Social Icons

Tuesday, 1 May 2018

LAWATAN MURID PPKI KE SARAWAK

21-24 April 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan lawatan ke Sarawak selama 4 hari 3 malam bersama guru, ibubapa dan murid PPKI. Lawatan tersebut telah berjalan lancar dan semoga dengan adanya lawatan tersebut akan memberi pengalaman kepada semua murid-murid PPKI.




JUARA ENGLISH FUN QUIZ

17 April 2018, Sebahagian murid SKGB telah menyertai Pertandingan English Fun Quiz dan telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.


PERLAWANAN HOKI KATEGORI PEREMPUAN MSSD KUALA NERUS 2018

11 April 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah merangkul pingat gangsa dalam perlawanan tesebut yang berlangsung di Stadium Gong Badak. Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih.






Saturday, 31 March 2018

KEM PEMANTAPAN BAHASA ARAB BERSAMA MAHASISIWA UNISZA

1 April 2018, Semua muri tahun 5 telah mengikuti Kem Pemantapan Bahasa Arab bersama mahasiswa Unisza yang bertempat di Universiti Sultan Zainal Abidin. Antara aktiviti yang diadakan ialah senamrobik dan latihan dalam kumpulan.








PERKHEMAHAN PENGAKAP PERINGKAT DAERAH

28-31 Mac 2018, Seramai 20 orang pengakap Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Perkhemahan Pengakap Peringkat Daerah bagi lencana perak dan gangsa di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin.







Wednesday, 21 March 2018

TERAPI RENANG, MEMANAH DAN BOLING PPKI

14 Mac 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Terapi Reang, Memanah dan Boling kepada semua murid PKI yang terdiri daripada 8 orang guru pengiring dan 27 orang murid. Program ini telah diadakan di Terengganu Equiestrian Resort, Kuala Ibai.











Tuesday, 20 March 2018

MAJLIS PEMANTAPAN PENGGUNAAN VLE DI KALANGAN MURID, IBUBAPA DAN GURU

13 Mac 2018, Majlis ini telah dijalankan kepada semua ibubapa dan murid tahun 5 SKGB yang bertempat di dewan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Nor Syafawati binti Muhammad Hashim, Change Management Officer dari UNICLIQ Sdn Bhd. Majlis telah bermula pada jam 11.00 pagi hingga 12.45 tengah hari.