8 Oktober 2017, Tahniah kepada peserta yang telah berjaya mendapat tempat pertama dengan 3 emas, 1 perak da 1 gangsa. Pingat Emas bagi acara 200m L11, 200m P11 dan Lompat Jauh L11, bagi pingat perak pula 100m L11 dan Pingat Gangsa 400m L11. Tahniah.
Monday, 16 October 2017
MAJLIS PERASMIAN AULA CHANNEL
8 Oktober 2017, Jawatankuasa Aula Channel SK Gong Badak telah melancarkan majlis perasmian yang bertempat di tapak perhimpunan. Seramai 10 orang wartawan telah dilantik dan akan memainkan peranan masing-masing demi menaikkan nama sekolah.
LAWATAN PENANDA ARASAN GURU
5 Oktober 2017, SK Gong Badak telah berjaya mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke Sekolah Kebangsaan Cyberjaya, Kuala Lumpur. Seramai 37 orang peserta yang telah mengikuti lawatan tersebut termasuk guru besar dan pentadbir sekolah. Pelbagai idea dapat dikongsikan bersama guru-guru di sekolah tersebut dan melawat sekitar sekolah.
MERAIKAN WIRA BOLA SEPAK SEKOLAH
PERTANDINGAN BOLA SEPAK MINI PRASEKOLAH
27 September 2017, Pertandingan Bola Sepak Mini Prasekolah yang telah berlangsung di Padang Kompleks Sukan Gong Badak yang melibatkan 7 orang murid pra SKGB. Tahniah kepada jurulatih dan murid biarpun kemenangan tidak menyelebahi kali ini.
LAWATAN MURID TAHUN 6
26-28 September 2017, Lawatan murid tahun 6 seramai 35 orang telah diadakan ke Johor Bharu dan Melaka. Tujuannya memberi pengalaman serta pendedahan kepada murid tentang dunia luar.
LAWATAN MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
25 September 2017, Lawatan ini telah disertai oleh murid-murid Pendidikan Khas Integrasi bersama guru-guru dan juga ibubapa ke KidZania dan sekitar Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































