Social Icons

Friday 30 August 2013

PERTANDINGAN KOIR PENDIDIKAN KEBERSIHAN TERENGGANU

Prasekolah telah menghantar satu pasukan koir ke Pertandingan Koir Pendidikan Kebersihan Negeri Terengganu peringkat daerah. Pertandingan ini telah berlangsung di SK Sultan Sulaiman 1 pada Ahad, 25 Ogos 2013 yang lalu. Objektif penyertaan ini adalah untuk memberikan pendedahan luar kelas kepada murid prasekolah. Ia juga membentuk sikap berkerjasama dan saling menghormati dikalangan ahli pasukan.
Walau bagaimana pun pasukan koir kami hanya mendapat saguhati. Namun begitu objektif asal penyertaan tercapai.Murid-murid yang menyertai amat gembira dengan pengalaman berada di pentas yang besar dengan penonton yang ramai. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Latihan terakhir sebelum ke Pertandingan
Debaran sebelum naik pentas....Good Luck

Sunday 25 August 2013

PROGRAM MEMBELI BAJU RAYA UNTUK ANAK YATIM

Khamis, 1 Julai 2013 - Pihak sekolah SKGB telah menganjurkan satu program untuk anak-anak yatim.  Seramai 22 org anak yatim telah di bawa ke Giant Kuala Terengganu dan Mydin Mall Kuala Terengganu dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang untuk membeli pakaian raya seperti Baju Melayu, Baju Kurung, T-Shirt, kasut dan sebagainya.  Guru yang mengiringi adalah seramai 6 orang.  Murid di bawa dengan menaiki van yang telah di sewa.  Setiap murid diperuntukkan sebanyak RM150 bagi setiap orang yang telah diderma oleh guru-guru dan juga ibubapa.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meringankan beban keluarga mereka dan sekaligus melahirkan rasa sayang danmengasihi kepada anak-anak yatim tidak mengira pendapatan keluarga mereka.  Selain itu juga, ianya bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk memilih sendiri pakaian raya yang mereka inginkan.  Tambahan pula, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan yang baik antara guru dan anak-anak yatim yang mana guru turut sama memilih pakaian untuk mereka.

Sebagai rumusan, program seperti ini akan terus dilaksanakan untuk tahun-tahun yang akan datang kerana ianya memberi kesan positif yang amat mendalam terutamanya anak-anak yatim.









Tuesday 20 August 2013

PROGRAM TEMU MURNI IBU BAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 6

Selasa, 20 Ogos 2013 - Program temu murni ibu bapa dan penjaga murid tahun 6, 2013 telah di adakan di Dewan SKGB bermula jam 11 pagi.  Program ini dipengerusikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Nor Ulfah binti Muda.

Antara objektif utama program ini adalah memberi kata-kata semangat untuk pelajar menduduki peperiksaan UPSR yang bakal diduduki tidak lama lagi dan memberi informasi arah tuju pelajar untuk ke sekolah menengah termasuk sekolah berasrama penuh dan sekolah berprestij tinggi serta memberi semangat dan dorongan kepada ibubapa tentang pendidikan anak-anak.


Ucapan Puan Guru Besar, Hjh Ramlah Binti Mohammad Noor
Penyampaian hadiah berupa wang tunai kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A, 4A dan 3A serta lulus kesemua mata pelajaran di dalam peperiksaaan pra dan percubaan UPSR yang di adakan baru-baru ini.

Kami, guru-guru dan warga sekolah serta ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar dan semoga pelajar meraih kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR nanti.



Sesi pendaftaran ibu bapa.

Pengerusi Majlis, Pn Nur Ulfah Binti Muda

Bacaan Doa Oleh YM Syed Emran Faisal Bin Syed Ahmad
Ucapan wakil PPD


Kehadiran Ibu bapa dan penjaga pelajar.








Penyediaan makanan untuk ibu bapa dan penjaga pelajar.







 Penyampaian hadiah kepada pelajar.











Temu Murni ibu bapa dan penjaga di kelas bersama guru kelas di setiap kelas.