Social Icons

Sunday, 17 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

17 Januari 2016, Ahad - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2016 kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6. Manakala murid tahap 1 diadakan pertandingan mewarna di dewan sekolah.
Sebelum pertandingan bermula, semua murid tahap 2 mengikuti Senamrobik yang dibimbing oleh En. Mohd Azwan bin Mastapa.
Larian telah dilepaskan oleh En.Kamal bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk larian sejauh 3.6km.
Pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
1. Lelaki Tahun 6 (dari rumah Biru)
2. Lelaki Tahun 5 (dari rumah Merah)
3. Lelaki tahun 4 (dari rumah Hijau)
4. Perempuan Tahun 6 (dari rumah Hijau)
5. Perempaun Tahun 5 (dari rumah Biru)
6. Perempuan Tahun 4 (dari rumah Biru)
7. Terbuka PKI

Sebanyak 15 hadiah disediakan bagi setiap kategori. Bagi kategori keseluruhan pula berdasarkan pungutan mata ialah:

Johan-Rumah Merah
Kedua-Rumah Kuning
Ketiga-Rumah Hijau
Keempat-Rumah Biru

Seramai 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Merentas Peringkat Daerah pada 21 Januari 2016 nanti di SMK Batu Rakit.

















MAJLIS PERSARAAN USTAZ ISMAIL

14 Januari 2016, Khamis - Seorang guru Pendidikan Khas Integrasi telah menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru pada usia 58 tahun. Selama 19 tahun beliau menaburkan bakti di Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis telah bermula pada jam 10.30 pagi dengan perarakan yang diraikan Ustaz Ismail bin Ibrahim dengan diiringi para pentadbir. Majlis turut dihadiri oleh Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pelbagai acara berlangsung sepanjang majlis tersebut antaranya Persembahan Murid, Persembahan Guru, Syair dan sebagainya.
Majlis berakhir dengan acara bersalam-salaman pada jam 1 petang. Diharapkan beliau bahagia di samping keluarga dan sentiasa di bawah rahmatNya selalu.
Jasa beliau kami tidak akan lupakan. Selamat Bersara.


































Wednesday, 13 January 2016

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

13 Januari 2016, Rabu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 yang bertempat di dewan sekolah.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Kamal bin Abdullah, dan penyampaian hadiah kepada semua murid tahun 1 dalam acara sukaneka.
Diharapkan semua murid tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menguruskan masa dengan baik sepanjang keberadaan di sekolah mahupun di rumah setelah mengikuti program transisi selama dua minggu ini.





CERAMAH PENJAGAAN DIRI MURID TAHUN 1

13 Januari 2016, Rabu - Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Transisi Tahun 1 telah mengadakan ceramah bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.
Ceramah bermula pada jam 10.00 pagi dan telah disampaikan oleh Jururawat Hasnida, dari Unit Latihan, Klinik Kesihatan Seberang Takir.
Pelbagai cara penjagaan diri telah disampaikan dan di akhir program, terdapat beberapa soalan kuiz telah dikemukan. Semua murid tahun  1 aktif menjawab soalan.
Program berakhir pada jam 11.00 pagi.







SUKANEKA TAHUN 1

13 Januari 2016, Rabu - Jawatankuasa Transisi Tahun 1 telah mengadakan sukaneka bagi murid-murid tahun 1 dalam acara bawa bola, bawa bola ping pong dan sebagainya.
Objektif program ini diadakan ingin memberi peluang kepada murid-murid menyesuaikan diri aktiviti luar kelas.
Tahniah kepada semua murid tahun 1.






Sunday, 10 January 2016

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN MEMANAH PERINGKAT MSST

7 Januari 2016, Khamis -Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah kepada peserta-peserta memenah yang mewakili Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

Bagi acara Olimpik Round, Johan telah dimenangi oleh Adik Mohd Hazmi Aisar bin Azmi, manakala tempat ketiga jatuh kepada Adik Mohd Zakuan Ali Irfan bin Zakaria.
Bagi Acara Individu pula, Johan telah dimenangi oleh Adik Mohd Hazmi Aisar bin Azmi, manakala tempat ketiga jatuh kepada Adik Mohd Zakuan Ali Irfan bin Zakaria.
Bagi Acara Campuran, tempat kedua telah dimenangi oleh Adik Nor Nisrina Nabihah binti Shafrizan.

Tahniah kepada semua pemenang dan diharapkan Sekolah Kebangsaan Gong Badak akan terus meraih kejayaan di masa akan datang.


Adik Mohd Hazmi Aisar bin Azmi

Adik Mohd Zakuan Ali Irfan bin Zakaria

Nor Nisrina Nabihah binti Shafrizan