22 Jun 2017, Majlis Khatam Al-Quran telah dijalankan di dataran perhimpunan. Bacaan Al-Quran telah diketuai oleh murid-murid tahun 6 dan diikuti oleh semua murid.
Sunday, 2 July 2017
Tuesday, 20 June 2017
MAJLIS TEMU MURNI
15 Jun 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Temu Murni bagi semua murid. Bagi murid Pra, PKI, Tahun 1-5 telah diadakan di kelas masing-masing manakala bagi murid tahun 6 diadakan di dewan sekolah. Tujuan majlis tersebut untuk menyampaikan slip keputusan peperiksaan pertengahan tahun dan memberi peluang kepada semua ibubapa untuk berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran.
MAJLIS PERTUKARAN TUAN GURU BESAR
25 Mei 2017, Majlis Pertukaran Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah ke SK Tok Jiring yang telah diadakan di dewan sekolah. Majlis penyampaian cenderamata tanda kenang-kenagan telah disampaikan oleh murid dan guru. Semoga Cikgu Kamal terus membawa kecemerlangan di tempat baru.
Tuesday, 16 May 2017
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
16 Mei 2017, Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan tema"Guru Pembina Negara Bangsa"telah disambut dengan meriah. Pelbagai aktiviti yang melibatkan guru dan murid telah dijalankan dengan jayanya.
Selamat Hari Guru kepada semua guru SKGB. Terima Kasih, CIKGU.
Selamat Hari Guru kepada semua guru SKGB. Terima Kasih, CIKGU.
KURSUS PENGGUNAAN FROG VLE
14 Mei 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kursus Penggunaan Frog VLE kepada semua guru yang bertempat di Makmal Komputer SKGB. Kursus ini turut dibantu oleh guru-guru yang berpengalaman dari sekolah lain.
KEM KECEMERLANGAN UPSR
11-12 Mei 2017, Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan Kaunseling telah menganjurkan Kem Kecemerlangan UPSR yang bertempat di Am Transit Inn selama 2 hari 1 malam yang melibatkan 120 orang murid tahun 6.
Seramai 14 orang fasilitator yang telah mencurahkan ilmu tentang teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR. Program telah berjalan dengan jayanya.
Seramai 14 orang fasilitator yang telah mencurahkan ilmu tentang teknik-teknik menjawab kertas peperiksaan UPSR. Program telah berjalan dengan jayanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































