Social Icons

Saturday 28 February 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ATLET YANG MEWAKILI SEKOLAH DALAM SUKAN BOLA BALING DAN SEPAK TAKRAW

1 Mac 2015, Ahad - Seramai 12 Atlet Bola Baling Lelaki dan 12 Atlet Bola Baling Perempuan telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Bola Baling di Sekolah Menengah Kebangsaan Manir pada 9, 10 dan 12 Februari yang lalu. Pasukan ini telah mara ke peringkat Suku Akhir.
Manakala seramai 8 orang Atlet Sepak Takraw telah mewakili sekolah yang telah bertanding di Sekolah Kebangsaan Seberang Takir. Pasukan ini layak ke pusingan kedua.
Tahniah kepada pasukan atlet sekolah dan semoga terus cemerlang di arena sukan pada masa akan datang. Majulah Sukan untuk Negara.






KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN TEAM BUILDING PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

28 Februari 2015, Sabtu. Pihak Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Team Buliding PRS kepada 4 buah sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Kursus bermula pada jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 25 orang Pembimbing Rakan Sebaya SK Gong Badak telah menyertai program tersebut di Dewan Auditoriam, Bangunan Akademik, UNISZA.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan termasuklah Aktiviti Dalam Kumpulan, Sesi Pembentangan, Kumpulan Kreatif dan sebagainya. Pembimbing Rakan Sebaya telah dibahagikan mengikut kumpulan yang telah dicampurkan bersama dengan sekolah lain.
Semua PRS telah menunjukkan kerjasama yang baik dan mendapat ilmu pengetahuan yang begitu luas bersama fasilitator. Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada pihak UNISZA atas jemputan ke program tersebut.


Peserta sedang menyanyi bersama-sama

Peserta membentangkan hasil kerja berkumpulan

Perbincangan dalam kumpulan

Peserta menikmati hidangan tengahari

Diberi taklimat oleh fasilitator

Latihan Dalam Kumpulan

Menerima penghargaan dari pihak UNISZA

Memberi penghargaan kepada pihak UNISZA



MAJLIS SUKAN TAHUNAN KALI 15 SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK

25 dan 26 Februari 2015, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Sukan Tahunan kali 15 peringkat sekolah di Padang SK Gong Badak. Pada 25 Februari 2015, Senaman Aerobik telahpun dikendalikan oleh En.Muhd Azwan bin Mastappa dan guru-guru pelatih dari IPG Kampus Dato Haji Razali Ismail. Seterusnya, acara yang berlangsung padaa hari tersebut ialah Acara Sukaneka, Lompat Jauh, Lontar Peluru dan sebagainya. Acara penyampaian hadiah pada hari tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ramlah Binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pada 26 Februari 2015 pula, Majlis Sukan Tahunan telah berjalan dengan pembukaan perarakan kontigen perbarisan masuk ke padang. Bacaan ikrar telah diketuai oleh Adik Luqmanul Haikal dari kelas 6 Ibnu Sina. Seterusnya, upacara menaikkan bendera telah disempurnakan oleh pembawa-pembawa bendera kejohanan sukan. Majlis diserikan lagi dengan ucapan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En.Azahar bin Abu Bakar, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Pelbagai acara yang telah dijalankan pada hari tersebut termasuklah Acara Sukaneka Pra Sekolah, 4 X 50M bagi tahun 1-6,kategori lelaki dan perempuan, 4 X 100M tahun 4,5,6,kategori lelaki dan perempuan dan 4X 200M tahun 4,5,6, Kategori lelaki dan perempuan.
Bagi johan rumah sukan tahun ini dimenangi oleh Rumah Hijau, diikuti Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.
Sukan Tahunan bagi 2015 telah berakhir pada jam 1.30 petang dan berjalan dengan  lancar serta mendapat kerjasama dari pelbagai pihak.





















Tuesday 17 February 2015

CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6

17 Februari 2015, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan ceramah motivasi yang telah dikendalikan oleh En.Roslan dari Success Revolution Training Centre.Program bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.

Antara objektif ini diadakan ialah:
1. Memberi motivasi secara berterusan kepada murid tahun 6
2. Menyuntik semangat berfikir dengan lebih kreatif
3. Memberi pendedahan tentang cara belajar dengan betul

Program telah berjalan dengan lancar dan semua murid tahun 6 memberi tumpuan yang baik sepanjang program dijalankan.





Sunday 15 February 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PEMIMPIN MUDA SEKOLAH KEBANGSAAN GONG BADAK 2015

15 Februari 2015, Ahad - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah kepada semua pemimpin muda bagi sesi 2015. Majlis ini bermula pada jam 7.30 pagi di Tapak Perhimpunan SKGB. Seramai 250 orang pemimpin muda telah menerima watikah perlantikan pengawas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah dan diikuti ucapan oleh Ketua murid iaitu Adik Mohd Ariff bin Samsuddin. Seterusnya, ucapan oleh  En.Md.Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Gong Badak. Majlis Perasmian telahpun dirasmikan oleh Inspektor Mohd Isri bin Sabri dari Cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Bacaan Ikrar pengawas juga turut dijalankan dan diketuai oleh Adik Razhanun Haziqa binti Radzi, Penolong Ketua Murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis Penyampaian Watikah tersebut telah berjalan dengan lancar dan berakhir dengan sesi bergambar  pada jam 9.30 pagi.


Dipengerusikan oleh Pn.Zakiah binti Jusoh

Ucapan oleh Ketua Murid

Bacaan Ikrar oleh penolong ketua murid

Barisan guru perempuan

Barisan guru lelaki

Pegawai polis menyarungkan "coat" kepada ketua murid

GPK HEM menyarungkan "Coat" kepada penolong ketua murid

Penyampain watikah kepada PRS

Penyampaian watikah kepada Pengawas SPBT

Penyampaian watikah kepada pengawas sekolah


Bacaan ikrar oleh pemimpin muda

Penyampaian cenderamata

Pengawas Sekolah

Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya

Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks

Pengawas Pusat Sumber

Ucapan oleh Pegawai Polis

Gimik Perasmian