Social Icons

Saturday 31 March 2018

KEM PEMANTAPAN BAHASA ARAB BERSAMA MAHASISIWA UNISZA

1 April 2018, Semua muri tahun 5 telah mengikuti Kem Pemantapan Bahasa Arab bersama mahasiswa Unisza yang bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik dan latihan dalam kumpulan.








PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH

28-31 Mac 2018, Seramai 20 orang pengakap Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah bagi lencana perak dan gangsa di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin.







Wednesday 21 March 2018

TERAPI RENANG, MEMANAH DAN BOLING PPKI

14 Mac 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Terapi Reang, Memanah dan Boling kepada semua murid PKI yang terdiri daripada 8 orang guru pengiring dan 27 orang murid. Program ini telah diadakan di Terengganu Equiestrian Resort, Kuala Ibai.











Tuesday 20 March 2018

MAJLIS PEMANTAPAN PENGGUNAAN VLE DI KALANGAN MURID, IBUBAPA DAN GURU

13 Mac 2018, Majlis ini telah dijalankan kepada semua ibubapa dan murid tahun 5 SKGB yang bertempat di dewan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nor Syafawati binti Muhammad Hashim, Change Management Officer dari UNICLIQ Sdn Bhd. Majlis telah bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.45 tengah hari.







KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD KUALA NERUS

12 Mac 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah muncul pemenang pembarisan kejohanan olahraga MSSD Kuala Nerus 2018. Selain itu, mendapat pingat emas bagi acara 80m berpagar L11, pingat perak acara 80m berpagar P11 dan 80m berpagar L12, mendapat tempat keempat acara lompat tinggi L11 dan mendapat tempat keenam acara 80m berpagar P12. Tahniah kepada semua peserta.











MAJLIS SOLAT HAJAT

8 Mac 2018, Majlis solat hajat telah diadakan di Surau Ar Rahman SKGB yang bermula dari jam 7.00 petang. Semua ibu bapa murid tahun 6 telah dijemput ke majlis tersebut. Alhamdullilah sambutan daripada ibubapa dan guru amat membanggakan.








KEJOHANAN CATUR MSSD KUALA NERUS

8 Mac 2018, Seorang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat tempat kelima dalam Kejohanan Catur MSSD Kuala Nerus. Tahniah diucapkan kepada Tuan Muda Umar Muaz.




KEM TEKNIK MENJAWAB UPSR

7-8 Mac 2018, Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Kem Teknik Menjawab kepada semua calon UPSR 2018 yang bertempat di Dewan Kuliah, Institut Latihan Perindustrian dan dewan sekolah. Kem ini berjalan selama 2 hari dengan dilengkapi pendedahan serta teknik menjawab oleh guru pemeriksan kertas yang sangat berpengalaman.