Social Icons

Wednesday 31 July 2013

KUIZ IHYA RAMADHAN 1434H

Rabu, 31 Julai 2013 - Kuiz Ihya Ramadhan adalah salah satu aktiviti di dalam program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKGB.  Kuiz ini disertai oleh pelajar tahun 6 dan dibahagikan 4 orang pelajar bagi setiap kumpulan di setiap kelas.  Program ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dibantu oleh guru praktikal dari IPG Kuala Terengganu sebagai pengacara dan pencatat markah iaitu Ustaz Mohd Akmal Faiz dan Ustaz Hafizillah.

Hakim bagi kuiz ini pula terdiri daripada Ustaz Syamsuddin dan Ustaz Mohd Ali.  Soalan kuiz ini merangkumi soalan mengenai puasa di bulan Ramadhan  yang kesemuanya terdiri daripada 16 soalan.

Antara objektif program ini adalah pengisani aktiviti di bulan Ramadhan dan dapat membentuk keberanian pelajar-pelajar serta menguji kefahaman tentang pembelajaran Agama Islam.

Tahun 6 Ibnu Sina menjadi johan bagi progam kuiz ini diikuti tahun 6 Ibnu Rushd, 6 Abu Darda dan juga 6 Abu Hurairah.  Sebelum mengakhiri program Kuiz ini, Ustaz Syamsudin sempat memberikan tazkirah berkenaan Nuzul Quran dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta.

Sunday 28 July 2013

MAJLIS KHATAM QURAN RAMADHAN 1434H

Isnin, 29 Julai 2013 - Pada jam 730 pagi, semua pelajar dan guru-guru menghadiri Majlis Khatam Quran yang diadakan di tapak perhimpunan.  Khatam quran ini dilaksanakan pada 20 Ramadhan 1434H sempena tamatnya tadarus quran yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini di bawah Program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam.

Majlis Khatam Quran ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dijayakan juga oleh guru-guru panitia Agama Islam. Program ini diakhiri dengan Bacaan Doa Khatam Quran yang di wakili oleh pelajar lelaki tahun 6.


Bacaan  Quran oleh sekumpulan pelajar lelaki tahun 6
Semua pelajar dan guru sedang khusyuk membaca ayat Quran

Pelajar sedang membaca Doa Khatam Quran





PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Ahad, 21 Julai 2013 - Murid-murid tahun 6 telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR.  Sebahagian besar murid-murid tahun 6 ditempatkan di Dewan Sekolah manakala selebihnya di kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Rushd.

Murid-murid telah berkumpul di Surau Sekolah untuk program bacaan Yassin, seterusnya Guru Penolong Kanan 1 (En Mohd Nasir Bin Embong) telah menyampaikan nasihat dan pesanan sebelum murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan.  Selepas doa dibaca dan amanat disampaikan oleh guru-guru tahun 6, mereka beratur memasuki dewan dalam keadaan tertib sebagaimana peperiksaan UPSR sebenar nanti.  Tujuan peperiksaan dan persediaan ini dijalankan adalah untuk:-

1. Memberi pengalaman dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
2. Memberi peneguhan terhadap setiap mata pelajaran UPSR.
3. Menguji tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran.
4. Menyediakan murid baik dari segi mental mahupun fizikal menghadapi peperiksaan.
5. Memberi pengalaman kepada semua calon UPSR mengawal emosi atau stress peperiksaan.

Guru-guru Jawatankuasa UPSR dan semua warga SKGB mengucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang, semoga kejayaan akan mengiringi semua murid calon UPSR 2013.

PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI PPD - EN HALIDAN BIN AWANG

Rabu, 24 Julai 2013 - Pada jam 930 pagi semua guru SKGB telah diarahkan berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada seorang pegawai PPD Kuala Terengganu, En Halidan Bin Awang.  Beliau telah datang untuk membuat pemantauan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang.  Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk:-

1. Membendung gejala ponteng di kalangan murid.
2. Murid merasai diri dihargai.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
4. Meningkatkan kecaknaan guru terhadap murid.

Beliau telah peringatkan bahawa Amalan Guru Penyayang perlu dilaksanakan oleh semua guru kerana ianya disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Antara yang disarankan termasuklah:-

1. Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah.
2. Menghantar murid pulang ke pintu pagar selepas waktu persekolahan.
3. Memberi penghargaan kepada murid, contohnya meraikan hari jadi murid, kejayaan dalam peperiksaan dan lain-lain.
4. Bertanya khabar dan berbincang permasalah murid.
5. Program Mentor -Mentee.

Beliau berharap program ini dapat dilaksanakan dan membuat laporan bertulis sepanjang program ini dilaksanakan.  Beliau juga menyatakan kerajaan memberi amanah kepada semua guru untuk menghargai dan menyayangi setiap murid kita.  Tanpa guru siapalah yang akan memegang amanah itu.

Wednesday 24 July 2013

SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

23 Julai 2013, Selasa - Seramai 5 orang pegawai dari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah bermurah hati meraikan anak-anak yatim Sekolah Kebangsaan Gong Badak.  Seramai 20 orang yang terdiri daripada murid-murid tahun 1 hingga tahun 6.  Mereka telah menerima sumbangan berupa wang tunai berjumlah rm50 seorang.  Antara objektif program ialah untuk:

1. Meringankan beban murid yang ketiadaan bapa.
2. Mengembirakan hati anak-anak yatim untuk menyambut hari raya.
3. Mewujudkan rangkaian persefahaman antara sekolah dengan PMINT.
4. Menginsafi kesusahan orang lain dan bersyukur atas nikmat kurniaan Illahi.

Antara murid-murid yang menerima sumbangan ialah:

1. Addin Iqwan B. Hilman - 1 Abu Dardha
2. Nur Cameilah Bt ABdul Rani - 1 Abu Dardha
3. Muhammad Azreil Aiman B. Mohd Azlan - 1 Ibnu Rushd
4. Asyid B. Abdul Mani - 2 Ibnu Sina
5. Siti Syazwani Bt Razali - 2 Ibnu Rushd
6. Siti Saidatul Najwa Bt. Ibrahim - 3 Abu Hurairah
7. Siti Aisyah Bt Abd Wahab - 3 Ibnu Rushd
8. Addin Syahidan B. Hilman - 3 Abu Dardha
9. Audi B. Abdul Mani - 4 Ibnu Sina
10. Nur Hidayah Bt. Abu Bakar - 5 Abu Hurairah
11. Intan Syarene Bt Herudi - 5 Abu Hurairah
12. Muhammad Amir B. Abd Wahab - 5 Abu Hurairah
13. Puteri Ayuni Bt Zanidi - 5 Abu Hurairah
14. Aina Bt Abdul Mani - 6 Ibnu Sina
15. Ahmad Baihaqi B. Mohamed Ruslan - 6 Ibnu Rushd
16. Harith Iskandar B. Mohd Hadi - 6 Ibnu Rushd
17. Azri Haikal B.Burhanudin - 6 Ibnu Rushd
18. Shaiqah Najwa Bt Hilman - 6 Ibnu Rushd
19. Nur Aishah Bt Mukhtar - 6 Abu Hurairah
20. Nur Haadi B. Abdul Rani - 6 Abu Dardha

Cikgu Che Shuhaida selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan murid telah membuat persiapan seawal jam 830pagi. Murid-murid berkumpul di Bilik Galeri Gemilang pada jam 9.00 pagi.

Antara pegawai PMINT yang hadir ialah:

1. En. Wan Rohaizab b. Wan Othman
2. Puan Rosmawati Bt. Mohd Jamil
3. Puan Noorina Bt Ibrahim
4. Puan Nor Sabihah bt Fidri

Cg Hamidah sebagai pembuka majlis.  Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak PMINT atas kesudian hadir ke SKGB.
Ucapan  Guru Besar, Pn Hjh Ramlah bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMINT dan kata-kata nasihat kepada pelajar akan penggunaan dengan bijak atas sumbangan yang diterima.


Ucapan daripada Pegawai PMINT, Pn Rosmawati sebagai wakil pihak PMINT


Acara penyampaian sumbangan kepada setiap anak yatim oleh pegawai-pegawai PMINT.



Sunday 21 July 2013

GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING BARU

Ahad, 21 Julai 2013 - Seorang guru bimbingan dan kaunseling telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu Puan Nor Ulfah binti Muda menggantikan Puan Hamidah Binti Abd Rashid.  Beliau bertukar dari Sekolah Kebangsaan Ru Rendang, Marang, Terengganu.  Beliau telah berkhidmat sebagai guru bimbingan dan kaunseling selama 2 tahun setengah.  Beliau telah mendapat pendidikan di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Sarjana Muda Kaunseling.  Diharapkan dengan kedatangan beliau ke Sekolah Kebangsaan Gong Badak ini dapat membentuk dan membimbing murid-murid SKGB dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.  Insya Allah.

Wednesday 10 July 2013

PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN MURID-MURID SKGB 2013

Jom Rawat Gigi! Seramai 7 orang jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Batu Rakit Kuala Terengganu telah mengadakan rawatan pergigian kepada murid SKGB bermula 22 Mei 2013 sehingga 11 Julai 2013.

Rawatan pergigian ini merupakan program usahasama Klinik Pergigian Batu Rakit dengan SKGB yang diadakan sepanjang tahun.  Antara jururawat-jururawat yang bertugas termasuklah:

1. JP Roslizawati Mamat
2. JP Zalina Mat Ali
3.JP Noor Azlina Bandras
4. PKK Ruzipah Hussin
5. PPK Nazri Muda
6. PPK M.Shukor M.Noor
7. PPK Rohaida Ismail

Tuesday 9 July 2013

PROGRAM BERSAMA STABILO

Isnin, 8 Julai 2013 - Murid-murid tahun 6 dapat bersama-sama wakil stabilo di dewan SKGB.  Mereka dapat mendengar penerangan tentang peralatan  keluaran stabilo seperti alat-alat tulis, pensil warna dan sebagainya.

Antara objektif program ialah memberi galakan kepada murid-murid agar berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi UPSR.  Mereka juga diberi kad ucapan dan juga berpeluang mengarang kad ucapan (Best Wishes) kepada rakan-rakan.

Murid-murid  menerima cenderahati (Pensil 2B) daripada wakil stabilo.  Pihak sekolah juga telah dihadiahkan barang-barang keluaran stabilo iaitu alat tulis sebagai cenderahati kenang-kenangan.  Semoga jumpa lagi.


KEM KEPIMPINAN SAHSIAH PELAJAR KOLEJ SISWA IPT PANTAI TIMUR (KESAKSIS)

Ahad, 7 Julai 2013 - Seramai 15 orang pelajar UMT telah bersama-sama murid SK Gong Badak bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan sekolah.  Seramai lebih kurang 100 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 telah mengikuti program tersebut. 

Antara objektif program KESAKSIS ialah untuk merapatkan hubungan dan kerjasama antara pelajar UMT dengan murid-murid dan warga sekolah.  Selain itu juga, program ini bertujuan meningkatkan sahsiah dan disiplin pelajar.  Murid-murid juga diberi suntikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan  melanjutkan pelajaran ke IPT apabila dewasa nanti.  Murid-murid amat gembira dapat berinteraksi dengan pelajar siswa dan siswi IPT yang sangat ceria mengendalikan program.  Antara slot program ialah sesi ceramah dan LDK.  Sebelum berakhir, murid-murid diberi cenderahati dan bergambar bersama fasilitator.  Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program.  Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, jika ada umur yang panjang, di lain masa berjumpa lagi.

Monday 8 July 2013

KEM HALUS MURID-MURID TAHUN 6 2013

Ahad, 07 Julai 2013 - Kem Halus merupakan program bimbingan akademik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa kecemerlangan UPSR kepada murid-murid tahun 6 Abu Hurairah dan 6 Abu Dardha seramai 40 orang.  Kem diadakan pada  hari Jumaat dan Sabtu (5 Julai 2013 hingga 6 Julai 2013) bertempat di BilikGaleri Gemilang SKGB.  Murid-murid diberi pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi semua subjek UPSR.

Para fasilitator terdiri daripada guru-guru Akram dan pemeriksa kertas subjek UPSR Negeri Terengganu.  Antaranya:

* Bahasa Melayu (Encik Mohd Zukri)
* Bahasa Inggeris (Encik Ramdzam)
* Sains (YM Tengku Hassan)
* Matematik (Encik Che Azmai)

Alhamdulillah, program ini berjalan lancar, cuma kehadiran pelajar kurang memberangsangkan, memandangkan hanya 26 orang daripada 43 orang murid yang hadir.  Jawatankuasa program telah memanggil murid-murid berkenaan untuk diberi nasihat dan dirujuk kepada Unit Bimbingan.  Sekalung penghargaan terima kasih kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua semua guru yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini. 


En Mohd Zukri sebagai fasilitator jemputan bagi Bahasa Melayu

Cg Maimun sebagai pengerusi majlis bagi sesi Bahasa Melayyu











Murid-murid tekun menjawab soalan


Fasilitator Matematik, En Che Azmai sedang menjamu selera di kantin SKGB


Murid-murid berehat sambil menjamu selera

PROGRAM KEM TUTORIAL MURID-MURID TAHUN 6 2013

Khamis, 4 Jun 2013 - Seramai 24 orang murid tahun 6 Ibnu Rushd telah mengikuti Kem Tutorial yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Terengganu.  Mereka telah mendaftar diri pada pukul 12.30 tengahari.  Sekolah Kebangsaan Gong Badak di bahagian pendaftaran murid.

Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program Kem Tutorial kali ini ialah SKTok Jembal, SK Gong Badak, SK Bukit Nenas, SK Guntung, SK Tanjung Gelam, SK Kompleks Gong Badak, SK Seberang Takir dan SK Pulau Redang.  Selain bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan murid dalam subjek UPSR, mereka juga berpeluang berkenalan dengan murid-murid di sekolah berdekatan.  Semoga program sebegini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang demi kecemerlangan UPSR Negeri Terengganu.