Social Icons

Friday, 30 August 2013

PERTANDINGAN KOIR PENDIDIKAN KEBERSIHAN TERENGGANU

Prasekolah telah menghantar satu pasukan koir ke Pertandingan Koir Pendidikan Kebersihan Negeri Terengganu peringkat daerah. Pertandingan ini telah berlangsung di SK Sultan Sulaiman 1 pada Ahad, 25 Ogos 2013 yang lalu. Objektif penyertaan ini adalah untuk memberikan pendedahan luar kelas kepada murid prasekolah. Ia juga membentuk sikap berkerjasama dan saling menghormati dikalangan ahli pasukan.
Walau bagaimana pun pasukan koir kami hanya mendapat saguhati. Namun begitu objektif asal penyertaan tercapai.Murid-murid yang menyertai amat gembira dengan pengalaman berada di pentas yang besar dengan penonton yang ramai. Sekalung ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Latihan terakhir sebelum ke Pertandingan
Debaran sebelum naik pentas....Good Luck

Sunday, 25 August 2013

PROGRAM MEMBELI BAJU RAYA UNTUK ANAK YATIM

Khamis, 1 Julai 2013 - Pihak sekolah SKGB telah menganjurkan satu program untuk anak-anak yatim.  Seramai 22 org anak yatim telah di bawa ke Giant Kuala Terengganu dan Mydin Mall Kuala Terengganu dari jam 8.30 pagi hingga 2.30 petang untuk membeli pakaian raya seperti Baju Melayu, Baju Kurung, T-Shirt, kasut dan sebagainya.  Guru yang mengiringi adalah seramai 6 orang.  Murid di bawa dengan menaiki van yang telah di sewa.  Setiap murid diperuntukkan sebanyak RM150 bagi setiap orang yang telah diderma oleh guru-guru dan juga ibubapa.

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meringankan beban keluarga mereka dan sekaligus melahirkan rasa sayang danmengasihi kepada anak-anak yatim tidak mengira pendapatan keluarga mereka.  Selain itu juga, ianya bertujuan memberi peluang kepada anak-anak yatim untuk memilih sendiri pakaian raya yang mereka inginkan.  Tambahan pula, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan yang baik antara guru dan anak-anak yatim yang mana guru turut sama memilih pakaian untuk mereka.

Sebagai rumusan, program seperti ini akan terus dilaksanakan untuk tahun-tahun yang akan datang kerana ianya memberi kesan positif yang amat mendalam terutamanya anak-anak yatim.









Tuesday, 20 August 2013

PROGRAM TEMU MURNI IBU BAPA DAN PENJAGA MURID TAHUN 6

Selasa, 20 Ogos 2013 - Program temu murni ibu bapa dan penjaga murid tahun 6, 2013 telah di adakan di Dewan SKGB bermula jam 11 pagi.  Program ini dipengerusikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn Nor Ulfah binti Muda.

Antara objektif utama program ini adalah memberi kata-kata semangat untuk pelajar menduduki peperiksaan UPSR yang bakal diduduki tidak lama lagi dan memberi informasi arah tuju pelajar untuk ke sekolah menengah termasuk sekolah berasrama penuh dan sekolah berprestij tinggi serta memberi semangat dan dorongan kepada ibubapa tentang pendidikan anak-anak.


Ucapan Puan Guru Besar, Hjh Ramlah Binti Mohammad Noor
Penyampaian hadiah berupa wang tunai kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A, 4A dan 3A serta lulus kesemua mata pelajaran di dalam peperiksaaan pra dan percubaan UPSR yang di adakan baru-baru ini.

Kami, guru-guru dan warga sekolah serta ibu bapa sentiasa mendoakan kejayaan para pelajar dan semoga pelajar meraih kecemerlangan di dalam peperiksaan UPSR nanti.



Sesi pendaftaran ibu bapa.

Pengerusi Majlis, Pn Nur Ulfah Binti Muda

Bacaan Doa Oleh YM Syed Emran Faisal Bin Syed Ahmad
Ucapan wakil PPD


Kehadiran Ibu bapa dan penjaga pelajar.








Penyediaan makanan untuk ibu bapa dan penjaga pelajar.







 Penyampaian hadiah kepada pelajar.











Temu Murni ibu bapa dan penjaga di kelas bersama guru kelas di setiap kelas.



Wednesday, 31 July 2013

KUIZ IHYA RAMADHAN 1434H

Rabu, 31 Julai 2013 - Kuiz Ihya Ramadhan adalah salah satu aktiviti di dalam program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKGB.  Kuiz ini disertai oleh pelajar tahun 6 dan dibahagikan 4 orang pelajar bagi setiap kumpulan di setiap kelas.  Program ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dibantu oleh guru praktikal dari IPG Kuala Terengganu sebagai pengacara dan pencatat markah iaitu Ustaz Mohd Akmal Faiz dan Ustaz Hafizillah.

Hakim bagi kuiz ini pula terdiri daripada Ustaz Syamsuddin dan Ustaz Mohd Ali.  Soalan kuiz ini merangkumi soalan mengenai puasa di bulan Ramadhan  yang kesemuanya terdiri daripada 16 soalan.

Antara objektif program ini adalah pengisani aktiviti di bulan Ramadhan dan dapat membentuk keberanian pelajar-pelajar serta menguji kefahaman tentang pembelajaran Agama Islam.

Tahun 6 Ibnu Sina menjadi johan bagi progam kuiz ini diikuti tahun 6 Ibnu Rushd, 6 Abu Darda dan juga 6 Abu Hurairah.  Sebelum mengakhiri program Kuiz ini, Ustaz Syamsudin sempat memberikan tazkirah berkenaan Nuzul Quran dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta.

Sunday, 28 July 2013

MAJLIS KHATAM QURAN RAMADHAN 1434H

Isnin, 29 Julai 2013 - Pada jam 730 pagi, semua pelajar dan guru-guru menghadiri Majlis Khatam Quran yang diadakan di tapak perhimpunan.  Khatam quran ini dilaksanakan pada 20 Ramadhan 1434H sempena tamatnya tadarus quran yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini di bawah Program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam.

Majlis Khatam Quran ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dijayakan juga oleh guru-guru panitia Agama Islam. Program ini diakhiri dengan Bacaan Doa Khatam Quran yang di wakili oleh pelajar lelaki tahun 6.


Bacaan  Quran oleh sekumpulan pelajar lelaki tahun 6
Semua pelajar dan guru sedang khusyuk membaca ayat Quran

Pelajar sedang membaca Doa Khatam Quran





PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

Ahad, 21 Julai 2013 - Murid-murid tahun 6 telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR.  Sebahagian besar murid-murid tahun 6 ditempatkan di Dewan Sekolah manakala selebihnya di kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Rushd.

Murid-murid telah berkumpul di Surau Sekolah untuk program bacaan Yassin, seterusnya Guru Penolong Kanan 1 (En Mohd Nasir Bin Embong) telah menyampaikan nasihat dan pesanan sebelum murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan.  Selepas doa dibaca dan amanat disampaikan oleh guru-guru tahun 6, mereka beratur memasuki dewan dalam keadaan tertib sebagaimana peperiksaan UPSR sebenar nanti.  Tujuan peperiksaan dan persediaan ini dijalankan adalah untuk:-

1. Memberi pengalaman dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
2. Memberi peneguhan terhadap setiap mata pelajaran UPSR.
3. Menguji tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran.
4. Menyediakan murid baik dari segi mental mahupun fizikal menghadapi peperiksaan.
5. Memberi pengalaman kepada semua calon UPSR mengawal emosi atau stress peperiksaan.

Guru-guru Jawatankuasa UPSR dan semua warga SKGB mengucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang, semoga kejayaan akan mengiringi semua murid calon UPSR 2013.

PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI PPD - EN HALIDAN BIN AWANG

Rabu, 24 Julai 2013 - Pada jam 930 pagi semua guru SKGB telah diarahkan berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada seorang pegawai PPD Kuala Terengganu, En Halidan Bin Awang.  Beliau telah datang untuk membuat pemantauan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang.  Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk:-

1. Membendung gejala ponteng di kalangan murid.
2. Murid merasai diri dihargai.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
4. Meningkatkan kecaknaan guru terhadap murid.

Beliau telah peringatkan bahawa Amalan Guru Penyayang perlu dilaksanakan oleh semua guru kerana ianya disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Antara yang disarankan termasuklah:-

1. Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah.
2. Menghantar murid pulang ke pintu pagar selepas waktu persekolahan.
3. Memberi penghargaan kepada murid, contohnya meraikan hari jadi murid, kejayaan dalam peperiksaan dan lain-lain.
4. Bertanya khabar dan berbincang permasalah murid.
5. Program Mentor -Mentee.

Beliau berharap program ini dapat dilaksanakan dan membuat laporan bertulis sepanjang program ini dilaksanakan.  Beliau juga menyatakan kerajaan memberi amanah kepada semua guru untuk menghargai dan menyayangi setiap murid kita.  Tanpa guru siapalah yang akan memegang amanah itu.