Social Icons

Monday, 11 May 2015

PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN

6 Mei - 7 Mei 2015, Rabu dan Khamis - Pertandingan pidato (Bahasa Melayu) SKK Peringkat Kebangsaan anjuran SK Gong Badak dengan kerjasama UNISZA pada kali pertamanya telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan SKK seluruh negara bagi sekolah rendah.  Walaupun pada awalnya sasaran hanya 15 buah sekolah sahaja tetapi bertambah kepada 19 buah sekolah.

Pertandingan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 6 Mei 2015 hingga 7 Mei 2015.  Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Perdana. UNISZA.  Pada hari Rabu (6 Mei 2015), ucapan selamat datang dan cabutan undi giliran peserta telah diadakan pada pukul 9.00 pagi di Bilik Galeri Cemerlang.  Sebanyak 5 buah sekolah sahaja yang dapat hadir pada hari tersebut.  Selepas itu, jamuan makan diadakan dengan memperkenalkan makanan popular Terengganu iaitu Nasi Dagang dan Keropok Lekor.

Pada pukul 10.30 pagi, para peserta, guru pengiring dan murid tahun 6 bertolak ke Bandar Kuala Terengganu dalam program lawatan ke destinasi yang terkenal seperti Pasar Payang, Masjid Kristal,  Keropok Losong dan Nor Arfa Batik.  Semua peserta dan murid tiba di SKGB kira-kira 5.15 petang.

Pada acara kemuncak, Khamis (7 Mei 2015), program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan slot pendaftaran peserta dan guru-guru pengiring.  Kemudian pada pukul 8.40 pagi, slot taklimat hakim dijalankan.  Seramai 21 peserta yang mengambil bahagian iaitu 2 lelaki dan 19 perempuan.  Peserta yang paling jauh  adalah dari negeri Sabah.

Acara pertandingan pidato tersebut dipengerusikan oleh pelajar UNISZA dari Kelab Orator.

Pada jam 9.15 pagi, acara pidato telah berlangsung sehingga selesai kira-kira pukul 12 tengahari dalam kategori A.  Pada jam 10.12 pagi, pertandingan pidato diberhentikan sementara kerana waktu rehat makan pagi.  Dalam kategori B (pidato spontan) yang selesai kira-kira 1.30 petang.  Seramai 5 orang hakim yang menghakimi pertandingan tersebut, 3 daripadanya dari kalangan guru, seorang daripadanya dari UNISZA dan seorang lagi dari IPG.

Selesai pertandingan tersebut, sesi pembahagian cenderahati kepada para hakim yang disampaikan oleh penyelaras Program Jalinan IPTA UNISZA-SKK iaitu Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah.

Selepas itu, acara diberhentikan seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur.  Kemudian pada pukul 2.30 petang, acara perasmian penutup disempurnakan oleh Dr.Ruhaya binti Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pada acara perasmian penutup, majlis dipengerusikan oleh guru SKGB iaitu Pn.Zakiah binti Jusoh.

Majlis bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, disusuli bacaan doa oleh Ustaz Syed Imran Faisal bin Ahmad.  Kemudian ucapan oleh Guru Besar, Pn. Hajah Ramlah binti Mohamad Noor.  Selepas itu ucapan penyelaras jalinan IPTA-SKK, Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah.  Akhir sekali, ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh Dr. Ruhaya binti Hassan.

Pada sesi perasmian penutup, semua guru besar daerah Kuala Nerus, YDP PIBG SKGB iaitu Dr.Hashim bin Hj.Muhammad Nuh, AJK PIBG, semua guru dan staf, semua murid tahun 6 turut hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Selepas itu, persembahan "Bicara Berirama" oleh murid-murid tahun 5 Ibnu Sina sebelum penyampaian hadiah.

Acara kemuncaknya adalah penyampaian hadiah pemenang.  Tempat pertama disandang oleh peserta dari SK Jawi, Pulau Pinang Syazrin Amanda binti Rosli).  Tempat kedua dan ketiga peserta dari Sabah iaitu adik Balqis Insyirah binti Kamaludin dari SK Kauluan, Sabah dan  ketiga peserta dari Pahang iaitu Nurel Humairah binti Muhammad Fridaus dari SK Bandar Pusat, Pahang  Manakala tempat keempat adalah peserta tuan rumah iaitu Wan Najma Al Humaydaa binti Wan Yusof (6IS), dan tempat kelima peserta dari SK Kauluan, Sabah, adik Khairuzan Khabir dan Wakimin.

Selepas itu, sesi pembahagian cenderahati tuan rumah kepada perasmi dan penyelaras jalinan IPTA-SKK.  Kemudian, sesi bergambar semua peserta bersama-sama tetamu kehormat.

Acara perasmian penutup selesai jam 4.00 petang dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan petang.


Laporan Disediakan Oleh: Cik Nur Rukiah



Wednesday, 22 April 2015

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PESERTA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN DALAM BICARA BERIRAMA, BADMINTON DAN BOLA SEPAK

23 Mei 2015, Khamis - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada peserta-peserta yang menyertai Pertandingan dalam Bicara Berirama, Bola Sepak dan Badminton.
Semua peserta diberikan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Pn.Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tahniah kepada semua peserta.


 

Tuesday, 21 April 2015

KEJOHANAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS NEGERI TERENGGANU

8 April 2015 , rabu - Seorang murid Pendidikan Khas, Nosyamizah binti Ibrahim dari SK Gong Badak telah mewakili daerah Kuala Terengganu pada Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Negeri Terengganu 2015 di TER.

Sebanyak 6 buah daerah yang mengambil bahagian di antaranya Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.

Daerah Kuala Terengganu mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian tersebut.









Tuesday, 14 April 2015

PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT DAERAH 2015

14 April 2015, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah 2015. Pertandingan ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Manir,Kuala Terengganu dengan disertai oleh 8 buah sekolah.
Pertandingan ini telah disertai oleh 31 orang murid-murid tahun 5 Ibnu Sina dan Ibnu Rushd dan konduktor ialah Adik Nur Sarah Ashikin. Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Tahniah kepada semua peserta pertandingan kerana telah menunjukkan potensi yang baik walaupun pertama kali menyertai pertandingan tersebut.








Monday, 13 April 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15/2015

13 April 2015, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 bagi tahun 2015. Majlis telah bermula pada jam 3.00 petang dan dipengerusikan oleh Pn. Zakiah binti Jusoh dan Pn.Nor Ulfah binti Muda.
Majlis dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato'Hj.Basir bin Hj Ismail, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dr.Hj Hashim Azmi bin Hj Noh, En Azahar bin Abu Bakar, Pegawai Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Dr.Mohd Husni bin Othman dan juga Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Syed Ahmad dan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Basir bin Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus.
Majlis turut disajikan dengan persembahan dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan persembahan Bicara Berirama. Mesyuarat Agung bermula jam 5.15 petang yang telah dipengerusikan Dr.Mohd Husni bin Othman, Naib Yang Dipertua PIBG.
Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 6.00 petang.

Pendaftaran Guru dan Ibubapa

Pengacara Majlis

Tetamu Kehormat

Para Guru dan Ibubapa

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal

Ucapan Perasmian oleh Ybhg Dato' Hj. Basir

Ucapan Oleh Puan Guru Besar

Ucapan oleh YDP PIBG

Penyampaian Cenderamata 

Persembahan Bicara Berirama

Mesyuarat PIBG

Jamuan VIP


Saturday, 11 April 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH 2015

7,8 dan 9 April 2015 - Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Sekolah bagi tahun 2015. Perkhemahan tersebut telahpun diadakan di Pusat Kokurikulum UNISZA, Merang. Semua murid tahun 6 telah menyertai perkhemahan tersebut.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang perkhemahan diadakan seperti Aktiviti Kawad Kaki, Pertandingan Istana Pasir, Aktiviti Water Tracking dan sebagainya.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak di tapak perkhemahan.

Antara objektif perkhemahan ini ialah:
a) memberi peluang kepada murid merasai suasana perkhemahan yang sebenar
b) melatih murid berdikari, berdisiplin dan menguruskan masa dengan baik
c) melahirkan murid yang kental dan sanggup menghadapi cabaran

Perkhemahan ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua guru dan kakitangan SK Gong Badak.

Aktiviti "Water Tracking"


Kawad Kaki


Aktiviti Riadah

Pertandingan Membina Istana Pasir



Persiapan Makan Malam


Wednesday, 8 April 2015

FASILITATOR PENGENALAN SUKAN MEMANAH BERSAMA INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN,GONG BADAK, KUALA TERENGGANU

7 April 2015, Selasa- Institut Latihan Perindustrian bertelah melantik 7 orang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk menjadi fasilitator mengajar pelajar-pelajar ILP dalam sukan memanah kerana pihak ILP sangat berminat untuk menubuhkan pasukan memanah.
Program tersebut berlangsung pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Sambutan daripada kakitangan dan pelajar ILP sangat menggalakkan.