Social Icons

Saturday, 30 January 2016

PENYAMPAIAN KEPUTUSAN UPKK 2016

28 Januari 2016, Khamis - Seramai 23 orang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa bagi tahun 2016.
Slip keputusan peperiksaan UPKK  telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar.
Tahniah kepada semua yang telah berjaya.




MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL MERENTAS DESA

28 Januari 2016, Khamis - Majlis penyampaian sijil telah diadakan di tapak perhimpunan SK Gong Badak yang bermula pada jam 7.30 pagi.
Pemenang diberi sijil penyertaan dan juga medal yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar SK Gong Badak.
Tahniah kepada semua peserta dan majulah sukan untuk negara.






Saturday, 23 January 2016

CERAMAH TREND JENAYAH SEMASA DALAM KALANGAN REMAJA

21 Januari 2016, Khamis - Pn. Akmal binti Mohamad Penyelas Klinik Guaman Fakulti Undang-Undang&Hubungan Antarabangsa UniSZA telah menganjurkan  Program Ceramah Trend Jenayah Semasa Dalam Kalangan Remaja bersama 50 orang murid tahun 4 Ibnu Khaldun, 5 Abu Darda dan 6 Abu Darda. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengadakan LDK dan juga Sesi Kaunseling bersama murid.
Ceramah tersebut turut dihadiri oleh ASP Maizura binti Abdul Kadir dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutama pihak UniSZA yang telah menganjurkan program tersebut sehinggakan semua murid yang telah mengikuti program tersebut mendapat input yang sangat berguna.










PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 2016

24 Januari 2016, Ahad - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Pelancaran Program Mentor Mentee bagi tahun 2016 yang melibatkan semua guru dan  murid Pras sekolah, PPKI dan Tahun 1-6. Program telah dijalankan di Dataran Madani. Majlis dipengerusikan oleh Guru Bimbingan Pn Nor Ulfah binti Muda. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Majlis diserikan lagi dengan penyerahan  fail setiap kelas kepada mentor sebagai simbolik penyerahan mentee kepada mentor.
Tujuan Program Mentor Mentee diadakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan murid, mewujudkan siikap saling hormat sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor.
Alhamdullilah majlis pelancaran tersebut telah berjalan lancar dan teriam kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalikan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.











PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2016 PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS

21 Januari 2016, Khamis - Pertandingan Merentas Desa 2016 Peringkat Daerah Kuala Nerus telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Rakit.
Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar seramai 6 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan kategori bawah 12 tahun.
Tahniah diucapkan kepada Adik Haziq Irfan yang telah berjaya memperolehi tempat kelima dan adik Nurin Hidayah yang berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan sekaligus terpilih mewakili daerah pada Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan di daerah Setiu pada awal bulan Februari.
Semoga kejayaan pertama 2016 ini akan memberikan lebih semangat kepada murid yang lain untuk membawa nama SK Gong Badak  ke peringkat yang lebih tinggi.






PERSEMBAHAN TAEKWONDO

21 Januari 2016, Khamis - Persembahan Taekwondo telah diadakan di Tapak Perhimpunan, Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Persembahan tersebut telah diketuai oleh En. Solihin.
Pentingnya seseorang perlu asas tersebut kerana taekwondo merupakan dasar-dasar dari gerakan bela diri dan terhindar dari cedera parah.





Tuesday, 19 January 2016

CERAMAH MOTIVASI TAHUN 6

19 Januari 2016, Selasa - Semua murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengikuti Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh En Abdul Subahan dari Success Revolution Academy.
Murd-murid telah diberi pendedahan teknik-teknik belajar dengan murid dan berkesan. Semoga murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR akan lebih bersemangat dan bermotivasi.