuan penceramah iaitu Encik Idrulhisyam yang diiringi Puan Guru Besar dan juga PK HEM, Puan Siti Arbaiyah Binti Yusof.