Jom Rawat Gigi! Seramai 7 orang jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Batu Rakit Kuala Terengganu telah mengadakan rawatan pergigian kepada murid SKGB bermula 22 Mei 2013 sehingga 11 Julai 2013.
Rawatan pergigian ini merupakan program usahasama Klinik Pergigian Batu Rakit dengan SKGB yang diadakan sepanjang tahun. Antara jururawat-jururawat yang bertugas termasuklah:
1. JP Roslizawati Mamat
2. JP Zalina Mat Ali
3.JP Noor Azlina Bandras
4. PKK Ruzipah Hussin
5. PPK Nazri Muda
6. PPK M.Shukor M.Noor
7. PPK Rohaida Ismail
Wednesday, 10 July 2013
Tuesday, 9 July 2013
PROGRAM BERSAMA STABILO
Isnin, 8 Julai 2013 - Murid-murid tahun 6 dapat bersama-sama wakil stabilo di dewan SKGB. Mereka dapat mendengar penerangan tentang peralatan keluaran stabilo seperti alat-alat tulis, pensil warna dan sebagainya.
Antara objektif program ialah memberi galakan kepada murid-murid agar berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi UPSR. Mereka juga diberi kad ucapan dan juga berpeluang mengarang kad ucapan (Best Wishes) kepada rakan-rakan.
Murid-murid menerima cenderahati (Pensil 2B) daripada wakil stabilo. Pihak sekolah juga telah dihadiahkan barang-barang keluaran stabilo iaitu alat tulis sebagai cenderahati kenang-kenangan. Semoga jumpa lagi.

KEM KEPIMPINAN SAHSIAH PELAJAR KOLEJ SISWA IPT PANTAI TIMUR (KESAKSIS)
Ahad, 7 Julai 2013 - Seramai 15 orang pelajar UMT telah bersama-sama murid SK Gong Badak bermula jam 10.30 pagi hingga 1.30 petang di Dewan sekolah. Seramai lebih kurang 100 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 telah mengikuti program tersebut.
Antara objektif program KESAKSIS ialah untuk merapatkan hubungan dan kerjasama antara pelajar UMT dengan murid-murid dan warga sekolah. Selain itu juga, program ini bertujuan meningkatkan sahsiah dan disiplin pelajar. Murid-murid juga diberi suntikan semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan melanjutkan pelajaran ke IPT apabila dewasa nanti. Murid-murid amat gembira dapat berinteraksi dengan pelajar siswa dan siswi IPT yang sangat ceria mengendalikan program. Antara slot program ialah sesi ceramah dan LDK. Sebelum berakhir, murid-murid diberi cenderahati dan bergambar bersama fasilitator. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat baik secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program. Jika ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, jika ada umur yang panjang, di lain masa berjumpa lagi.

Monday, 8 July 2013
KEM HALUS MURID-MURID TAHUN 6 2013
Ahad, 07 Julai 2013 - Kem Halus merupakan program bimbingan akademik yang dianjurkan oleh Jawatankuasa kecemerlangan UPSR kepada murid-murid tahun 6 Abu Hurairah dan 6 Abu Dardha seramai 40 orang. Kem diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu (5 Julai 2013 hingga 6 Julai 2013) bertempat di BilikGaleri Gemilang SKGB. Murid-murid diberi pendedahan teknik menjawab soalan peperiksaan bagi semua subjek UPSR.
Para fasilitator terdiri daripada guru-guru Akram dan pemeriksa kertas subjek UPSR Negeri Terengganu. Antaranya:
* Bahasa Melayu (Encik Mohd Zukri)
* Bahasa Inggeris (Encik Ramdzam)
* Sains (YM Tengku Hassan)
* Matematik (Encik Che Azmai)
Alhamdulillah, program ini berjalan lancar, cuma kehadiran pelajar kurang memberangsangkan, memandangkan hanya 26 orang daripada 43 orang murid yang hadir. Jawatankuasa program telah memanggil murid-murid berkenaan untuk diberi nasihat dan dirujuk kepada Unit Bimbingan. Sekalung penghargaan terima kasih kepada Puan Guru Besar, Guru-guru Penolong Kanan dan semua semua guru yang telah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan program ini.

| En Mohd Zukri sebagai fasilitator jemputan bagi Bahasa Melayu |
| Cg Maimun sebagai pengerusi majlis bagi sesi Bahasa Melayyu |
| Murid-murid tekun menjawab soalan |
| Fasilitator Matematik, En Che Azmai sedang menjamu selera di kantin SKGB |
| Murid-murid berehat sambil menjamu selera |
PROGRAM KEM TUTORIAL MURID-MURID TAHUN 6 2013
Khamis, 4 Jun 2013 - Seramai 24 orang murid tahun 6 Ibnu Rushd telah mengikuti Kem Tutorial yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Terengganu. Mereka telah mendaftar diri pada pukul 12.30 tengahari. Sekolah Kebangsaan Gong Badak di bahagian pendaftaran murid.
Sekolah-sekolah yang terlibat di dalam program Kem Tutorial kali ini ialah SKTok Jembal, SK Gong Badak, SK Bukit Nenas, SK Guntung, SK Tanjung Gelam, SK Kompleks Gong Badak, SK Seberang Takir dan SK Pulau Redang. Selain bertujuan untuk memantapkan lagi penguasaan murid dalam subjek UPSR, mereka juga berpeluang berkenalan dengan murid-murid di sekolah berdekatan. Semoga program sebegini akan diteruskan lagi di masa-masa akan datang demi kecemerlangan UPSR Negeri Terengganu.

Sunday, 30 June 2013
MESYUARAT PIBG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE 13 SK GONG BADAK
Sabtu, 29 Jun 2013 - Mesyuarat Agung PIBG kali ke 13 telah diadakan di Dewan Sekolah. Seramai lebih kurang 170 orang ibu bapa dan guru telah menghadiri mesyuarat yang dirasmikan oleh Y.M. Datuk Raja Arif Bin Raja Ali, Ketua Pengarah Biro Tatanegara.
Ibu bapa dan tetamu jemputan datang seawal jam 830 pagi. Majlis bermula dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Y.M. Ustaz Syed Imran Faisal Bin Syed Ahmad. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB. Selepas itu majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua PIBG, Dr.Hashim Azmi Bin Hj. Che Noh. Ketua Biro Tatanegara, Y.M Datuk Raja Arif Bin Raja Ali telah merasmikan majlis yang diserikan dengan acara persembahan oleh murid-murid PKI dan persembahan oleh Persatuan Nasyid sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sekalung ucapan terima kasih kepada AJK PIBG SK Gong Badak kali ke 13 dan semua kakitangan SK Gong Badak yang telah memberikan kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan mesyuarat kali ini.
Tidak lupa kepada semua ibu bapa yang hadir dan memberikan sokongan dan sumbangan usul-usul dan idea ke arah memantapkan lagi pencapaian dan kecemerlangan SKGN. Wassalam.

MAJLIS SUMBANGAN PAKAIAN RAYA ANAK-ANAK YATIM DAERAH KUALA TERENGGANU
Khamis, 27 Jun 2013 - Seramai 10 orang anak-anak yatim dari tahun 3 dan tahun 6 telah menerima sumbangan pakaian raya dalam majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 535 orang anak-anak yatim daerah Kuala Terengganu. Majlis yang diadakan di Dewan Kompleks Seri Iman telah dirasmikan oleh Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Puan Suhaida dan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Puan Hamidah telah mengiringi murid-murid sepanjang majlis berlangsung.

Subscribe to:
Posts (Atom)