Social Icons

Monday, 17 June 2013

CERAMAH ISRAK MIKRAJ

Khamis 12 Jun 2013 - Pada pukul 730 pagi, semua murid dan guru berkumpul di tapak perhimpunan untuk mendengar ceramah Israk Mikraj yang disampaikan oleh YM Ustaz Syed Imran Faisal Bin Syed Ahmad.

Ustaz menceritakan Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W ini berlaku pada 27 Rejab yang menceritakan sebelum Israj Mikraj, semasa Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa), semasa Mikraj (naik ke Hadharatul Qudus Menemui Allah) dan selepas Mikraj.

Secara kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj ini bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.  Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik.  Peristiwa Israk Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaanNya.

Sebelum majlis berakhir, ustaz mengajukan soalan kuiz Israk Mikraj kepada murid.  Hadiah disediakan kepada murid yang berjaya.  Semoga majlis ini dapat memberikan ilmu manfaat kepada semua warga sekolah.

Sunday, 16 June 2013

17 pelajar 5A UPBS 2

Ahad 15.6.2013 - Seramai 17 pelajar mendapat keputusan 5A di dalam peperiksaan UPBS 2 baru-baru ini.  Mereka terdiri dari kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Rushd iaitu 14 orang dari kelas 6 Ibnu Sina dan 3 orang dari kelas 6 Ibnu Rushd.

Thursday, 13 June 2013

PROGRAM PERJUMPAAN DAN TEMU MURNI IBU BAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 6

Khamis, 13 Jun 2013 - Pihak sekolah telah mengadakan Program Temu Murni bersama ibu bapa dan penjaga murid-murid tahun 6.  Seramai lebih kurang 100 orang ibu bapa hadir ke majlis yang diadakan di Dewan SK Gong Badak.

Objektif program:
* Mempertingkatkan kecaknaan ibu bapa/penjaga terhadap pelajaran anak-anak.
* Merangsang dan memberi motivasi terhadap pencapaian akademik dan sahsiah murid.
* Mempertingkatkan pencapaian murid dalam bilangan 5A, lulus semua mata pelajaran dan GPS sekolah.
* Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa / penjaga murid dan guru-guru SKGB dalam usaha membantu meningkatkan prestasi  murid.

Majlis yang  bermula pada jam 10.30pagi itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG iaitu Dr.Hj.Hashim Azmi bin Hj.Che Noh.  Selepas menyampaikan ucaptama YDP telah menyampaikan hadiah kecemerlangan UPBS1 dan UPBS 2 kepada 17 orang murid yang memperolehi pencapaian 5A.  Murid-murid yang memperolehi  keputusan 4A,3A dan lulus semua matapelajaran juga turut menerima hadiah insentif.

Sebelum ibu bapa bergerak ke kelas masing-masing, murid-murid calon UPSR 2013 telah melafazkan AKU JANJI di hadapan guru dan ibu bapa masing-masing.  Jawatankuasa UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir menjayakan program.  Tidak lupa kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua guru Jawatankuasa program yang telah berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya.

Wednesday, 29 May 2013

Sambutan Hari Guru 16 Mei Peringkat Sekolah

16 Mei 2013-Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan di sekolah pada hari khamis, 16 Mei 2013 bertempat di Tapak Perhimpunan SKGB.  Bertemakan Guru Malaysia 1 Aspirasi 1 Agenda, majlis hari guru disambut dengan sederhana tetapi penuh dengan kegembiraan oleh para guru dan murid.Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya persembahan nyanyian dari guru dan juga murid, pertandingan gubahan, pertandingan memasak bagi guru lelaki, deklamasi sajak oleh puan guru besar, hadiah cabutan bertuah dan lain-lain.  Majlis sambutan hari guru berakhir dengan Hi-Tea di Sutera Beach Resort di Merang.


Lawatan Penanda Aras SK Kota Masai, Johor.

29 Mei 2013 - Lawatan Penanda Aras dari SK Kota Masai, Johor ke Sk Gong Badak, Kuala Terengganu.  Rombongan disertai Guru Besar SK Kota Masai iaitu Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan, diiringi bersama 50 orang warga pendidik SK Kota Masai.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh Guru Besar Sk Gong Badak, Pn. Hjh Ramlah binti Mohamad Nor, PK1, En Nasir, PK Hem, Pn Siti Arbaiyah, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Hamidah dan juga guru-guru panitia SKGB.

GB dan warga SK Kota Masai bersarapan pagi dengan menu Nasi Dagang Terengganu di kantin SKGB.



Ucapan daripada GB SKGB bagi menghargai kedatangan warga SK Kota Masai.

 Ucapan terima kasih daripada GB SK Kota Masai.  Kunjungan warga pendidik dari SK Kota Masai dapat mengikatkan ukhuwah, bertukar pandangan dan idea serta dapat melihat sendiri kelebihan dan kekuatan kejayaan SKGB.


Di sesi akhir, pihak SKGB dan SK Kota Masai saling menyampaikan cenderahati tanda ingatan.  Semoga kunjungan sebegini dapat memberi idea yang lebih baik bagi pembangunan pada anak bangsa.  Terima Kasih di atas kunjungan ke SKGB.






Sesi bergambar warga Pendidik SK Kota Masai dan SK Gong Badak.







Sunday, 12 May 2013

Program Motivasi Keibubapaan

12 Mei 2013 - Program Motivasi Keibubapaan Anakku Sayang 2013 telah dijalankan di Bilik Galeri SK Gong Badak.  Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kelas PKI dengan kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling SKGB.

Seramai 60 orang ibubapa hadir dalam program  motivasi ini.  Antara objektif program ini adalah memberi kesedaran kepada ibubapa pelajar tentang potensi yang ada pada diri anak-anak serta betapa pentingnya setiap potensi tersebut untuk diperkembangkan.

Jemputan dua orang penceramah iaitu Puan Hajah Maimunah Binti Rofa yang membawa tajuk ceramah iaitu Motivasi Keibubapaan dan Dato' Hamzah Bin Mohamad dengan tajuk ceramahnya, Terapi Berkuda.

Semoga program ini membuka minda dan menambah pengetahuan tentang kelebihan dan kebaikan mempunyai anak-anak istimewa.


Puan Guru Besar SKGB, Puan Hajjah Ramlah memberi kata alu-aluan dan penghargaan di atas kunjungan dan sambutan daripada ibu bapa.





Ibu  bapa penuh semangat mendengar ceramah yang di bawa oleh Puan Hajjah Maimunah dan Dato' Hamzah.




Akhir sesi, Puan Guru Besar menyampaikan cederahati kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menjayakan program motivasi ini. 

Monday, 22 April 2013

Perkhemahan Tahunan Badan Uniform SK Gong Badak 2013

 Perkhemahan Tahunan Badan Uniform SKGB 2013 bermula pada 18 April - 20 April 2013 (3 hari 2 malam) bertempat di padang SKGB. Perkhemahan disertai seramai 160 pelajar tahun 6 dan terdiri daripada 6 unit beruniform iaitu Puteri Islam , PBSM, KTRS, Pengakap, Tunas Puteri Malaysia dan Unit Pendidikan Khas. Seramai 70 guru dan kakitangan yang bertugas dalam menjayakan kelancaran perkhemahan ini.


Untuk melihat gambar seterusnya, boleh lihat ruangan sebelah kanan. Slaid koleksi gambar perkhemahan SKGB 2013.