Social Icons

Saturday, 28 March 2015

PERTANDINGAN NASYID PERINGKAT PKG TOK JIRING 2015

26 Mac 2015, Khamis - Pejabat Pendidikan Dearah Kuala Terengganu telah menganjurkan Pertandingan Nasyid Peringkat PKG Tok Jiring yang bertempat di Dewan Institut Latihan Perindustrian, Gong Badak, Kuala Terengganu.
Pertandingan ini disertai oleh 4 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dan Sekolah Kebangsaan Buki Guntong.
Pertandingan tersebut bermula pada jam 9.00 pagi dengan persembahan pertama dari Sekolah Kebangsaan Tok Jiring.
Keputusan yang diperolehi ialah Tempat Pertama ialah Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Kedua Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Ketiga Sekolah Kebangsaan Tok Jembal dan Keempat Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut.



















Tuesday, 24 March 2015

KEJOHANAN MEMANAH PELAPIS ZON TIMUR SIRI 1/2015

19-22 Mac 2015 , Seramai 10 orang peserta telah menyertai kejohanan Memanah Pelapis Zon Timur Siri 1/2015 bagi tahun 2015.  Kejohanan tersebut telah diadakan di Institut Integriti Kuala Terengganu.

Antara peserta yang menyertai ialah:
1. Nur Elyana Syahida Binti M. Shuhri
2. Sufia Nabilah Binti Suparjo
3. Hayani Binti Yusof
4. Nurain Syafiqa Binti M.Yusof
5. M.Aizat Binti M.Nizam
6. W.M.Amir Najwan Bin W.Md.Nadzir
7. M.Hakimi Bin Hamdan
8. M.Arif Bin Samsuddin
9. Luqman Haikal Bin Che Hussien
10. M.Hazmi Aisar Bin Azmi

Pasukan SK Gong Badak telah mendapat pingat Emas dalam Acara Berpasukan Kategori Perempuan, Pingat Perak dalam Acara Berpasukan Kategori Lelaki, Pingat Perak dalam Acara Individu Kategori Lelaki (jarak 20m) yang telah dimenangi oleh Adik W.M.Amir manakala pingat Gangsa acara Individu Kategori Perempuan (jarak 20m) telah dimenangi oleh Adik Nur Elyana Syahida.  Tahniah kepada semua peserta dan semoga terus cemerlang di arena sukan.






CHAMPION JUNIOR JUDO

13-15 Mac 2015 - SK Gong Badak telah menghantar 5 orang peserta JUDO untuk pertandingan tersebut.  Pertandingan tersebut telah diadakan di Pulau Pinang.

Antara peserta yang menyertai pertandingan tersebut ialah:
1. Muhammad Ashraf - mendapat tempat pertama
2. Aishah Nadirah - mendapat tempat kedua
3. Wan Nurul Aishah - mendapat tempat kedua
4. Nor Syawani - mendapat tempat ketiga
5. Zuraida - mendapat tempat kedua

Peserta yang berjaya telah membawa pulang pingat dan sijil.




Wednesday, 11 March 2015

PELANCARAN MAJLIS TADARUS,HAFAZAN DAN BERCERITA KISAH NABI DARI AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH

12 Mac 2015, Khamis - Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Pelancaran Majlis Tadarus, Hafazan dan Bercerita Kisah Nabi dari Al-Quran Peringkat Sekolah bagi tahun 2015 di tapak perhimpunan SK Gong Badak yang bermula pada jam 7.30 pagi.
Pelancaran ini telahpun dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah sebagai penyelaras program. Pelancaran telah dirasmikan oleh Puan Hajah Ramnlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pendaftaran peserta diadakan pada jam 8.00 pagi dan pertandingan bermula pada jam 8.15 pagi.

Antara objektif program ini diadakan ialah:
1) Menguji pengetahuan para pelajar dan mencungkil bakat istimewa di kalangan pelajar
2) Menekankan pembentukan dan pembangunan insan mulia yang menyumbang ke arah pembangunan tamadun manusia
3) Memupuk semangat kekeluargaan dan kekitaan di kalangan pelajar dan guru.


Pelancaran Majlis Tadarus Al-Quran

Puan Guru Besar menandatangani kain rentang

Peserta Pertandingan

Hakim Pertandingan



Pertandingan Bercerita

Peserta yang menunggu giliran

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENGHARGAAN KEPADA MURID PEMULIHAN

8 Mac 2015, Ahad - Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah memilih 2 orang murid yang berjaya ke arus perdana iaitu Wan Aqil Illyas dan Muhammad Hasrul Harizan dari kelas 3 Abu Darda'.
Mereka telah membuat persembahan dengan membaca sebuah petikan cerita yang dibimbing oleh Pn.Azlina binti Muda, Guru Pemulihan Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En.Md Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tahniah kepada kedua-dua murid tersebut dan semoga semua murid pemulihan yang lain juga dapat ke arus perdana.

Adik M.Hasrul Harizan

Adik Wan Aqil Ilyas

Penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya ke arus perdana

Dibimbing oleh Guru Pemulihan SKGB


KEM PIDATO

5 Mac 2015, Khamis - Pihak Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah mengadakan Kem Pidato bersama murid-murid tahun 4, 5 dan 6.  Kem tersebut bermula jam 10.30 pagi yang bertempat di Dewan Sekolah.

Pelbagai teknik dan kemahiran berpidato telah diberikan kepada pelajar.  Justeru itu, murid-murid dibahagikan mengikut kumpulan dan dikendalikan oleh seorang fasilitator dari UNISZA bagi setiap kumpulan.

Semua murid diberi peluang untuk berlatih berpidato di hadapan dewan dan dibimbing oleh fasilitator masing-masing.

Kem tersebut berakhir pada jam 1.30 petang.


Taklimat oleh Penyelaras Bahasa Melayu

Taklimat oleh wakil fasilitator dari UNISZA

Murid dilatih berpidato

Dibimbing oleh Fasilitator

Setiap murid diberi peluang untuk menunjukkan bakat

Murid bersama fasilitator

Penutupan kem Pidato

BENGKEL 6 ASPIRASI MURID

3 Mac 2015 , Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Bengkel 6 Aspirasi murid di bilik Galeri pada jam 2.00 petang.  Semua guru terlibat dalam bengkel tersebut.

Bengkel telah dipengerusikan oleh Puan Hjh.Ramlah Binti Mohamad Noor, Guru Besar SK Gong Badak.  Semua guru dibahagikan kepada 12 kumpulan mengikut kemahiran seperti Kemahiran Berfikir, Etika dan Kerohanian, Identiti Nasional, Pengetahuan, Kemahiran Dwibahasa dan Kemahiran Memimpin.

Semua guru diminta untuk memberi pendapat tentang kemahiran tersebut dan setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja masing-masing.

Semua guru memberi kerjasama yang sangat baik dan bengkel berakhir jam 4.30 petang.


Ucapan oleh Puan Guru Besar

Peserta bengkel


Perbincangan dalam kumpulan


Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan

Hasil kerja ahli kumpulan