Social Icons

Monday 19 February 2018

KEJOHANAN PING PONG MSSD PERINGKAT KUALA NERUS

14 Februari 2018, Kejohanan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Abbas yang melibatkan 8 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Namun begitu, Adik Muhammad Adam pelajar tahun 6 Saidina Hamzah tidak mengecewakan pihak sekolah apabila muncul Naib Johan dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.





KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA

13 Februari 2018,  Jawatankuasa Pemimpin Muda telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda bagi sesi 2018 yang telah melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya. Seramai 185 orang pemimpin muda telah menyertai kursus tersebut yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian, Kuala Terengganu. Ceramah Kepimpinan telah disampaikan oleh Major Ahmad Termizi bin Abdul Aziz, Penolong pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin(uniSZA). Penerangan tugas dan tanggungjawab oleh pembimbing telah disampaikan dengan jayanya kepada pengawas masing-masing. Semoga dengan kursus ini dapat memantapkan lagi diri pelajar sebagai seorang pemimpin dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah serta dedikasi.









MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN UPKK

8 Februari 2018, Keputusan UPKK bagi tahun 2017 telah diserahkan di dewan sekolah dengan keputusan yang agak membanggakan pihak sekolah. Seramai 135 orang calon yang telah menduduki ujian tersebut, yang telah mendapat 8A seramai 42 orang manakala 7A seramai 7 orang.
Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dalam ujian tersebut.





MAJLIS PELANCARAN PROGRAM" I'M SAFE"

4 Februari 2018, Majlis ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa Unit PPDa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah bertempat di Tapak Perhimpunan serentak di seluruh Neregi Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh tuan guru besar dan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah disampaikan oleh PK Hal Ehwal Murid. Selama satu minggu program berjalan dengan pelbagai aktiviti tentang penyalahgunaan dadah, merokok dan sebagainya.









MAJLIS PELANCARAN GURU PENYAYANG DAN MENTOR-MENTEE

4 Februari 2018, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Pelancaran Guru Penyayang dan Mentor-Mentee bagi tahun 2018 yang telah diadakan di Tapak Perhimpunan. Guru bimbingan dan kaunseling telah menyampaikan ucapan dan majlis telahpun dirasmikan oleh En Amad Zohir bin Haron, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Terdapat juga gimik pelancaran dan penyerahan fail kepada mentor mengikut kelas masing-masing.










MAJLIS LETAK KERJA DAN MOTIVASI KEIBUBAPAAN TAHUN 6

27 Januari 2018, Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Letak Kerja dan Motivasi Keibubapaan murid Tahun 6 yang telah bertempat di Dewan Auditorium, Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA). Program telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Taklimat telah diberikan oleh tuan guru besar manakala ceramah motivasi telah disampaikan oleh En Mohamad bin Abdullah dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.