Social Icons

Monday 21 May 2018

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei 2018, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah berlangsung dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Pada sebelah pagi telah diadakan perhimpunan dan juga sukaneka. Seterusnya, persembahan dari murid dan guru turut diadakan di dewan sekolah. Selain daripada itu, pertandingan memasak dan gubahan buah tembakai turut diadakan. Majlis telah berakhir dengan penyampaian hadiah.





















PROGRAM TERAPI PASIR, TERAPI RENANG DAN SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI FASA 1




7 Mei 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan Program Terapi Pasir, Terapi Renang dan Sambutan Hari Lahir PPKI Fasa 1. Program ini telah diadakan di Pusat Akuatik Batu Burok, Pantai Batu Burok&A&W Pantai Batu Burok Kuala Terengganu dari jam 8.00 pgi hingga 1.00 tengah hari.







Saturday 5 May 2018

KEM KECEMERLANGAN UPSR 2018

3-4 Mei 2018, Jawatankuasa UPSR SK Gong Badak telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR kepada semua murid tahun 6 yang bertempat di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Seramai 146 orang murid tahun 6 telah menyertai kem tersebut selama 2 hari satu malam. Antara slot yang telah dijalankan ialah teknik menjawab soalan oleh fasilitator yang berpengalaman. Selain itu juga diselitkan dengan slot motivasi bagi membangkitkan semangat calon-calon UPSR. Semoga semua murid tahun 6 mendapat kejayaan dalam peperiksaan nanti.











Tuesday 1 May 2018

PROGRAM PETRONAS STREET SMART

30 April 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak salah sebuah sekolah yang telah terpilih untuk mengadakan Program Petronas Street Smart bersama murid tahun 6 Saidina Abu Bakar, 6 SaidinaUmar dan 5 Saidina Abu Bakar. Program ini bertujuan menyampaikan tentang keselamatan semasa di jalan raya kepada pelajar.









PROGRAM IMPLIMENTASI KEPIMPINAN MAHASISIWA LUAR KAMPUS BERSAMA MURID SKGB

29 April 2018, Seramai 9 orang mahasiswa dari seluruh universiti telah mengadakan Program Implimentasi Kepimpinan Mahasiswa Luar Kampus (IMPAK) untuk menghasilkan Aquaponik bersama murid 5 Saidina Abu Bakar.









LAWATAN PENANDA ARASAN KE SK SULTANAH ASMA, ALOR SETAR,KEDAH

26 April 2018, Panitia Agama Islam telah menganjurkan lawatan penanda arasan ke SK Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah yang bertujuan melihat dan berkongsi maklumat tentang program Musolla dan Surau Imarah. Terima kasih kepada SK Sultanah Asma yang telah menyambut dan menerima kedatangan kami.