Social Icons

Tuesday, 1 May 2018

LADAP 1: KURSUS ASAS MEMANAH

20 April 2018, Semua guru dan kakitangan sekolah telah terlibat dengan Kursus Asas Memanah yang telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gong Badak yang bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah senamrobik, taklimat asas memanah dan guru serta kakitangan diberi peluang belajar cara-cara memanah dengan betul.











EKSPO PEMBANGUNAN KUALA NERUS

20-21 April 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah terpilih untuk menyertai pameran di Ekspo Pembangunan Kuala Nerus yang telah bertempat di Dewan Sivik, Tepoh,Terengganu.






LAWATAN PANITIA AGAMA ISLAM KE SK BINJAI KEMAMAN,TERENGGANU

23 April 2018, Panitia Agama Islam telah mengadakan Lawatan Penanda Arasan ke SK Binjai, Kemaman. Antara tujuan lawatan tesebut ialah untuk melihat dan berkongsi maklumat tentang program Musolla dan Surau Imarah. Lawatan ini telah melibatkan semua guru matapelajaran agama dan guru-guru KAFA.






KEM BESTARI SOLAT MURID BERKEPERLUAN KHAS(MBK)SEKOLAH RENDAH PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

22-23 April 2018,seramai 3 orang murid PPKI Sk Gong Badak telah menyertai Kem Bestari Solat yang telah bertempat di Masjid Sultan Ismail, Chendering, Kuala Terengganu. Kem tersebut telah berlangsung selama 2 hari satu malam. Peserta yang telah terlibat dalam kem tersebut ialah:
1. Muhammad Alif Hakimi bin Mohd Noor
2. Mohammad Alif Ikhwan bin Mohamad Rizal
3. Nur Syakirah binti Sabri
Kem tersebut telah berjalan dengan lancar dan semua peserta berjaya menamatkan kem tersebut dengan jayanya.








LAWATAN MURID PPKI KE SARAWAK

21-24 April 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi telah mengadakan lawatan ke Sarawak selama 4 hari 3 malam bersama guru, ibubapa dan murid PPKI. Lawatan tersebut telah berjalan lancar dan semoga dengan adanya lawatan tersebut akan memberi pengalaman kepada semua murid-murid PPKI.




JUARA ENGLISH FUN QUIZ

17 April 2018, Sebahagian murid SKGB telah menyertai Pertandingan English Fun Quiz dan telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.


PERLAWANAN HOKI KATEGORI PEREMPUAN MSSD KUALA NERUS 2018

11 April 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah merangkul pingat gangsa dalam perlawanan tesebut yang berlangsung di Stadium Gong Badak. Tahniah kepada semua peserta dan jurulatih.