Social Icons

Sunday, 13 April 2014

CERAMAH KESIHATAN

13 April 2014,Ahad. Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu telah mengadakan ceramah kepada semua murid Sekolah Kebansgaan Gong Badak. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Zainurin bin Abdullah, Penolong Pegawai Kesihatan, Jabatan Kesihatan Kuala Terengganu.
Antara ceramah yang disampaikan ialah berkenaan dengan gejala denggi yang kian membimbangkan masyarakat pada masa kini. Seterusnya, ceramah tentang keracunan makanan. Murid-murid dinasihati berhati-hati dengan makanan yang dimakan setiap hari di kantin sekolah atau di mana-mana sahaja. Murid-murid perlu meneliti makanan yang dibeli supaya tidak berbau, tidak rosak dan tidak basi.
Semoga apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut dapat memberi input kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan dapat menghindari dari pelbagai penyakit.

Guru-guru turut mendengar ceramah kesihatan

Cenderamata dari Pihak Sekolah

Semua murid sedang mendengar ceramah

Ceramah dari En.Zainurin bin Abdullah, Penolong Pegawai Kesihatan








Saturday, 12 April 2014

LAWATAN KE RUMAH EHSAN DAN PUSAT PENYU DAN EKOSISTEM MARIN(TUMIC)

8 April 2014,Selasa- Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Badan Disiplin Pengawas Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Sekolah Kebansgaan Bukit Sawa, Marang telah bergabung mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan, Dungun dan Pusat Penyu dan Ekosistem Marin(TUMEC). Seramai 68 orang pengawas sekolah dan Pembimbing Rakan Sebaya dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa telah menyertai lawatan ini. Seramai 7 orang guru yang mengiringi murid-murid tersebut.
Pada jam 8 pagi, bas bertolak ke Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa dan tiba di Sekolah Kebangsaan Bukit Sawa pada jam 8.40 pagi untuk menikmati sarapan pagi.
Pada jam 9.30 pagi, bas bertolak ke Rumah Ehsan, Dungun dan tiba pada jam 10.45 pagi. Kami disambut dengan taklimat oleh pihak pengurusan Rumah Ehsan. Selesai taklimat, kami dibawa melawat penghuni rumah tersebut dan kami diraikan dengan makan pagi.
Pada jam 1.00 Tengahari, bas bertolak ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) dan tiba pada jam 2.30 petang.
Pada jam 4.00 petang, kami bertolak pulang ke Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan tiba pada jam 6.00 petang.
Antara objektifnya ialah:
a) Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membolehkan dan membantu supaya warga emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara.
b) Membudayakan nilai,sikap dan amanah saling menghormati, menghargai serta menyayangi sesama insan.
e) Memanfaatkan kerohanian,sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan remaja.

Diharapkan dengan program tersebut jasa dan peranan warga emas dalam membangunkan institusi kekluargaan, masyarakat dan kemajuan negara dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.



Tiba di Rumah Ehsan,Dungun

Peserta lawatan

Cenderamata dari SK Gong Badak

Barisan AJK Lawatan Sk Gong Badak dan Sk Bukit Sawa

Tiba di Pusat Penyu dan Ekosistem Marin(TUMEC)

Melawat Pusat Penyu dan Ekosistem Marin(TUMEC)








Sunday, 6 April 2014

PENYAMPAIAN SIJIL PESERTA BOLA BALING, BADMINTON DAN BOLA TAMPAR

Ahad,6 April 2014- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar peserta untuk mengambil bahagian dalam acara bola baling, bola jaring dan badminton yang bertarikh 17 - 21 Mac 2014 bertempat di SMK Manir.
Pasukan Sekolah mendapat Johan Kumpulan dalam acara bola jaring dan bola baling. Manakala acara 4X100m dan 4X200m telah mendapat tempat yang pertama di sandang oleh Adik Siti Syahida Najwa binti Juraimi.
Tahniah kepada semua peserta, semoga akan terus cemerlang dalam arena sukan akan datang. Sekalung jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua jurulatih yang terlibat dalam pertandingan ini.



Peserta Acara Badminton

Pasukan Bola Baling

Pasukan Bola Baling

Pasukan Bola Jaring

Johan Acara 4X100 dan Acara 4X200

Jurulatih

Saturday, 5 April 2014

PELANCARAN BULAN DISIPLIN DAN BUDAYA SEKOLAH 2014

6 April 2014,Ahad. Unit Disiplin Badan Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Pelancaran Bulan Disiplin dan Budaya Sekolah 2014. Bulan Disiplin ini akan berjalan selama sebulan mulai 1 April-30 April 2014.
Antara objektif program ialah:
a. Melahirkan dan membentuk murid yang berdidiplin dan bertanggungjawab serta peka dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
b. Membentuk keperibadian mulia di kalangan murid
c. Meningkatkan rasa sayang dan cinta murid kepada sekolah sebagai penyalur pelbagai ilmu dan pendidikan
d. menanam sikap bertanggungjawab murid kepada peraturan sekolah dan menyedarkan mereka bahawa tidak hadir ke sekolah merupakan satu kesalahan besar.

Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan disiplin ini ialah:
a. Majlis Pelancaran oleh Guru Besar
b. Pertandingan Kelas Paling Berdisiplin
c. Pertandingan Kehadiran 100% antara kelas
d. Ceramah Kerohanian dan Motivasi
e. Majlis Penutupan.

Diharapkan Bulan Disiplin ini dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada semua murid Sk Gong Badak.


Gimik Perasmian oleh Guru Besar

Ucapan Setiausaha Unit Disiplin

Ucapan Guru Besar

Barisan Ahli Jawatankuasa

Guru Besar menandatangani selepas perasmian

Tuesday, 1 April 2014

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PKI KE AKADEMI BOMBA & PENYELAMAT

SELASA 25 FEBRUARI 2014.  Jawatankuasa Kelas Pendidikan Khas Integrasi SKGB telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Akademi Bomba Dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang Terengganu.  Seramai 27 orang murid PKI,  telah menaiki bas pada jam 8.30 pagi diiringi oleh 2 orang PPM dan 9 orang guru pengiring.  Antara objektif Lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak Berkeperluan Khas ini interaksi dengan dunia luar di samping mendapat pelbagai informasi berguna. Mereka juga akan mendapat pengalaman baru tentang tugas dan peranan Akademi Bomba Dan Penyelamat.  Walaupun mempunyai banyak kekurangan dari segi fizikal dan mental, aktiviti sebegini adalah diharapkan dapat membina sikap berani,  berdisiplin,  bertanggungjawab dan berketrampilan dalam diri murid-murid PKI. Penghargaan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa yang telah menjayakan Program.  Tidak lupa kepada Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor,  Guru Besar yang sentiasa memberi galakan dan dorongan demi kecemerlangan Pendidikan Khas Integrasi SKGB.







Monday, 31 March 2014

PENCARIAN KANAK-KANAK PINTAR / PERMATA INSAN 2014

ISNIN 31. MAC 2014.  Seramai 35 orang murid tahun 5 Ibnu Rush telah menduduki Ujian Saringan Permata Insan ( USIM 1 ).  Program ini diadakan khusus untuk mencari kanak-kanak pintar mengikuti PROGRAM PERMATA INSAN bagi melahirkan Cendekiawan Islam.  Untuk menduduki Ujian Saringan PERMATA INSAN, mereka perlu melayari :  http://ukm1.permatapintar.edu.my.  Universiti Sains Islam Malaysia ( USIM ) akan memulakan PENCARIAN KANAK-KANAK PINTAR berumur 8 hingga 15 tahun untuk mengikuti Program PERMATA INSAN mulai 1 Februari 2014 hingga 31 Mei 2014.  Sebarang pertanyaan tentang Program ini bolehlah berhubung dengan Puan Rosma Binti Sidek (EIO) atau Puan Hamidah Binti Abdul Rashid (Penyelaras Permata Pintar).  Terima kasih dan tahniah kepada yang sudah berjaya menduduki Ujian Saringan 1. 




MAJLIS TILAWAH, HAFAZAN DAN BERCERITA KISAH DARI AL-QURAN 2104/1435 H

ISNIN 31 MAC 2014 bersamaan 29 Jamadil Awal 1435 Hijrah.  Majlis Tilawah,  Hafazan Dan Bercerita Kisah Dari Al-Quran Peringkat PKG Tok Jiring telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng Kuala Terengganu bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang.  Seramai 6 orang murid dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang terlibat semoga akan mendapat kejayaan pada masa-masa akan datang. Warga SKGB dan Jawatankuasa Agama Islam merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ustazah Wan Supinah,  Ustaz Mat Ali,  Ustazah Zakiah Binti Jusoh,  Ustazah Sharnita,  Ustazah Norhasmiza,  Ustazah Faridah dan semua yang terlibat atas kerjasama melatih, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada murid-murid sehingga berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan pada tahun ini.

ATURCARA MAJLIS
8.00 pagi -   petangPendaftran Peserta
8.30 pagi -  Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
8.40 pagi -  Taklimat Hakim
9.00 pagi -  Pertandingan dimulakan
12.30 petang -  Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah
1.00 petang   -  Majlis Bersurai

Senarai Nama Peserta MTQ SK.Gong Badak.
1.  Muhammad Amirul Bin Mohamad Saufi - Tilawah Lelaki
2.  Siti Aisyah Binti Mamat -  Tilawah Perempuan
3.  Muhamad Haziq Bin Yunus -  Hafazan Lelaki
4.  Husna Binti Jamalluddin -  Hafazan Perempuan
5.  Wan Amir Khalis Bin Wan Azhar -  Bercerita Lelaki
6.  Siti Nur Ainul Mardhiah Bt Mohd Ali - Bercerita Perempuan