Social Icons

Tuesday 25 September 2018

MAJLIS RESTU ILMU TAHUN 6

20 September 2018,  Memandangkan Peperiksaan UPSR hanya tinggal beberapa hari lagi, jawatankuasa UPSR telah mengadakan Majlis Restu Ilmu kepada semua murid tahun 6 untuk memohon maaf daripada semua guru. Majlis telah bermula pada jam 7.45pagi di surau dan tapak perhimpunan. Semoga semua calon dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperoleh kejayaan. InsyaAllah.









SOLAT HAJAT PERDANA TAHUN 6

17 September 2018, Jawatankuasa UPSR dan Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat Perdana bagi semua ibubapa dan murid tahun 6 SK Gong Badak yang telah bertempat di Surau Ar Rahman, SK Gong Badak. Program telah bermula pada jam 6.30 petang dengan sesi pendaftaran. Seterusnya, solat maghrib berjemaah diikuti dengan solat hajat dan bacaan yasin. Ramai ibubapa yang hadir untuk sama-sama memberi sokongan kepada anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.





Wednesday 12 September 2018

KEM GERAK GEMPUR JALINAN SKK UPSR

7-8 September 2018, Jawatankuasa UPSR telah mengadakan Kem Gerak Gempur Jalinan SKK UPSR yang telah melibatkan semua murid tahun 6. Kem ini juga melibatkan 9 orang murid SK Tepus, Dungun,Terengganu yang bertempat di Bangunan Akademik, Universiti Sultan Zainal Abidin. Fasilitator kem ini telah dikendalikan oleh guru-guru SK Gong Badak dan telah berjalan dengan lancar selama 2 hari.






Saturday 1 September 2018

JOHAN PESEMBAHAN TERBAIK DALAM PERTANDINGAN KOIR COUNTDOWN MERDEKA

30 Ogos 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat Johan dalam Pertandingan Koir sempena Countdown Merdeka yang telah bertempat di Kontena Dapo Pata, Tok Jempal, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 20 orang murid dari tahun 3, 4 dan 5 telah menyertai persembahan tersebut. Tahniah kepada semua peserta.








PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

30 Ogos 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan sajak, senamrobik dan perarakan mengikut rumah sukan. Semua guru dan murid menyertai perarakan tersebut. Program berjalan dengan lancar dan penuh meriah.












AGOONOREE TERENGGANU 2018

27-30 Ogos 2018, Program Agroonoree Terengganu ini telah melibatkan hampir 800 peserta pengakap pendidikan khas dari seluruh Terengganu yang telah bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus,Terengganu. Murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Gong Badak menghantar 4 orang peserta iaitu:
1. Muhd Afiq Najmi bin Abd Karim
2. Mohd Alif Ikhwan bin Mohd Rizal
3. Muhd Azib bin Azmi
4. Muhd Danish Asyraf bin Mohd Yusuff
Pelbagai aktiviti yang telah diikuti oleh peserta dengan jayanya. Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti kem tersebut.