Social Icons

Wednesday 26 February 2014

KURSUS KEPIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KELAS BAGI TAHUN 2014

27 Februari 2014, Khamis- Jawatan Kuasa Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Kursus Kepimpinan kepada Ketua dan Penolong Kelas bagi tahun 2014. Seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada ketua dan penolong kelas tahun 1 - 6.
Kursus ini bermula pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi. Pada jam 9.00 pagi, dimulakan dengan slot 1 iaitu Slot Cemarah tentang Tugas dan Tanggungjawab seorang ketua dan penolong kelas yang disampaikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan dan Kuanseling SKGB. Pada jam 10.00 pagi, peserta dibenarkan rehat sehingga 10.30 pagi.
Pada jam 10.30 pagi diteruskan dengan Slot yang kedua iaitu Slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dibantu oleh 6 orang Pembimbing Rakan Sebaya dari tahun 5.
Antara objektif kursus kepimpinan ini ialah:
  1. Membina sahsiah dan kualiti kepimpinan di kalangan ketua dan penolong kelas.
  2. Mengasah bakat kepimpinan dan kemahiran ketua dan penolong ketua kelas.
  3. Memberi suntikan semangat dan motivasi kepada kumpulan kumpulan sasaran supaya dapat menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Kursus ini berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Semoga semua ketua dan penolong kelas dapat menjalankan tugas dengan baik selepas ini.

Pembimbing Rakan Sebaya turut membantu

Slot LDK"Telinga Berkarat"

Slot LDK "PUZZLE"

Slot 1: Ceramah Tugas dan Tanggungjawab

Disampaikan oleh Pn.Nor Ulfah binti Muda

Edaran Fail dan alat tulis

Tuesday 25 February 2014

Majlis Perpisahan Pn.Norsiah binti Abdullah

26 Februari 2014, Rabu- Pihak sekolah telah magadakan Majlis Perpisahan kepada Puan Norsiah binti Abdullah yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pagar Besi mulai minggu hadapan.
Majlis dimulai dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Ustaz Mohd Ali bin Ngah. Seterusnya ucapan oleh Ketua Murid iaitu Adik Muhammad Akashah.
Seterusnya, majlis menjemput Puan Hjh.Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk menyampaikan ucapan sempena perpisahan Puan Norsiah.
Majlis turut menjemput Pn.Norsiah binti Abdullah bagi menyampaikan ucapan yang terakhir kepada guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak sebelum melangkah ke sekolah baru beliau.
Beliau berpesan kepada semua murid agar tidak meninggalkan solat kerana solat adalah tiang agama.
Semoga Puan Norsiah dapat memikul tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau di sana nanti.

Ucapan guru besar

Ucapan Ketua Murid

Ucapan Pn.Norsiah binti Abdullah


Sesi bersalaman dengan murid

Sesi bersalaman dengan guru



Sunday 23 February 2014

KEM BESTARI SOLAT 1/2014

Pihak sekolah telah menjalankan Kem Bestari Solat kali pertama untuk tahun ini dengan jayanya. ia telah diadakan untuk tahap 1 pada 7 Februari 2014, manakala untuk tahap 2 pada 8 Februari 2014.
Kem Bestari Solat bagi tahap 1 bermula pada jam pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Ia dimulai dengan taklimat pembahagian kumpulan, kemudian kem diteruskan dengan LDK tentang pengenalan anggota wudhu dan niat wudhu dan amali. Kem ini diakhiri dengan amali dan perlakuan solat di surau secara beramai-ramai.
Manakala Kem Bestari Solat tahap 2 pula telah diadakan pada 8 februari 2014 dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang.dimana dimulai dengan taklimat pembahagian kumpulan dan LDK 1 yang berkaitan dengan niat solat berjemaah dan LDK 2 yang berkaitan dengan bacaan surah fatihah, tahiyat awal, tahiyat akhir, amali dan perlakuan solat berjemaah. Murid-murid juga diberi lembaran kerja yang berkaitan. Kem diteruskan dengan penerangan tentang kedudukan makmun muafiq dan masbuq yang disampaikan oleh YM Syed Emran Faisal di surau. Murid-murid mengerjakan solat zohor berjemaah selepas itu semua bersurai.





Saturday 22 February 2014

Program Perjumpaan dan Motivasi Keibubapaan UPSR 2014

20.02.2014,Khamis- Program Perjumpaan dan Motivasi Keibubapaan UPSR 2014 telah berlangsung pada jam 10 pagi. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran ibubapa. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda,Guru Bimbingan dan Kaunseling SKGB. Seterusnya bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Majlis ini telah dihadiri oleh YDP PIBG iaitu Tn.Hj.Dr.Hashim Azmi bin Nooh dan En.Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah, Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Majlis seterusnya ucapan dan pembentangan program kecemerlangan UPSR daripada Puan Hjh. Ramlah binti Mohammad Noor. Antara Program Kecemerlangan UPSR yang dibentangkan ialah:
  1. Perjumpaan ibubapa/penjaga
  2. Solat Hajat Letak Kerja UPSR
  3. Bacaan Yasin, Solat Hajat Pagi, Solat Dhuha
  4. Kelas tambahan petang
  5. Kelas Malam
  6. Bengkel/teknik menjawab soalan
  7. Motivasi diri
  8. Cuti terancang
  9. Kem Gerak Gembur UPSR
  10. Kem Elit/Kem Halus
  11. Klinik UPSR
  12. Kem Mata Pelajaran
  13. Hari Anugerah Galakan
  14. Solat Hajat Menjelang UPSR
Pada jam 11.30 pagi, majlis diteruskan dengan ceramah motivasi kepada ibubapa dan murid oleh En.Mohd Tahar bin Sali. Seterusnya, ucapan ringkas daripada YDP PIBG SKGB iaitu Tn.Hj. Dr.Hashim Azmi bin Nooh. Majlis terakhir pada jam 1.00 Tengahari dan semua ibubapa yang ingin berjumpa dengan guru kelas masing-masing amat dialu-alukan.

Pendaftaran Ibubapa

Dipengerusikan oleh Puan Nor Ulfah binti Muda

Murid-murid tahun 6

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal

Ucapan oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar SKGB

Motivasi oleh: En.Mohd Tahar bin Sali

Ucapan oleh YDP PIBG, Dr. Hj.Hashim Azmi bin Nooh

Penghargaan kepada En.Mohd Tahar bin Sali

Pembahagian makanan kepada Ibubapa

Majlis Perpisahan Puan Rudiana binti Abdul Ghani

20.02.2014,Khamis- Majlis perpisahan Puan Rudiana telah diadakan pada jam 8.00pagi di tapak perhimpunan. Majlis telah dipengerusikan oleh En.Azmi bin Yahya. Majlis tersebut telah menjemput Puan Rudiana untuk memberi ucapan sempena beliau dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Kampong Gemuruh Kuala Terengganu.
Seterusnya, majlis memberi peluang kepada semua guru dan  murid yang ingin memberi hadiah tanda kenang-kenangan kepada Puan Rudiana sempena perpisahan beliau.
Majlis berakhir dengan  bersalaman-salaman dan bergambardengan Puan Rudiana.
Semoga Puan Rudiana dapat menunaikan amanah yang telah diberikan.




Majlis Penutupan Minggu Bahasa Inggeris

20.02.2014,Khamis - Majlis Penutupan Minggu Bahasa Inggeris bertempat di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Majlis dipengerusikan oleh Cik Nur Atikah binti Yusuf, Guru Praktikum dari IPG, Kampus Dato Razali Ismail telah memulakan majlis dengan acara persembahan nyanyian oleh murid tahun 4. Seterusnya persembahan tarian oleh kumpulan tarian sekolah.
Persembahan terakhir ialah The Cup Song yang dipersembahkan oleh murid tahun 6. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada murid-murid yang memenangi pertandingan. Hadiah juga turut diberikan kepada 10 orang guru yang dapat menjawab soalan "CrossWord Puzzle".




Perasmian Minggu Bahasa Inggeris

16.02.2014,Ahad- Majlis bermula pada jam 8 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dipengerusikan oleh guru praktikum dari UNISZA iaitu Cik Nur Shamirah Bt Mazalan.Majlis telah mempersembahan beberapa persembahan menarik sepanjang majlis tersebut. Majlis dimulakan oleh persembahan gimik koboi yang mana 2 orang pelajar tahun 6 naik ke atas pentas dengan menunggang replika kuda sambil membawa 4 topi koboi. Keempat-empat topi diberikan ke Guru Besar dan kesemua Guru Penolong Kanan yang sedang berdiri diatas pentas.
Kemudian, guru besar dijemput pula untuk merasmikan 'English Board' yang terletak di laluan gajah menyusur. Majlis diakhiri oleh persembahan nyanyian (Action song) oleh murid tahun 3.
Antara aktivti yang akan berlangsung sepanjang minggu Bahasa Inggeris ini ialah "Blue, S Clues, Spell it right challenge, throw the dice, skgn's got talent.



LAPORAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6




12 FEBRUARI 2014, Rabu. - Jawatan Kuasa Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu program motivasi untuk murid tahun 6 SK Gong Badak, yang bertempat di Dewan Sk Gong Badak. Seramai 131 orang murid tahun 6 telah menyertai program tersebut dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Slot yang pertama telah dikendalikan oleh Guru bimbingan dan Kuanseling, Puan Nor Ulfah binti Muda. Manakala slot seterusnya telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Ahmad Termizi bin Abd Aziz, Penolong Pendaftar Kanan, Universiti Sultan Zainal Abidin (Kampus Gong Badak).

Antara objektif program ini ialah:
    i. 
        1. Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.
  
 Me     2. wujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.

   ii    3. Memberi semangat,kekuatan dan kesedaran kepada emosi pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR..

Semoga dengan perlaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang.

 
Latihan Dalam Kumpulan

Latihan Pengurusan Masa

Motivasi oleh En.Termizi


Cenderamata dari UNISZA

Motivasi Oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling

Saturday 15 February 2014

PERJUMPAAN MENTOR MENTEE YANG PERTAMA

AHAD,9.02.2014. : Perjumapaan Mentor Mentee yang pertama telah dijalankan di dalam kelas masing-
masing. Semua mentor telah mengunakan modul yang telah dibekalkan oleh Guru Bimbingan. Perjumpaan ini telah diadakan selama satu jam.

Antara objektif perjumpaan ini adalah:

1. Memberi dorongan dan bimbingan terancang kepada pelajar agar mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

2. Membina hubungan rapat antara guru dan pelajar

3. Membimbing dan member tunjuk ajar kepada mentee supaya menjadi pelajar yang bermotivasi tinggi.

4. Mengurangkan masalah pelajar termasuk masalah keluarga,peribadi dan pelajaran.

Akhir sekali Unit Bimbingan dan Kaunseling mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua guru di atas pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Program Mentor-Mentee ini.

Mentor bersama Mentee


Mentee mengisi borang profil


Mentor memberi penerangan kepada Mentee



Tuesday 4 February 2014

LAPORAN MAJLIS PERASMIAN BILIK GERAKAN PEMIMPIN MUDA

Khamis,30 Januari 2014. Badan Disiplin dan Pengawas telah bergabung dengan Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya dan juga Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan satu Majlis Perasmian Bilik Gerakan Pemimpin Muda.

Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar SK Gong Badak. Bagi acara memotong riben Bilik Gerakan Pemimpin Muda telah dilaksanakan oleh En. Mohd Shafie bin Yusof, Penyelia Kanan Sekolah Rendah, Penolong Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu.

Antara objektif menubuhan bilik ini ialah:

1. Memberikan keselesaan kepada pengawas untuk berkumpul dan bermesyuarat.

2. Dapat mengeratkan hubungan antara pengawas dan penyelaras.

3. Memberi maklumat lengkap berhubung tugas-tugas sebagai seorang pengawas

di sekolah.


Diharapkan dengan adanya Bilik Gerakan Pemimpin Muda ini dapat mengurus dan memantau aktiviti pelaksanaan secara komprehensif agar sekolah dapat melahirkan murid yang berdisiplin.

Persembahan Pengawas SPBT

Perasmian oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor

Perasmian oleh En.Mohd Shafie bin Yusof

Perasmian Bilik Gerakan Pemimpin Muda

Add caption