Social Icons

Sunday, 9 April 2017

MAJLIS PENUTUP KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2017

9 April 2017, Ahad- Jawatankuasa NILAM telah menganjurkan Majlis Penutup bagi Kem Membaca 1MALAYSIA 2017. Pelbagai program yang telah dijalankan sepanjang kem tersebut antaranya bagi murid tahap 1 aktiviti membaca buku telah dijalankan serentak dewan sekolah, manakala bagi murid tahap 2 telah menyediakan penanda buku semasa aktiviti kokurikulum. Dengan terlaksananya kem sebegini, akan memupuk sikap minat membaca di kalangan murid.


KEM BESTARI SOLAT SIRI 1

8 April 2017, Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan kerjasama pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak telah menganjurkan Kem Bestari Solat kepada semua murid tahun 1, 2 dan 3 yang bertempat di SKGB. Seramai 37 orang pelajar UniSZA yang telah menjadi fasilitator sepanjang kem tersebut. Program telah bermula pada jam 7.30 pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya membetulkan cara mengambil wuduk dan bacaan dalam solat.









KARNIVAL BAHASA MELAYU PERINGKAT DAERAH KUALA NERUS

6 April 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah Kuala Nerus. Program bermula pada jam 9.00 pagi dengan disertai oleh 6 buah sekolah sekitar Daerah Kuala Nerus. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan antaranya Pidota, Syair, Sajak dan Bercerita Tahap 1. Majlis penutup telah dirasmikan oleh Tn Hj Che Soh bin Muda, Pegawai Pendidikan Dearah Kuala Nerus.
SK Gong badak telah mendapat Johan bagi acara Pidato, manakala Naib Johan bagi acara Syair dan Sajak. Bagi acara bercerita ahap 1 pula telah mendapat tempat keempat. Tahniah kepada semua peserta.











PERTANDINGAN MTQ PERINGKAT PKG TOK JIRING

4 April 2017, Satu lagi kejayaan SKGB apabila peserta MTQ telah berjaya merangkul gelaran Johan bagi Acara Bercerita, Johan Hafazan Al-Quran serta tempat ketiga bagi Acara Tilawah Al-Quran dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.






KEJOHANAN MEMANAH MSSD PERINGKAT KUALA NERUS

3 April 2017, Seramai 4 orang murid perempuan dan 4 orang murid lelaki telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Memanah MSSD Peringkat Kuala Nerus yang telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Institut Perguruan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta perempuan yang meraih 3 pingat iaitu tempat kedua, ketiga dan keempat bagi kategori P12. Menjadi kebangaan SKGB kerana semua peserta adalah pelapis baru yang akan menjadi harapan pasukan memanah di peringkat kebangsaan 2 tahun akan datang.




Saturday, 1 April 2017

KEM CEMERLANG JAWI

1 April 2017, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Kem Cemerlang Jawi bagi murid tahun 2-6 yang belum mengusai jawi. Seramai 276 orang murid yang terlibat dan melibatkan 7 orang fasililator dari UniSZA. Kem telah diadakan di dewan sekolah dari jam 8.00 pagi hingga 1 petang.







MAJLIS TEMU MURNI CALON UPSR 2017 KALI KE 2

30 Mac 2017, Jawatankuasa UPSR SK Gong Badak telah menagdakan Majlis Temu Murni Calon UPSR kali 2 yang bertempat di dewan sekolah. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi dengan ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti dengan ceramah motivasi keibubapaan oleh Dr(H)Wan Rozeb bin Wan Salleh, Pengurus Urusan Motivasi Training&Consultant. Ibubapa juga berpeluang berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran untuk berbincang pelajaran anak-anak. Disamping itu juga, turut diadakan penyampaian hadiah kecemerlangan Ujian Kuala Nerus 1.