Social Icons

Monday, 6 April 2015

LADAP PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIAE

6 April 2015, Isnin - Sekolah Kebangssaan Gong Badak telah menganjurkan LADAP bagi semua guru yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang yang bertempat di Bilik Galeri Gemilang.
LADAP tersebut telah dipengerusikan oleh En.Md.Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan penceramah LADAP tersebut ialah En.Johari bin Ambak, Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah
(SIP+ iaitu School Improvement Partnership)).
Pelbagai maklumat yang telah diberikan antara tentang Pelan Pembangunan Profesionalisme, pengurusan fail dan sebagainya.
Bengkel juga turut diadakan dan ahli kumpulan telah bekerjasama menyelesaikan tugasan masing-masing dan membentangkan hasil kerja mereka.
Semua guru mencapai matlamat yang diinginkan dan diharap guru mendapat ilmu pengetahuan sepanjang program ini.

Pengerusi majlis oleh En.Nasir bin Embong

Peserta LADAP

Penceramah oleh En.Johari bin Ambak

Peserta LADAP memulakan tugasan yang diberi


Peserta membentangkan tugasan masing-masing

En.Johari membuat rumusan tentang hasil pembentangan

Pembentangan dari kumpulan lelaki




Sunday, 5 April 2015

PROGRAM CAKNA CEMERLANG 2015

5 April 2015, Ahad - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling, LINUS, PEMULIHAN dan PROTIM telah menganjurkan Program Cakna Cemerlang kepada ibubapa dan murid-murid LINUS, PEMULIHAN dan PROTIM. Program tersebut dijalankan di dewan SK Gong Badak yang bermula pada jam 10.30 pagi.

Program tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Hamidah binti Abd Rashid. Ceramah keibubapaan telahpun disampaikan oleh En. Md.Azmi bin Ab Aziz, Guru Pemulihan Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kebor Besar, Kuala Terengganu.
Program tersebut juga telah  diisi dengan penyerahan anak angkat iaitu penyerahan murid-murid tersebut kepada guru-guru yang terlibat. Seterusnya, penyampaian hadiah kepada murid-murid yang berpotensi juga turut diberikan bagi memberi galakan kepada mereka dan juga kepada murid yang lain.

Antara objektif program tersebut ialah:
a) Ke arah membina modal insan yang celik 3M
b) Memulihkan murid-murid yang bermasalah dalam penguasaan 3M melalui Ceramah Keibubapaan
c) Mewujudkan kerjasama dan silaturahim antara pihak sekolah dengan ibubapa bagi mengatasi masalah 3M.

Program telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Dipengerusikan oleh Pn.Hamidah binti Abd Rashid

AJK Pendaftaran

Para pentadbir dan ibubapa

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal

Penceramah En.Md Azmi bin Abd Aziz

Soal jawab bersama ibubapa

Penyerahan anak angkat

Penyampaian hadiah kepada murid yang berpotensi


Penyampaian cenderamata kepada penceramah

MAJLIS PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

5 April 2015, Ahad- Unit Pusat Sumber Sekolah SK Gong Badak telah mengadakan Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah. Majlis telahpun berlangsung pada jam 7.30 pagi di tapak perhimpunan SK Gong Badak. Majlis ini juga telah disempurnakan oleh Puan Siti Arbaiyah binti Yusof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gong Badak.

Program NILAM ini membina tabiat membaca dan seterusnya mewujudkan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara objektif program ini diadakan ialah:
a) Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid
b) Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akademik murid-murid dan sekolah.

Majlis juga diserikan dengan persembahan bercerita oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Sempena pelancaran ini, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang minggu tersebut.

Majlis berakhir dengan  penyampaian hadiah kepada murid-murid yang menyertai pertandingan berpidato dan bercerita pada baru-baru ini.


Dipengerusi oleh Pn.Zakiah binti Jusoh

Perasmian oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusof, GPK HEM

Gimik Pelancaran

AJK NILAM SKGB

Pentadbir SKGB turut meraikan pelancaran

Persembahan murid berpidato Bahasa Melayu

Persembahan murid berpidato Bahasa Inggeris

Persembahan murid bercerita

Penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya


Wednesday, 1 April 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA KEJOHANAN OLAHRAGA,SQUASY,BOWLING,MEMANAH DAN JUDO

2 April 2015, Khamis - Jawatan Kuasa Kokurikulum telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang sukan Olahraga, Memanah, Squasy, Bowling, dan Judo pada baru-baru ini.
Penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Gong Badak.
Majlis tersebut bertujuan memberi dorongan dan penghargaan kepada pemenang agar terus berjaya di arena sukan akan datang.
Tahniah kepada pemenang yang telah menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Gong Badak dalam arena sukan.








LADAP I-THINK

1 April 2015, Rabu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan LADAP kali kedua di Bilik Galeri Gemilang, SK Gong Badak.
LADAP tersebut telah dijalankan pada jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. LADAP tersebut telah disampaikan oleh Dr. Tajuddin dan diiringi oleh pegawai-pengawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu.
Banyak pendedahan yang telah diberikan oleh Dr.Tajuddin tentang i-think dan juga diberi peluang kepada guru-guru untuk membuat Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dalam kumpulan masing-masing untuk menggunakan kaedah i-think dalam pengajaran mereka.
Guru-guru berjaya membuat pembentangan hasil dari perbincangan dalam kumpulan dan mendapat pujian oleh pihak PPD.
Semua guru mendapat pengetahuan tentang i-think dan diharap dapat menggunakan program ini semasa pengajaran mereka.

Pegawai Pejabat Pendidikan Dearah Kuala Terengganu

Peserta LADAP perempuan

Peserta LADAP Lelaki

Dr. Tajuddin memberi taklimat LADAP

Peserta berbincang dalam kumpulan masing-masing



Peserta membentangkan hasil kerja masing-masing


Monday, 30 March 2015

PERTANDINGAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015

23-26 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar seorang murid iaitu Adik Wan Najma Al Humaydaa binti Wan Mohd Yusof, wakil ke Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Negeri Terengganu yang bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.
Seramai 300 orang murid seluruh Kuala Terengganu terpilih ke peringkat ini.
Adik Wan Najma Al Humaydaa telah berjaya mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan tersebut.
Tahniah kepada Adik Wan Najma Al Humaydaa dan diharap selepas ini lebih ramai murid yang terpilih untuk ke pertandingan tersebut.





Saturday, 28 March 2015

FISIOTERAPI RENANG DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT (TER)

24 Mac 2015, Selasa - Program Fisioterapi Renang ini bermula jam 830 pagi hingga 1,00 tengahari bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Program ini telah disertai oleh 25 orang murid Pendidikan Khas Integriti (PKI), 10 orang guru dan dibantu oleh 3 orang PPM.

Antara objektif program ini ialah:

1. Meningkatkan kemahiran motor kasar.
2. Membiasakan murid berinteraksi dengan orang awam.