9 Mei 2017, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Gong Badak telah menyertai program Insklusif:Bengkel Asas Penggunaan Komputer yang telah bertempat di Institut Latihan Perindustrian Gong Badak. Seramai 15 orang murid PKI telah menyertai program tersebut.
Tuesday, 16 May 2017
LAWATAN PEMIMPIN MUDA
9 Mei 2017, Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Jawatankuasa Pemimpin Muda telah bekerjasama menganjurkan lawatan ke Rumah Ehsan, Dungun, Pusat Penyu dan Ekosistem Marin dan Mesra Mall Kemaman. Seramai 70 orang peserta dan 8 orang guru pengiring yang telah mengikuti lawatan tersebut. Antara objektif lawatan tersebut:
1. Menghargai pengorbanan warga emas dan memupuk sikap kasih sayang antara murid dan warga emas
2. Menyemai sikap sayang akan binatang.
1. Menghargai pengorbanan warga emas dan memupuk sikap kasih sayang antara murid dan warga emas
2. Menyemai sikap sayang akan binatang.
KARNIVAL MATEMATIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
9 Mei 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menghantar 5 orang peserta untuk menyertai karnival tersebut yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Telok Kalong, Kemaman.
SKGB telah membawa pulang kemenangan iaitu:
Tempat ketiga bagi acara Soduku Individu, Tempat ketiga acara Sokudu Berkumpulan dan tempat ketujuh acara Math Magic. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
SKGB telah membawa pulang kemenangan iaitu:
Tempat ketiga bagi acara Soduku Individu, Tempat ketiga acara Sokudu Berkumpulan dan tempat ketujuh acara Math Magic. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
KEM BESTARI SOLAT SIRI 2
6 May 2017, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Kem Bestari Solat Siri 2 yang melibatkan semua murid tahap 2 yang bertempat di dewan sekolah. Terima kasih kepada pihak UniSZA yang sudi menghulurkan bantuan dengan menghantar seramai 41 orang pelajar untuk membantu menjayakan program kali ini.
PERTANDINGAN YDSM SMART ENGLISH PERINGKAT ZON PKG TOK JIRING
3 May 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Pertandingan YDSM Smart English Peringkat PKG Tok Jiring yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mizan. SK Gong Badak telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta.
Tuesday, 2 May 2017
PESTA PANTUN SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAHPERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2017
30 April 2017, Sekolah Kebansgaan Gong Badak telah menghantar 5 orang peserta pantun ke pertandingan tersebut yang telah mewakili daerah Kuala Nerus. Pertandingan tersebut telah bertempat di SMK Seri Serating, Merchang, Terengganu.
MAJLIS PENYERAHAN CEK KEMENANGAN GPS BESTARI
27 April 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penyerahan Cek Kemenangan GPS Bestari oleh wakil karangkraf yang bertempat di dewan sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)







































