Social Icons

Saturday 24 May 2014

MAJLIS PERPISAHAN PN.SAMSIAH BINTI ALI

25 Mei 2014,Ahad- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis sempena perpisahan Puan Samsiah binti Ali yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Tok Jembal.  Majlis bermula pada jam 8.00 pagi di tapak perhimpunan. Majlis dipengerusikan oleh En.Abd Jalil.
Majlis dimulakan dengan ucapan oleh orang yang diraikan iaitu Puan Samsiah binti Ali dan diteruskan dengan penyampaian hadiah daripada murid dan guru. Majlis berakhir dengan acara bersalam-salaman dengan Puan Samsiah binti Ali.
Semoga Puan Samsiah binti Ali terus berkhidmat dengan lebih cemerlang di sekolah baru dan ucapan terima kasih di atas jasa yang beliau taburkan sepanjang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Selamat Maju Jaya.

Ucapan oleh pn.Samsiah binti Ali

Rakan seperjuangan sentiasa memberi semangat

Tanda kenang-kenangan dari murid-murid

Guru lelaki turut memberi dorongan dan iringan doa

Sesi bersalaman dengan semua murid SKGB

LADAP MENANGANI STRESS DALAM PERSPEKTIF ISLAM

21 Mei 2014,Rabu- Pihak Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menjemput Encik Tazudin bin Othman dari Yayasan Pembangunan Islam Malaysia. Program tersebut bermula jam 2.30 - 4.30 petang yang bertempat di dewan sekolah. Semua guru, kakitangan sokongan dan pekerja swasta menghadiri LADAP tersebut.
Program ini dipengerusikan oleh En. Mohd Azwan bin Mastapa dan bacaan doa telah disampaikan oleh Ustaz Syamsuddin.
Program ini telah memberi kesan yang positif kepada semua yang terlibat kerana isi kandungannya melibatkan kehidupan kita seharian. Semoga program seperti ini akan diadakan secara berterusan agar ianya dapat membimbing dan menambahkan ilmu pengetahuan.


Bacaan doa oleh Ustaz Syamsuddin

Peserta LADAP

Barisan Pentadbir

Ceramah disampaikan oleh En.Tazudin bin Othman

Dipengerusikan oleh En.Mohd Azwan bin Mastapa


Sunday 18 May 2014

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK 2014

18 Mei 2014, Ahad- Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah diadakan dengan penuh meriah. Sambutan tersebut telah dihadiri oleh Puan Suraya,AJK PIBG  yang mewakili YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Sambutan ini bermula pada jam 7.30 pagi di tapak perhimpunan. Wakil ketua murid iaitu Adik Nurul Intisar binti Masrul Faiuz telah menyampaikan ucapan sempena hari guru diikuti dengan penyampaian perutusan oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusuf, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, penyampian perutusan oleh En.Mohd Nasir bin Embong,Guru Penolong Kanan Pentadbiran, ucapan oleh AJK PIBG dan ucapan Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar Sekolah Kebansgaan Gong Badak.
Diakhir perhimpunan, nyanyian lagu "GURU MALAYSIA" dinyanyian oleh semua guru.
Pada jam 9.00 pagi, sambutan tersebut diteruskan dengan acara Pertandingan bola sepak kain pelekat bagi guru lelaki manakala pertandingan "MAKE OVER" dan "MENGUPAS EPAL" bagi guru perempuan.
Acara tersebut berjalan dengan lancar dan pada jam 10.30 pagi, diteruskan dengan acara persembahan oleh murid-murid SKGB dari Murid PKI, Pra Sekolah, Tahun 1-6. Persembahan istimewa juga dipersembahkan oleh En.Syamsuddin, wakil semua guru SKGB.
Penyampian hadiah pertandingan dan cabutan bertuah juga turut diadakan. Sambutan tersebut berakhir dengan jamuan guru pada jam 1.30 tengahari.
Selamat Hari Guru, Terima kasih CIKGU. Jasamu dikenang.


Semua murid bersedia untum menyambut hari guru

Barisan guru lelaki

Ucapan Wakil Murid

Penyampaian Perutusan oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusuf

Penyampian perutusan oleh En. Mohd Nasir bin Embong

Ucapan oleh Pn. Suraya,AJK PIBG

Ucapan Puan Guru Besar

Penerimaan sijil penghargaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu

Pemberiaan Kad Ucapan Hari Guru dari Murid PKI

Nyanyian Lagu "Guru Malaysia"

Pemberian bunga telor oleh murid


Pertandingan "Mengupas Epal"

Persembahan Pra Sekolah

Persembahan Murid Tahun 1

Persembahan Murid Tahun 2

Persembahan Murid Tahun 3

Pemenang Pakaian Paling Menarik

Pemenang pertandingan "Make Over"

Pemenang Cabutan Bertuah


MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN RAGBI MSST TERENGGANU 2014

17 Mei 2014,Sabtu- Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu telah menganjurkan Majlis Perasmian Penutup Kejohanan Ragbi MSST Terengganu bagi tahun 2014. Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah terpilih untuk menjadi AJK Majlis tersebut. Seramai 10 orang guru yang terlibat dalam majlis tersebut.
Majlis tersebut bermula pada jam 5.00 petang di Padang Sekolah Menengah Teknik Kuala Terengganu.
Majlis berakhir pada jam 6.30 petang dan majlis berjalan dengan lancar.


AJK cenderamata

Pengerusi Majlis,Pn.Nor Ulfah binti Muda

Pemantauan dari Penolong Kanan Kokurikum


GOTONG-ROYONG MURID DAN IBUBAPA PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

10 Mei 2014, Sabtu- Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan gotong-royong bersama murid dan ibubapa. Gotong-royong tersebut bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi di hadapan bangunan PKI.
Gotong-royong ini disambut meriah oleh guru-guru, ibubapa dan murid-murid PKI.
Antara objektif gotong-royong ini diadakan ialah:
1. Menyiapkan projek Bumi Hijau
2. Mengeratkan silaturahim antara ibubapa murid PKI dan guru-guru PKI
3. Meningkatkan semangat kerjasama antara ibubapa dan warga PKI.
Semoga dengan gotong-royong ini akan memberi peluang kepada murid-murid PKI untuk mencari sebanyak mana pengalaman di luar bilik darjah.






Saturday 10 May 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA 2,TAHAP 2/2014

10 Mei 2014, Ahad- Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kem Bestari Solat bagi fasa kedua untuk murid tahun 4,5 dan 6. Program ini bermula pada jam 7.30 pagi yang telah dirasmikan oleh En.Mohd Nasir bin Embong, Penolong Kanan Pentadbiran.
Program ini telah berjalan di Dewan Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan tayangan video . Seterusnya, program diteruskan dengan Latihan dalam kumpulan dengan membetulkan bacaan dalam solat. Murid-murid telah dibahagikan kepada kumpulan dan seorang guru setiap kumpulan. LDK tersebut tamat pada jam 12.30 tengahari. Seterusnya, murid dibawa ke Surau bagi mendengar tazkirah dan solat zohor berjemaah.
Antara objektif program tersebut ialah:
1. Murid dapat menguasai bacaan wudhuk dan solat dengan betul dan sempurna
2. Murid dapat membentuk perbuatan wudhuk dan bacaan dalam solat dengan betul dan sempurna
3. Murid dapat melaungkan azan dan iqamat dengan betul
4. Murid dapat melaksanakan solat berjemaah dengan sempurna
5. Murid dapat menghafaz surah-surah tertentu dengan sempurna
Diharapkan dengan kem tersebut murid-murid tahap dua dapat belajar solat dengan betul.


Murid tahun 4,5 dan 6

Taklimat oleh Ustaz Mohd Ali

Pembahagian kumpulan

Solat Zohor Berjemaah

Solat Zohor Berjemaah



MAJLIS PENUTUPAN BULAN DISIPLIN

11 Mei 2014,Ahad- Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis penutupan bulan disiplin peringkat sekolah dengan penyampaian hadiah kepada kelas terbaik dari segi peratusan kehadiran ke sekolah dan kelas paling berdisiplin.
Pihak penganjur telah memilih kelas paling berdisiplin tahap 2 dimenangi oleh kelas 5 Ibnu Rushd dan 6 Ibnu Rushd, manakala tahap 2 dimenangi oleh kelas 3 Ibnu Rushd dan 3 Ibnu Sina. Peratus tertinggi  kehadiran ke sekolah dimenangi oleh kelas 5 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Sina.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusuf, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan dengan Bulan Disiplin ini dapat memberi impak kepada murid-murid dari segi kehadiran, disiplin dan sahsiah.

Kelas Peratusan Kehadiran Tertinggi

Kelas Peratusan Kehadiran Teringgi

Kelas Paling Berdisiplin

Kelas Paling Berdisiplin

Kelas Berdisiplin


KEM KECEMERLANGAN DAN MOTIVASI UPSR 2014


6,7 dan 8 Mei 2014, Jawatankuasa Projek UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kem Kecemerlangan dan Motivasi UPSR 2014 bagi semua murid tahun 6. Seramai 134 orang murid tahun 6 telah menyertai kem tersebut selama 3 hari 2 malam di Anggullia Beach Resort, Marang,Terengganu.
Kem tersebut dilaksanakan bertujuan membantu murid tahun 6 meningkatkan prestasi dalam peperiksaan Pra Percubaan UPSR, Percubaan UPSR dan UPSR tahun 2014. Selain itu ia turut meningkatkan lagi pengetahuan murid dalam teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan  nanti.
Seramai 18 guru jemputan bagi mengendalikan teknik menjawab soalan peperiksaan. Murid tahun 6 dibahagiakan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan elit dan kumpulan halus.Kem tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Kuala Terengganu.
Kem tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua guru.

Murid tahun 6 yang mengikuti kem

Guru Besar merasmikan Kem kecemrlangan dan Motivasi UPSR 2014

Pk Pentadbiran turut hadir ke Majlis Perasmian

Fasilitator Mata Pelajaran Sains

Peserta Kem

Fasilitator Mata Pelajaran Sains

Fasilitator Mata Pelajaran Matematik

Fasilitator Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Penceramah Motivasi

Fasilitator Mata Pelajaran Bahasa Inggeris