9 OGOS 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan di Tapak Perhimpunan. Majlis telah dirasmikan oleh En Ahmad Zohir bin Haron, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Nyanyian lagu Negaraku turut dinyanyikan oleh semua murid semasa sambutan tersebut.
Monday, 13 August 2018
LAWATAN SAMBIL BELAJAR PEMIMPIN MUDA
7 OGOS 2018, Jawatankuasa Pemimpin Muda dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Rumah Seri Kenanga yang terletak di Taman Kemumin, Pengkalan Chepa Kota Bharu. Seramai 76 orang pemimpin muda telah menyertai lawatan tersebut dengan diiringi oleh 8 orang guru. Tujuan lawatan tersebut ialah menanamkan sikap kasih sayang murid terhadap warga emas dan mendapat pengalaman berinteraksi dengan masyarakat luar.
PROGRAM CITRA BAHASA SKK PERINGKAT KEBANGSAAN 2018
14 JULAI 2018, Program Citra Bahasa SKK Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2018 telah diadakan dan SK Gong Badak telah menjadi tuan rumah pada tahun ini. Program ini telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gong Badak dan majlis penutup diadakan di Dewan Al Muktafi Billah Shah, UniSZA.
KOROBORI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT KEBANGSAAN
8 JULAI 2018, Seramai 30 orang murid telah menyertai Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan yang telah bertempat di Kem Tengku Muhammad Ismail, Telaga Batin, Kuala Nerus selama 5 hari.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAJLIS PERSARAAN USTAZ MOHD ALI BIN NGAH
28 JUN 2018, Majlis Sambutan Hari Raya dan Majlis Persaraan Ustaz Mohd Ali telah diadakan serentak pada hari tersebut. Pelbagai aktiviti dan persembahan telah diadakan bagi menyambut majlis tersebut.
MAJLIS KHATAM AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH
7 JUN 2018, Jawatankuasa Panitia Agama Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah di dewan sekolah. Majlis Khatam Al -Quran ini telah diketuai oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Syed Ahmad. Seramai 30 orang murid telah menyertai majlis tersebut. Persembahan nasyid turut diadakan dalam majlis tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































