Social Icons

Featured Posts

SELAMAT DATANG KE BLOG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK GONG BADAK

Tuesday, 20 June 2017

MAJLIS TEMU MURNI

15 Jun 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Temu Murni bagi semua murid. Bagi murid Pra, PKI, Tahun 1-5 telah diadakan di kelas masing-masing manakala bagi murid tahun 6 diadakan di dewan sekolah. Tujuan majlis tersebut untuk menyampaikan slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan memberi peluang  kepada semua ibubapa untuk berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran.









MAJLIS PERTUKARAN TUAN GURU BESAR

25 Mei 2017, Majlis Pertukaran Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah ke SK Tok Jiring yang telah diadakan di dewan sekolah. Majlis penyampaian cenderamata tanda kenang-kenagan telah disampaikan oleh murid dan guru. Semoga Cikgu Kamal terus membawa kecemerlangan di tempat baru.







Tuesday, 16 May 2017

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

16 Mei 2017, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan tema"Guru Pembina Negara Bangsa"telah disambut dengan meriah. Pelbagai aktiviti yang melibatkan guru dan murid telah dijalankan dengan jayanya.
Selamat Hari Guru kepada semua guru SKGB. Terima Kasih, CIKGU.




















KURSUS PENGGUNAAN FROG VLE

14 Mei 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kursus Penggunaan Frog VLE kepada semua guru yang bertempat di Makmal Komputer SKGB. Kursus ini turut dibantu oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah lain.











KEM KECEMERLANGAN UPSR

11-12 Mei 2017, Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan Kaunseling telah menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR yang bertempat di Am Transit Inn selama 2 hari 1 malam yang melibatkan 120 orang murid tahun 6.
Seramai 14 orang fasilitator yang telah mencurahkan ilmu tentang teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR. Program telah berjalan dengan jayanya.







PROGRAM INKLUSIF:BENGKEL ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER

9 Mei 2017, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Gong Badak telah menyertai program Insklusif:Bengkel Asas Penggunaan Komputer yang telah bertempat di Institut Latihan Perindustrian Gong Badak. Seramai 15 orang murid PKI telah menyertai program tersebut.