Social Icons

Sunday, 5 March 2017

MAJLIS ASPRESIASI GPS BESTARI DAN PELANCARAN AKTIVITI PANITIA BAHASA MELAYU&PROGRAM NILAM

2 Mac 2017, Majlis Aspresiasi GPS Bestari dan Pelancaran Aktiviti Panitia Bahasa Melayu&Program Nilam 2017 telah disempurnakan oleh Tuan Ramly bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus. Majlis telah bermula pada jam 7.30 pagi bertempat di dewan sekolah. Pelbagai persembahan turut disajikan bagi memeriahkan lagi majlis.

Antara objektif program ini ialah
1. menyebar luas budaya berujuran dalam berbahasa kebangsaan
2. memupuk minat membaca dalam diri murid-murid
3. menyemai sikap membaca sesuai "Melentur Buluh Dari Rebung"
4. mencungkil bakat berbahasa di hadapan khalayak
5. menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca yang berkualiti.











JOHAN PERTANDINGAN SAHIBBA PERINGKAT DAERAH

28 Februari 2017, Seorang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat tempat Pertama dalam Pertandingan Sahibba Peringkat Daerah sekaligus akan mewakili daerah ke peringkat negeri nanti.






Sunday, 26 February 2017

PASUKAN SQUASH KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah kepada Adik Addin Shahidan dan Adik Syazliana yang muncul sebagai Johan dalam Kategori lelaki dan perempuan Pertandingan Squash Peringkat Negeri Terengganu. Tahniah juga kepada Adik Aqilah Hidayah yang berjaya mendapat Naib Johan Kategori Perempuan.
Murid tersebut akan mewakili Negeri Terengganu dalam Kejohanan Squash ke Peringkat Kebangsaan nanti. Tahniah.



KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA TAHUN 3 DAN 4 SERTA KETUA DAN PENOLONG KELAS

23 Februari 2017, Khamis- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Jawatankuasa Pemimpin Muda telah mengadakan Kursus Kepimpinan kepada semua pemimpin muda tahun 3 dan 4 serta kepada semua ketua dan penolong kelas tahap 2.
Antara program yang telah dijalankan ialah ucapan daripada En Kamal bin Abdullah, Guru Besar SK Gong Badak serta tips dan pesanan daripada Pn Rairahayati binti Ramli, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Gong Badak.
Seterusnya, ceramah tentang kepimpinan telah disampaikan oleh Pn Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan SK Gong Badak. Antara pengisiannya, peranan dan ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang cemerlang. Diakhir kursus ini turut diadakan Latihan Dalam Kumpulan yang mana bermotifkan sikap kerjasama dan kreativiti sebagai seorang pemimpin.
Kursus telah berjalan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Diharap semua pemimpin SK Gong Badak dapat memikul tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.







PERTANDINGAN MAJLIS TADARUS AL-QURAN

Pertandingan Majlis Tadarus Al-Quran telah diadakan pada 13 Februari  2017(Isnin) yang merangkumi Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Nabi. Pertandingan MTQ terbuka kepada murid tahun 4,5 dan 6. Tujuan MTQ ini diadakan sebagai mencungkil bakat dan kemampuan murid sekaligus melayakkan diri mewakili sekolah.





KEMENANGAN TOP 5 SEKOLAH PILIHAN GPS BESTARI

20 Februari 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menerima hadiah hasil kemenangan sebagai Top 5 Sekolah Pilihan GPS Bestari. Hadiah merupakan 13 buah kotak buku yang bernilai RM10,000 sumbangan pihak Karangkraf. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak  GPS Bestari dan Karangkraf atas hadiah tersebut.





Saturday, 25 February 2017

30 ORANG CEMERLANG UPKK

19 Februari 2017-Tahniah kepada 30 orang murid yang telah mendapat keputusan 8A dalam UPKK(KAFA). Majlis telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Gong Badak.