Social Icons

Saturday, 23 January 2016

PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2016 PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS

21 Januari 2016, Khamis - Pertandingan Merentas Desa 2016 Peringkat Daerah Kuala Nerus telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit.
Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar seramai 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan kategori bawah 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Adik Haziq Irfan yang telah berjaya memperolehi tempat kelima dan adik Nurin Hidayah yang berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan sekaligus terpilih mewakili daerah pada Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di daerah Setiu pada awal bulan Februari.
Semoga kejayaan pertama 2016 ini akan memberikan lebih semangat kepada murid yang lain untuk membawa nama SK Gong Badak  ke peringkat yang lebih tinggi.






PERSEMBAHAN TAEKWONDO

21 Januari 2016, Khamis - Persembahan Taekwondo telah diadakan di Tapak Perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Persembahan tersebut telah diketuai oleh En. Solihin.
Pentingnya seseorang perlu asas tersebut kerana taekwondo merupakan dasar-dasar dari gerakan bela diri dan terhindar dari cedera parah.





Tuesday, 19 January 2016

CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6

19 Januari 2016, Selasa - Semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengikuti Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh En Abdul Subahan dari Success Revolution Academy.
Murd-murid telah diberi pendedahan teknik-teknik belajar dengan murid dan berkesan. Semoga murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR akan lebih bersemangat dan bermotivasi.






Sunday, 17 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2016

17 Januari 2016, Ahad - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2016 kepada semua murid tahun 4, 5 dan 6. Manakala murid tahap 1 diadakan pertandingan mewarna di dewan sekolah.
Sebelum pertandingan bermula, semua murid tahap 2 mengikuti Senamrobik yang dibimbing oleh En. Mohd Azwan bin Mastapa.
Larian telah dilepaskan oleh En.Kamal bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk larian sejauh 3.6km.
Pemenang bagi setiap kategori adalah seperti berikut:
1. Lelaki Tahun 6 (dari rumah Biru)
2. Lelaki Tahun 5 (dari rumah Merah)
3. Lelaki tahun 4 (dari rumah Hijau)
4. Perempuan Tahun 6 (dari rumah Hijau)
5. Perempaun Tahun 5 (dari rumah Biru)
6. Perempuan Tahun 4 (dari rumah Biru)
7. Terbuka PKI

Sebanyak 15 hadiah disediakan bagi setiap kategori. Bagi kategori keseluruhan pula berdasarkan pungutan mata ialah:

Johan-Rumah Merah
Kedua-Rumah Kuning
Ketiga-Rumah Hijau
Keempat-Rumah Biru

Seramai 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan terpilih mewakili sekolah dalam Pertandingan Merentas Peringkat Daerah pada 21 Januari 2016 nanti di SMK Batu Rakit.

















MAJLIS PERSARAAN USTAZ ISMAIL

14 Januari 2016, Khamis - Seorang guru Pendidikan Khas Integrasi telah menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang guru pada usia 58 tahun. Selama 19 tahun beliau menaburkan bakti di Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis telah bermula pada jam 10.30 pagi dengan perarakan yang diraikan Ustaz Ismail bin Ibrahim dengan diiringi para pentadbir. Majlis turut dihadiri oleh Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pelbagai acara berlangsung sepanjang majlis tersebut antaranya Persembahan Murid, Persembahan Guru, Syair dan sebagainya.
Majlis berakhir dengan acara bersalam-salaman pada jam 1 petang. Diharapkan beliau bahagia di samping keluarga dan sentiasa di bawah rahmatNya selalu.
Jasa beliau kami tidak akan lupakan. Selamat Bersara.


































Wednesday, 13 January 2016

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1

13 Januari 2016, Rabu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1 yang bertempat di dewan sekolah.
Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Kamal bin Abdullah, dan penyampaian hadiah kepada semua murid tahun 1 dalam acara sukaneka.
Diharapkan semua murid tahun 1 dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan menguruskan masa dengan baik sepanjang keberadaan di sekolah mahupun di rumah setelah mengikuti program transisi selama dua minggu ini.