Social Icons

Tuesday, 24 September 2013

PROGRAM PASCA UPSR SESI 2013

Program PASCA ini akan berjalan dari 15 September hingga 14 November 2013. Program ini melibatkan semua tahun 6 SKGB. Program ini telah dijalankan pada setiap tahun yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun 6 sekolah ini. Aktiviti-aktivti yang dikelolakan saban tahun adalah sebagai wadah  bagi mengisi masa yang berfaedah untuk murid-murid setelah menjalani UPSR. Setiap aktivti yang dirancang menjurus kepada kesesuaian aktiviti murid yang menepati Falsafah Pendidikan Negara.

Tujuannya:

11.    Memberi dorongan dan keyakinan kepada murid agar mereka mampu menyelesaikan     sesuatu masalah.

22.   Menyedari bahawa anak-anak adalah generasi yang perlu disemai mengikut perederan zaman agar mereka tidak lari daripada landas-landas agama.

33.   Mengisi masa dengan aktivti-aktivti yang menarik dan menggalakkan interaksi social secara lebih positif.

44.   Memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan dalam kumpulan di dalam masa yang sama menerapkan gaya kepimpinan.

Memberi pengalaman baru, mengasah bakat dan menonjolkan kreativiti serta kemahiran yang terpendam

Sunday, 22 September 2013

MINGGU PUSAT SUMBER DAN PROGRAM NILAM SKGB 2013

07 Julai 2013 - Minggu Pusat Sumber Sekolah dan Program Nilam SKGB 2013 bertemakan "MEMBACA WADAH ILMIAH" yang dikendalikan oleh Guru Perpustakaan dan Media, Puan Masliza Binti Mamat dan Guru Nilam, Puan Norria Binti Abdul Rashid serta AJK program.  Majlis dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Nasir Bin Embong di Dataran Perhimpunan SKGB.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan perasmian daripada GPK Kurikulum serta diserikan dengan gimik pelancaran iaitu acara mengetuk ketulan ais dan memotong banting.

Minggu PSS ini bermula pada 7 Julai dan berakhir pada 11 Julai 2013.  Antara pertandingan yang diadakan sepanjang minggu tersebut adalah seperti kuiz, bercerita, pantun teka teki, menulis dialog kartun dan bacaan NILAM.  Semua aktiviti dijalankan di dataran perhimpunan, dewan sekolah dan juga di dalam kelas.  Semua murid Tahun 1 hingga 6 termasuk murid-murid PKI menyertai aktiviti tersebut.

Antara objektif program adalah:

1. Menambah pengetahuan pelajar mengenai Pusat Sumber Sekolah.
2. Menarik minat pelajar untuk mengunjungi seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah dengan berkesan.
3. Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
4. Mengeratkan hubungan sesama Pengawas Pusat Sumber dan para pelajar sekolah.

Kemuncak Minggu PSS & Program NILAM ini iaitu majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang menyertai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.  Hadiah-hadiah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Siti Arbaiyah Binti Yusof.  Terima Kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana memberikan kerjasama yang padu sepanjang majlis berlangsung.

Perasmian  Oleh GPK 1 - En. Md Nasir bin Embong

 
Adik Milia Natasha bt. Mustafa sedang menyampaikan cerita.

Menjawab pantun teka-teki`



Murid sedang menjawab kuiz.



Pn. Zakiah sedang mengendalikan pertandingan kuiz.

Membaca beramai-ramai.

Acara Penyampaian Hadiah Oleh GPK HEM.


Wednesday, 11 September 2013

PEPERIKSAAN UPSR 2013

Pada 10,11, dan12 Oktober 2013,  Selasa , Rabu dan Khamis - Peperiksaan UPSR bermula diseluruh negara. Pihak sekolah berharap semua murid SKGB telah bersedia untuk menempuhi peperiksaan dengan bekalan ilmu. Pada 10 Oktober 2013, pada jam 7.25 pagi, semua murid dan ibubapa  tahun 6 berkumpul di Surau AR- Rahman untuk sama-sama bermunajat dan memohon keberkatan disertai dengan bacaan Yasin. Ibubapa turut bersama membaca Yasin sebagai tanda sokongan kepada anak-anak. Seramai 120 orang calon akan mengambil peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Pada hari pertama peperiksaan mata pelajaran Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan dan Matematik Kertas 2. Pada 11 Oktober, hanya mata pelajaran Matematik Kertas 1sahaja. Hari terakhir 12 Oktober , mata pelajaran Sains, Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2.Pada sebelah petang,Ujian Aptitud dijalankan.Sepanjang peperiksaan berjalan,semua calon mengahadapinya dengan tenang dan tidak ada kesulitan yang dialami.

Kami, guru SKGB berdoa semoga semua calon UPSR 2013 berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan dan mendapat keputusan yang baik.5A. InsyaAllah.

SKGB BOLEH!!!!

Kehadiran ibubapa memberi semangat

Para pelajar beratur dan mendengar taklimat daripada guru serta bacaan doa

Guru memberi kata-kata semangat kali terakhir

Murid beratur untuk ke dewan peperiksaan



Monday, 9 September 2013

SOLAT HAJAT PELAJAR TAHUN 6, IBUBAPA DAN GURU SKGB

khamis, 5 September 2013 - Jam 7.00 petang, SKGB mengadakan Majlis Solat Hajat bagi murid-murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada 10, 11 dan 12 September 2013.  Dihadiri oleh YDP PIBG, Dr Hashim, guru-guru dan hampir 100 orang ibubapa yang hadir.

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dimulakan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).  Seterusnya diikuti dengan solat hajat dan bacaan Yassin dan diakhiri dengan solat Isya' berjemaah.

Objektif utama Solat hajat di adakan bagi meminta hajat dan berdoa memohon keberkatan Allah agar anak-anak tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR akan mendapat ketenangan semasa menjawab peperiksaan UPSR 2013 dan sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang.  Insya Allah.

Majlis berakhir pada jam 9.30 malam.

Sesi Pendaftaran Ibu bapa

Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali

Ucapan daripada PK1, En Nasir





 Jamuan makan setelah selesai majlis.




MAJLIS RESTU ILMU

Ahad, 8 September 2013 - Majis Restu Ilmu bermula jam 7.30 pagi hingga 9.00 pagi bertempat di Dataran Perhimpunan SKGB.  Majlis dipengerusikan oleh Puan Zakiah Jusoh.  Antara aurcara program ialah ucapan wakil murid tahun 6 yang disampaikan oleh adik Qistina binti Rosni, dari kelas 6 Ibnu Sina manakala bacaan Ikrar yang diketuai oleh adik Wan Mohd Aqil bin Wan Jefri dari kelas 6 Ibnu Sina.  Seterusnya ucapan guru-guru kelas tahun 6 iaitu:

6 Ibnu Sina : Cik Rohana Binti Yusoh
6 Ibnu Rushd : Puan Rohani Binti Hasam
6 Abu Hurairah : Puan Azriana Binti Adam
6 Abu Dardha : Puan Wan Supinah Binti Wan Ismail

Guru kelas memberikan pesanan dan semangat untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada 10, 11 dan 12 September 2013.  Puan Guru Besar SKGB turut memberi peransang kepada murid-murid tahun 6 SKGB.  SKGB turut dilawati oleh Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu yang mewakili pihak jabatan iaitu En Shamsuddin.  Beliau menyampaikan maklumat tentang pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.  Justeru itu, beliau menasihati murid-murid lain supaya menjaga disiplin sepanjang peperiksaan UPSR berjalan.

Perutusan Menteri Besar dibaca oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Siti Arbaiyah.  Majlis berakhir dengan majlis bersalam-salaman dan meminta restu dengan guru-guru diiringi oleh bacaan selawat.

Objektif majlis ini ialah:

1. Usaha terakhir memberi suntikan semangat kepada murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
2. Memohon pertolongan kepada Allah agar anak-anak didik mendapat kejayaan yang cemerlang.
Agar mendapat keberkatan dan restu daripada Allah, ibubapa dan guru-guru.

Majlis berakhir pada jam 9.00 pagi.

Tuesday, 3 September 2013

PROGRAM BULAN KEMERDEKAAN

Sempena bulan Kemerdekaan, mulai 15 Ogos 2013 hingga 16 September,SKGB telah mengadakan Program Bulan Kemerdekaan. Dalam program ini pelbagai aktiviti telah diatur, antaranya Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Pertandingan Pakaian Beragam,Pertandingan Mewarna untuk semua murid mengikut tahap dan Nyanyian Lagu Patriotik.

Semua aktiviti ini dijalankan sepanjang tempoh tersebut. Objektif utama program ini adalah untuk menanam semangat cintakan negara dikalangan murid-murid. Disamping menerapkan pentingnya kemerdekaan dan kebebasan dijaga dan dipelihara. Murid juga didedahkan tentang sejarah kemerdekaan serta pejuangan orang terdahulu dalam usaha memerdekakan negara Malaysia tercinta.Diharapkan program ini memberikan banyak pengajaran kepada murid-murid SKGB...

PERTANDINGAN MEWARNA PRASEKOLAH






Monday, 2 September 2013

PROGRAM MERDEKA RAYA PERINGKAT SEKOLAH BAGI TAHUN 2013

Khamis, 29 Ogos 2013 - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Program MerdekaRaya peringkat sekolah bagi tahun 2013 dipengerusikan Puan Nor Ulfah binti Muda. Ianya telah disempurnakan olehYang Berbahagia Tuan Haji Deraman bin Muda, Mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Beliau telah memberi ucapan tentang sejarah kemerdekaan dan pertubuhan Malaysia. Program diserikan lagi dengan pelbagai persembahan daripada murid-murid SKGB iaitu persembahan Mendeklamasikan Sajak, Lakonan, Kior dan Persembahan Pakaian Bertemakan Kebangsaan daripada murid-murid Pra Sekolah dan Pendidikan Khas.

Majlis Program Merdeka berakhir pada jam 10.30pagi. Murid dan guru menikmati jamuan hari raya dengan meriah dan jayanya. Sekolah yang berdekatan juga dijemput bagi menjayakan lagi majlis pada hari tersebut. Pelbagai juadah telah disediakan oleh semua guru dam murid membawa kuih muih masing-masing. Program ini bertujuan untuk menghidupkan suasana Hari Raya dan juga Hari Merdeka. Majlis MerdekaRaya telah berakhir pada jam 1.30 tengahari.

Ucapan daripada Puan Guru Besar, Hjh Ramlah Binti Mohammad Noor

Ucapan daripada Mantan Pengarah JPNT, Tuan Haji Deraman



Persembahan pelajar-pelajar




Barisan peserta pakaian beragam Prasekolah

Persembahan Lagu Raya oleh murid Prasekolah
   


Cenderahati untuk Mantan pengarah 

Semangat Patriotik Pelajar