19 Januari 2014, Ahad. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah telah mengadakan satu pelancaran Program Mentor-mentee bagi tahun 2014.
Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Puan Hjh Ramlah binti Mohamad Noor ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Program ini melibatkan semua guru serta murid Pra, Tahun 1, 2, 3, 4, 5, 6, dan juga Pemulihan Khas. Unit Bimbingan dan kaunseling telah menyediakan sebuah fail kepada setiap mentor yang mengandungi modul untuk digunakan pada setiap kali perjumpaan.
Program ini merupakan salah satu pendekatan guru penyayang. Ianya akan diadakan pada setiap bulan iaitu sebanyak 10 kali. Jangka masa perjumpaan adalah antara 40-50 minit dan akan diadakan di dalam kelas masing-masing.
Antara objektif program ini ialah:
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan
2. Mengamalkan budaya penyayang
3. Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah.
Program ini diharap akan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera di kalangan murid.
Sunday, 19 January 2014
Wednesday, 15 January 2014
Majlis Penutup Transisi Tahun 1, 2014
Khamis, 16 Jan 2014 - Majlis penutup Program Transisi Tahun 1 telah diadakan di Dewan SKGB bermula jam 10.30 pagi. Majlis dirasmikan oleh Guru Besar SKGB, Pn. Hjh Ramlah Binti Mohamad Noor.
Program Transisi Tahun 1 telah dijalankan bermula 1 Januari hingga 16 Januari 2014.
Antara objektif program termasuklah:
1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru dan
kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan
gembira tanpa banyak masalah.
3. Membantu semua murid yang datang dari latar belakang, pengalaman, sosial
ekonomi yang berbeza, memulakan proses pembelajaran tahun 1.
Majlis berjalan lancar dengan kerjasama Guru Jawatankuasa Program Transisi di bantu oleh Guru Bimbingan Dan Kaunseling, Pn. Nor Ulfah binti Muda, juga selaku Pengendali Majlis. Sekalung pengharghaan terima kasih kepada Ustaz Syamsudin Bin Mustaffa yang memimpin bacaan doa. Juga kepada barisan pentadbir iaitu Puan Guru Besar, GPK 1 En.Md Nasir Bin Embong, GPK HEM Pn. Siti Arbaiyah Binti Yusof, GPK KO Pn Radina Bt Yunus serta semua guru Tahun 1 dan JK Transisi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis.
Program diakhiri dengan acara Sambutan Hari Lahir dan penyampaian hadiah . Semoga program sebegini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan penambahbaikan. Insya Allah.

Tuesday, 14 January 2014
Ceramah Motivasi
Rabu,15 Januari 2014. Success Revolution Training Centre telah mengadakan Ceramah Motivasi kepada murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 di Dewan Sekolah bermula jam 8.00 pagi. En. Abdul Subhan Mahfooz, Pengurus Success Revolution Traning Centre telah menyampaikan ceramah dengan baik dan berkesan. Antara pengisian slot termasuklah:
1. Pendedahan kaedah dan Teknik Menjawab Soalan.
2. Panduan Pembelajaran yang Sistematik.
3. Kemahiran dan Teknik Belajar yang betul.
4. Teknik Pengurusan Masa yang berkualiti.
Semoga program sebegini akan dapat memberi peransang kepada semua murid Tahun 5 dan Tahun 6 untuk mengukir kecemerlangan dalam bidang akademik dan berazam untuk meningkatkan kualiti diri dalam semua bidang.
Khusyuk mendengar ceramah.
Wednesday, 1 January 2014
TAKLIMAT RINGKAS GURU KELAS
Pukul 1.30 petang , 1 JANUARI 2014 ( RABU ). Satu taklimat ringkas kepada semua Guru Kelas telah diadakah di bilik Galeri Gemilang . 24 orang guru kelas telah hadir dan semuanya adalah guru perempuan. TAHNIAH ! Antara perkara yang dibincangkan:
- Tugas Dan Peranan Guru kelas
- Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas
- Senarai Inventori Kelas
- Laporan kerosakan
- Cadangan pemasangan Langsir Baru
- Membentuk Organisasi Bilik Darjah
- Lain-lain perkara berkaitan pengurusan Bilik Darjah
PROGRAM TRANSISI TAHUN SATU SESI 2014
1 JANUARI 2014 ( RABU ). Pada jam 8.30 pagi ibu bapa murid-murid tahun satu berkumpul di Dewan Sekolah setelah menghantar anak-anak mereka ke kelas masing-masing. lebih kurang 100 orang ibu bapa dan penjaga hadir. Program Transisi Tahun Satu merupakan program yang dirancang khas dengan pelbagai aktiviti seperti Taklimat Ibu Bapa, Pertandingan Tulisan mekanis, Pertandingan Mewarna, Sukaneka, Lawatan dan sebagainya bagi menyediakan diri murid Tahun Satu dengan alam persekolahan sebenar. Mereka akan mengikuti program ini selama lebih kurang 3 minggu. Sekalung penghargaan terima kasih kepada Jawatankuasa Program Transisi terutama kepada Guru Penasihat iaitu Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor yang dapat menyampaikan taklimat dengan begitu cemerlang menggunakan perisian Power Point. En.Md Nasir Bin Embong selaku Pengerusi, manakala Setiausahanya ialah Puan Hajjah Zakiah Binti Tawang. Tak lupa kepada Ustaz Syed Imran Faisal bin Syed Ahmad selaku pemimpin bacaan doa dan Puan Nor Uflah binti Muda sebagai mengendali majlis.
PERHIMPUNAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2014
1 JANUARI 2014 ( RABU ). Semua Warga SKGB berkumpul di Dataran Perhimpunan bagi mendengar nasihat dan amanat daripada Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB. Perhimpunan dimulakan dengan bacaan doa. Ketua Guru bertugas Minggu Pertama , Ustaz Mat Ali Bin Abd Razak mengendalikan majlis dengan ucapan Selamat Datang dan selamat Tahun Baru kepada semua yang hadir. Seawal jam 7.00 pagi pintu masuk ke kawasan sekolah menjadi sesak dengan kehadiran murid, ibu bapa dan guru. Murid-murid begitu bersemangat dengan pakaian seragam sekolah yang putih bersih melangkahkan kaki ke sekolah bagi memulakan Sesi persekolahan Tahun 2014. Wajah ceria jelas kelihatan pada wajah mereka namun bagi murid pra sekolah dan tahun satu kelihatan juga yang menangis dan enggan berpisah dengan ibu bapa mereka. Begitulah lumrahnya alam persekolahan...bagi guru-guru SKGB...inilah aset kami ..tanpa murid siapalah guru..kami akan meneruskan tugas dan tanggungjawab kami untuk mendidik mereka sehingga ke puncak jaya, InsyaAllah.
| Ibu bapa turut serta berada di dataran perhimpunan |
| Perhimpunan pagi hari pertama persekolahan |
Subscribe to:
Posts (Atom)