Social Icons

Monday 13 August 2018

LAWATAN AKADEMIK KE PUSAT SAINS TERENGGANU

13 OGOS 2018,  Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Terengganu. Seramai 42 orang nurid PKI, 9 orang guru pengiring dan 3 orang pembantu murid telah menyertai lawatan tersebut. Program lawatan samabil belajar ini diadakan untuk memberi pendedehan yang khusus kepada murid-murid tentang konsep berdikari tanpa bergantung kepada keluarga. Selain itu, program ini juga dapat memberi pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas tentang aplikasi sains dan kepentingannya kepada manusia.


















MAJLIS TEMU MURNI DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6

9 OGOS 2018, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi semua murid pra, tahun 1 hingga tahun 6 yang bertempat di kelas masing-masing. Bagi tahun 6 selepas, selesai temu murni semua ibubapa dan guru ke surau sekolah bagi menunaikan solat hajat. Majlis turut dihadiri oleh Dr Hj Hashim Azmi bin Hj Noh, YDP PIBG SK Gong Badak.




SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

9 OGOS 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan di Tapak Perhimpunan. Majlis telah dirasmikan oleh En Ahmad Zohir bin Haron, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Nyanyian lagu Negaraku turut dinyanyikan oleh semua murid semasa sambutan tersebut.







LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMIMPIN MUDA

7 OGOS 2018, Jawatankuasa Pemimpin Muda dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah Seri Kenanga yang terletak di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa Kota Bharu. Seramai 76 orang pemimpin muda telah menyertai lawatan tersebut dengan diiringi oleh 8 orang guru. Tujuan lawatan tersebut ialah menanamkan sikap kasih sayang murid terhadap warga emas dan mendapat pengalaman berinteraksi dengan masyarakat luar.











PROGRAM CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018

14 JULAI 2018, Program Citra Bahasa SKK Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018 telah diadakan dan SK Gong Badak telah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan majlis penutup diadakan di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA.












KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT KEBANGSAAN

8 JULAI 2018, Seramai 30 orang murid telah menyertai Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang telah bertempat di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus selama 5 hari.