Social Icons

Friday, 28 March 2014

PERTANDINGAN SAHIBBA MURID SEKOLAH RENDAH DAERAH KUALA TERENGGANU.



 RABU 26 FEBRUARI 2014.  Dua orang murid dari Tahun 6 Ibnu Sina iaitu Afiqah Ayuni Binti Zam Zam dan Sharifah Sofea Hani Binti Syed Shukri telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Manir Kuala Terengganu.  Pertandingan bermula pada jam 8.30 pagi selepas murid-murid mendaftarkan diri.  Peserta diberi taklimat pertandingan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Setiap kumpulan mengandungi 4 orang pelajar.  Peserta SKGB hanya layak ke peringkat separuh akhir.  Tahniah diucapkan semoga menjadi pendorong kepada murid-murid lain untuk menyertai pertandingan sebegini pada masa-masa akan datang.  Penghargaan terima kasih kepada Pengerusi Panitia Bahasa Melayu, Encik Abdul Jalil Bin Umar yang sentiasa menggalakkan pelajar menyertai pertandingan ko-akademik baik di peringkat sekolah mahupun daerah.  Tidak lupa kepada Puan Hamidah Binti Abdul Rashid yang mengiringi murid sepanjang majlis berlangsung.


 Sahibba antara permainan yang memerlukan murid menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
,KeBAT

Seorang Hakim memantau pertandingan bagi setiap kumpulan

Pertandingan tamat setelah semua huruf digunakan di atas papan petak.

Pemenang setiap kumpulan akan menyertai pusingan kedua atau separuh akhir.
Dilaporkan oleh : Pn.Hamidah Abdul Rashid

PERTANDINGAN MEWARNA ANJURAN MUZIUM KUALA TERENGGANU.



SABTU 8 MAC 2014.  Pertandingan mewarna Anjuran Muzium Negeri Terengganu telah diadakan di perkarangan Muzium bermula jam 8.30 pagi.  Pertandingan yang bertema  Hargai Warisan Kita” telah disertai oleh kanak-kanak tadika, murid sekolah rendah dan Menengah peringkat Negeri Terengganu bertujuan mendidik generasi muda menghargai budaya warisan serta memperkenalkan Muzium Negeri Terengganu.  Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar 15 orang peserta.  Iaitu 5 orang murid Pra Sekolah,  5 orang murid Tahap 1 dan 5 orang Murid Tahap 2.  Seramai 5 orang murid dari SKGB telah berjaya mendapat hadiah saguhati berupa sebuah beg sekolah.  Tahniah diucapkan kepada semua peserta.  Kepada yang tidak berjaya,  jangan putus asa,  usaha lagi pada masa akan datang.  Sekalung penghargaan terima kasih kepada Puan Zakiah Binti Yusof,  Puan Rosma Binti Sidek,  Puan Saliza Bt Mohamed Solai selaku guru pengiring yang telah bersama-sama murid sepanjang majlis berlangsung. 


Murid-murid begitu tekun mewarna lukisan dengan gaya tersendiri

Peserta Tahap Satu

Peserta Tahap 2 tekun menyiapkan lukisan

Seronoknya dapat Cabutan Bertuah.  Wow !  Besarnya Hamper


Saguhati Pra Sekolah

Murid Pra Sekolah juga tidak ketinggalan
Dilaporkan oleh: Pn.Hamidah Abdul Rashid

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM 3K, PERTANDINGAN KELAS KONDUSIF 2014



AHAD 9 MAC 2014.  Majlis Pelancaran Pertandingan Kelas Kondusif bagi tahun 2014 telah dirasmikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB.  Selepas itu aktiviti gimmik perasmian antaranya ialah Dialog Bahasa Arab dan Penyampaian Pantun Sekolahku Ceria.
Pertandingan Kelas Kondusif merupakan salah satu daripada program yang telah dirancang oleh Jawatankuasa Program 3K bertujuan untuk mewujudkan suasana kondusif dalam bilik darjah.  Melalui pertandingan sebegini adalah diharapkan murid-murid akan dapat:

  •         Mewujudkan kelas dan persekitaran yang kondusif dalam kawasan sekolah.
  •         Menjalinkan semangat kerjasama antara guru dan murid dalam usaha menceriakan bilik darjah.
  •         Menghargai kebersihan dan keindahan kawasan sekolah sebagai tempat untuk menuntut ilmu.
  •          Menjadikan amalan menjaga kebersihan sebagai perkara asas yang perlu diutamakan.

Pertandingan Kelas Kondusif akan diadili oleh guru-guru Jawatankuasa 3K dan dibantu oleh guru bertugas mingguan mengikut jadual yang telah ditetapkan.  Hadiah akan diberi mengikut  2 kategori iaitu tahap 1 dan tahap 2.  Keputusan pertandingan akan diadakan pada minggu terakhir setiap bulan bermula bulan Mac. Ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa 3K dan semua guru yang terlibat menjayakan majlis.







Wednesday, 26 March 2014

LAWATAN PENANDA ARAS GURU-GURU SK.BUKIT JELUTONG, SHAH ALAM SELANGOR KE SKGB.



Isnin 24 Mac 2014.  Seramai 60 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Gong Badak dalam usaha mengeratkan silaturrahim dan mewujudkan rakan jalinan perkongsian maklumat .  Lawatan Penanda Aras ini merupakan aktiviti tahunan bagi sekolah Klustur Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi.  Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor amat berbesar hati menerima kunjungan para tetamu.  Yang Berbahagia Datin Hajjah Ramlah Binti Asmuri (AMN) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong merakamkan penghargaan terima kasih dan terharu atas kesudian pihak sekolah menerima kunjungan mereka walaupun dalam waktu cuti sekolah. 
 
Antara tetamu yang hadir termasuklah Encik Rashid Bin Mahmudin,  Guru Besar Taman Alam Megah,  Puan Ranizam Binti Yusoff,  Guru Besar SK. Seefild,  Penolong Kanan dari SK.Seksyen 9,  Pen. Kanan SK. Bandar Anggerik dan Pen.Kanan SK Seksyen 13 Shah Alam.
Majlis bermula pada jam 12.40 petang.   Doa pembuka majlis dikendalikan oleh Ustaz Syajidin Bin El.Adha. Puan Hamidah Binti Abdul Rashid selaku pengendali majlis mengalu-alukan kedatangan tetamu dengan serangkap pantun yang berbunyi :

            Cenderawasih terbang berkawan,
Hinggap lama di ranting berduri;
Terima kasih tuan dan puan,
Sudi berkunjung ke sekolah kami.

Beliau mempersilakan Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan seterusnya menyampaikan taklimat ringkas tentang kejayaan sekolah. Guru Besar Bukit Jelutong,  Y.Bhg Datin Hajjah Ramlah menyampaikan hasrat dan objektif rombongan.  Majlis bertukar-tukar cenderahati dan sesi bergambar menjadi menutup tirai Majlis Lawatan Penanda Aras.  Peserta rombongan dibenarkan melawat sekitar sekolah dan bilik-bilik khas.  Mereka meminta kebenaran untuk merakam gambar sekitar bilik Pendidikan Seni, Pusat Sumber, Makmal Sains termasuklah Galeri Gemilang yang menjadi kebanggaan.  Selesai bergambar sebagai kenang-kenangan tetamu bersalam-salaman mengucapkan terima kasih tanda persahabatan.  Rombongan menaiki bas meninggalkan perkarangan sekolah pada jam 3.30 petang untuk meneruskan lawatan ke Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu.  Semoga berjumpa lagi di lain masa dan ketika.  Akhir kalam, 
 
Madah diungkap santun bicara,
Pantun dilantun mengusik hati,
Salah dan silap tutur bicara,
Pohon diampun seikhlas hati.
Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis terutama Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SKGB, Encik Md.Nasir Bin Embong Guru Penolong Kanan 1,  Puan Rosma Binti Sidek dan Encik Razlan Bin Abd.Rahman.  Sekian.... Wassalam.
Ustaz Syajidin El.Adha membaca doa pembuka majlis.
Puan Hajjah Ramlah menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas kejayaan sekolah.

Ybhg.Datin Hajjah Ramlah Binti Asmuni Guru Besar SK.Bukit Jelutong menyampaikan hasrat berkunjung ke SKGB
Sijil Penghargaan daripada Guru Besar SKBJ kepada Guru Besar SKGB
Penyampaian cenderamata daripada Guru Besar SKGB kepada Ybhg.Datin Hjh.Ramlah Guru Besar SK.Bukit Jelutong
Gambar kenang-kenangan

Dilaporkan oleh : Pn.Hamidah Abdul Rashid

Wednesday, 19 March 2014

Majlis Jamuan Perpisahan Pertukaran Guru & Kenaikan Pangkat



19 Mac 2014,Rabu- Pihak sekolah SKGB telah mengadakan Majlis Jamuan Perpisahan & meraikan kenaikan pangkat kepada guru-guru yang telah bertukar. Majlis bermula pada jam 1.00 petang. Majlis dipengerusikan oleh En.Mat Fadhil bin Yusof. Majlis dimulakan dengan dengan bacaan doa oleh Ustaz Syamsuddin bin Mustafa.
Seterusnya, Majlis diteruskan lagi dengan jamuan untuk tetamu jemputan yang diraikan, ucapan oleh Puan Guru Besar dan ucapan oleh guru-guru yang bertukar iaitu:
1. En.Nazri bin Mustafa
2. Pn.Rudiana binti Abdul Ghani
3. Pn.Norsiah binti Abdullah
4. Pn.Masitah (Guru KAFA)
5. Pn.Aminah (Guru KAFA)

Semoga beliau dapat meneruskan khidmat beliau di sekolah baru dengan penuh dedikasi dan segala jasa dan pengorbanan yang beliau taburkan di SK Gong Badak tidak akan kami lupakan.
Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada guru-guru yang bertukar dan bersurai pada jam 3.30 petang.












Saturday, 8 March 2014

Pelancaran Amalan Guru Penyayang

9 Mac 2014,Ahad-Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan satu pendekatan iaitu "Amalan Guru Penyayang". Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang ini perlu dilaksanakan secara berterusan di semua sekolah. Antara objektif Pelaksanaan Guru Penyayang ini ialah:
a)Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru
b)Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
c)Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
d)Menghargai sumbangan murid, ibubapa, komuniti/masyarakat kepada sekolah.

Antara amalan guru penyayang pula:
a)Mengalu-alukan kehadiran murid
b)Program Mentor-Mentee
c)Memberi penghargaan kepada murid

Sempena Majlis pelancaran Amalan Guru Penyayang, Guru Bimbingan dan Kaunseling serta ahli jawatan kuasa telah menyediakan kad ucapan hari lahir berbentuk Penanda Buku kepada murid yang menyambut hari lahir pada bulan Januari. Seramai 64 orang murid yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut.Semoga dengan adanya program sebegini dapat membuatkan murid merasa dirinya dihargai.







Saturday, 1 March 2014

PERKHEMAHAN KURSUS KETUA-KETUA SEKAWAN PKK

27,28 Februari dan 1 Mac, Khamis-Sabtu, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Kem Pengakap di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Terengganu. Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar 10 orang peserta lelaki tahun 4,5 dan 6.
Pendaftaran telah bermula pada jam 10.00 pagi. Guru-guru pengakap lelaki dan peserta bersama-sama mendirikan khemah.
Antara aktivti yang dijalankan ialah aktiviti Kawad, Laung Agung dan sebagainya. Diharapkan peserta kem tersebut dapat menimba pengalaman dan dapat merasai pengalaman sebenar semasa perkhemahan.
Kem tersebut berakhir pada jam 1.00 petang iaitu pada hari sabtu 1 Mac 2014.

Tapak Perkhemahan


Guru menyediakan makan malam untuk peserta


Makan malam

"Laung Agung" dipersembahkan di hadapan murid

Peserta Perkhemahan menerima sijil penyertaan