Social Icons

Wednesday, 13 January 2016

CERAMAH PENJAGAAN DIRI MURID TAHUN 1

13 Januari 2016, Rabu - Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Transisi Tahun 1 telah mengadakan ceramah bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.
Ceramah bermula pada jam 10.00 pagi dan telah disampaikan oleh Jururawat Hasnida, dari Unit Latihan, Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Pelbagai cara penjagaan diri telah disampaikan dan di akhir program, terdapat beberapa soalan kuiz telah dikemukan. Semua murid tahun  1 aktif menjawab soalan.
Program berakhir pada jam 11.00 pagi.







SUKANEKA TAHUN 1

13 Januari 2016, Rabu - Jawatankuasa Transisi Tahun 1 telah mengadakan sukaneka bagi murid-murid tahun 1 dalam acara bawa bola, bawa bola ping pong dan sebagainya.
Objektif program ini diadakan ingin memberi peluang kepada murid-murid menyesuaikan diri aktiviti luar kelas.
Tahniah kepada semua murid tahun 1.






Sunday, 10 January 2016

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT MSST

7 Januari 2016, Khamis -Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah kepada peserta-peserta memenah yang mewakili Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

Bagi acara Olimpik Round, Johan telah dimenangi oleh Adik Mohd Hazmi Aisar bin Azmi, manakala tempat ketiga jatuh kepada Adik Mohd Zakuan Ali Irfan bin Zakaria.
Bagi Acara Individu pula, Johan telah dimenangi oleh Adik Mohd Hazmi Aisar bin Azmi, manakala tempat ketiga jatuh kepada Adik Mohd Zakuan Ali Irfan bin Zakaria.
Bagi Acara Campuran, tempat kedua telah dimenangi oleh Adik Nor Nisrina Nabihah binti Shafrizan.

Tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan Sekolah Kebangsaan Gong Badak akan terus meraih kejayaan di masa akan datang.


Adik Mohd Hazmi Aisar bin Azmi

Adik Mohd Zakuan Ali Irfan bin Zakaria

Nor Nisrina Nabihah binti Shafrizan

Wednesday, 6 January 2016

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2016

7 Januari 2016, Khamis-Panitia Pendidikana Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat Sekolah bagi tahun 2016 di Dataran Perhimpunan SK Gong badak.
Majlis dimulakan bacaan doa dan Tazkirah Maulidur Rasul oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah. Seterusnya Penyampian Saguhati Hafazan Anjuran Yayasan Islam Terengganu. Majlis berakhir dengan selawat dan agihan bunga rampai dan telur kepada semua guru.
Antara objektif sambutan tersebut adalah:
1. Menghargai dan mengenangkan semula peristiwa Hijrah Rasullah s.a.w serta kesannya terhadap sejarah Islam.
2. Menyedarkan murid-murid terhadap peristiwa penting dalam kalendar Islam.
3. Memupuk perasaan kasih kepada junjungan besar Rasullah serta menjadikan akhlak baginda sebagai contoh dalam kehidupan seharian.









Monday, 4 January 2016

TAKLIMAT IBUBAPA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2016

3 Januari 2016, Ahad - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan taklimat kepada semua ibubapa tahun 1 bagi sesi 2016. ianya bertujuan memberi pendedehan kepada ibubapa tentang peraturan dan pengajaran anak-anak mereka yang baru sahaja melangkah ke alam persekolahan.
Majlis bermula dengan bacaan aluan oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah dan diteruskan dengan ucapan Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah.
Majlis berakhir pada jam 9.30 pagi dan pihak sekolah mengucapkan selamat datang kepada semua murid tahun 1 dan mengharapkan pada 2 minggu ini murid-murid tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, kawan-kawan dan sebagainya.

Ucapan oleh Tuan Guru Besar

Pegawai PPD dan Penyelaras Tahun 1

Para ibubapa yang hadir

Ibubapa diberi taklimat tentang Program Transisi

Monday, 23 November 2015

CUTI PERSEKOLAHAN AHKIR TAHUN BERMULA

Sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah pun berakhir. Terima kasih kepada semua guru dalam mendidik anak-anak SK Gong Badak tanpa penat dan lelah. Terima kasih juga kepada staf dan kakitangan yang banyak membantu dalam segala hal. Pelbagai aktiviti dan kejayaan telah ditempuhi bersama. Semoga sesi 2016 membuka lembaran baru yang akan menjanjikan kejayaan yang lebih gemilang..Insya Allah.

Para Pendidik Yang Berilmuan

Kakitangan dan Staf Sokongan

Guru-guru Lelaki

Guru-guru Perempuan



KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR 2015

17 November 2015, Selasa - Alhamdulillah SK Gong Badak Berjaya Muncul antara sekolah terbaik di Daerah Kuala Terengganu dan Negeri.. GPS 1.80 dan 39 daripada 131calon murid mendapat 5A ..
Kepada yang tidak berjaya ingatlah perjalanan masih jauh.. Jadikanlah kegagalan pada hari ini sebagai pembakar semangat untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Para guru dan ibubapa


Murid yang mendapat 5A

39 orang murid yang mendapat 5A

Murid yang mendapat 4A 1B