Social Icons

Sunday, 9 November 2014

KURSUS MEMANAH 2014

8 November 2014,Sabtu- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kursus Memanah bagi semua guru, kakitangan dan Ibubapa yang terlibat Sk Gong Badak. Kursus tersebut diadakan pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari di Dewan Sk Gong Badak. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Hashim Azmi bin Che Noh, Merangkap Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Bagi slot pertama ceramah mengenai Pengenalan Memanah tersebut telah disampaikan oleh Encik Omar bin Ismail dari Institut Perguruan Kampus Dato Razali  Ismail dan dibantu oleh Saudari NurFariza. Bagi slot kedua pula telah dijalankan secara praktikal kepada sukan memanah. Banyak kemahiran yang telah disampaikan dan dapat dipelajari oleh semua warga SKGB.

Antara objektif kursus tersebut ialah:
1.  Memperkenalkan sukan memanah kepada guru-guru SKGB dan para ibubapa
2. Memperkasakan sukan memanah
3. Menjalinkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah dan ibubapa

Diharapkan dengan adanya kursus seperti itu, dapat diteruskan pada masa akan datang.


Pendaftaran guru dan ibubapa

Ucapan YDP PIBG

Peserta Kursus Memanah

Tunjuk ajar dari En.Omar bin Ismail

Guru-guru dan ibubapa mendengar taklimat dari Jurulatih

Guru-guru diberi peluang  menguasai teknik-teknik memanah


Dibantu oleh Cik Fariza

LAWATAN TAHUN 6 KE MELAKA,KUALA LUMPUR DAN CAMERON HIGHLAND

3 November-6 November 2014, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan lawatan ke Melaka, Kuala Lumpur dan Cameron Highland pada 3-6 November 2014. Seramai 72 orang murid tahun 6 yang mengikuti lawatan tersebut dan seramai 8 orang guru pengiring.
Antara objektif lawatan tersebut ialah:


Objektif lawatan ialah:

a.    Mewujudkan semangat patrotisme di kalangan pelajar

b.    Mewujudkan serta menghayati nilai-nilai murni, bertanggungjawab, bekerjasama dan saling hormat-menghormati di antara satu sama lain.

c.    Memberangsangkan minat pelajar mempelajaran yang dipelajari di sekolah.

d.    Mewujudkan semangat berdikari dan tabah menghadapi hidup di kalangan pelajar.

e.    Mempelajari cara berinteraksi dan hidup bermasyarakat.

Lawatan ini berjalan lancar dan murid mendapat pengalaman hasil dari lawatan tersebut.

 

Wednesday, 5 November 2014

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NAJAMIN BIN MOHD JAMIL

6 November 2014, Khamis- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan majlis sempena perpisahan Cikgu Najamin yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Pecah Rotan bermula pada minggu hadapan.
Cikgu Najamin memberi ucapan yang terakhir di SKGB dan mengaharapkan semua murid dapat terus  belajar dengan bersungguh-sungguh untuk masa depan mereka.
Pihak sekolah mengucapkan terima ksih di atas pengorbanan dan jasa beliau sepanjang beliau di SK Gong Badak dan mengharapkan beliau akan terus cemerlang di sekolah baru nanti.

Ucapan Pengerusi Majlis Ustaz Mohd Ali

Murid-murid turut meraikan Majlis Perpisahan

Ucapan yang diraikan En..Najamin bin Mohd Jamil

Ucapan Pn. Guru Besar

Majlis bersalam-salaman dengan murid

Tuesday, 4 November 2014

KEM BESTARI SOLAT

4 November 2014, Selasa- Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Kem Bestari Solat kepada semua murid tahun 1 hingga 3 di dewan sekolah.
Kem tersebut telah dikendalikan oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Sayed Ahmad.
Antara objektif kem tersebut ialah:
1. Menarik minat murid amalan solat wajib dan sunat
2. Menyakinkan murid-murid tentangkewajipan solat lima waktu
3. Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dengan sempurna dan solat dengan betul.



PENTADBIRAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

4 November 2014, Selasa- Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menjalankan Ujian Aptitud Am tahun 3 di kelas masing-masing yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 9.15 pagi.
Kelas yang terlibat ialah 3 Ibnu sina, 3 Ibnu Rushd, 3 Abu Hurairah dan 3 Abu Darda. Murid yang terlibat seramai 125 orang. Guru-guru matapelajaran mengawasi sepanjang ujian berlangsung.
Ujian Aptitud tersebut berjalan dengan lancar.





Sunday, 2 November 2014

PELANCARAN MINGGU BAHASA MELAYU

2 November 2014,Ahad- Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah melancarkan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Melayu di tapak Perhimpunan.
Majlis ini dipengerusikan oleh Pn.Zakiah binti Jusoh. Ucapan alu-aluan oleh Setiausaha Minggu Bahasa Melayu iaitu YM.Engku Salwati binti syed Abdullah dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Pn.Hjh.Ramlah binti Mohamad Noor,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Antara objektif Program tersebut ialah:
1. Mendedahkan keunikan bahasa melayu dari pelbagai aspek
2. Meningkatkan penghayatan terhadap kehalusan budaya di sebalik kewujudan bahasa Melayu.
3. Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai bahasa Melayu.
4. Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai, murni,sikap positif dan semangat patriotik bertunjangkan bahasa Melayu.

Ucapan Setiausaha Program

Ucapan Guru Besar

Gimik Pelancaran

Persembahan murid

Guru Penasihat, Pn.Norria binti Abdul Rashid

Barisan guru SKGB

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PRA SEKOLAH

30 Oktober 2014,Khamis- Jawatankuasa Pra Sekolah, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar Pra Sekolah ke Taman Tamadun Islam (TTI) Kuala Terengganu dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
Antara objektif lawatan tersebut ialah membuka minda murid-murid untuk melihat dunia luar. Selain itu dapat melihat keindahan seni warisan islam dan menghayati warisan sejarah peninggalan orang terdahulu.
Matlamatnya pula memberi peluang dan pendedahan kepada murid-murid pra sekolah tentang dunia luar selain dari dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada mereka. Ianya juga memberi peluang kepada murid-murid melihat dan menghayati nilai estetika yang ada
Semoga dengan lawatan sebegini akan memberi kesan yang positif kepada murid-murid Pra Sekolah.