30 Ogos 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat Johan dalam Pertandingan Koir sempena Countdown Merdeka yang telah bertempat di Kontena Dapo Pata, Tok Jempal, Kuala Nerus, Terengganu. Seramai 20 orang murid dari tahun 3, 4 dan 5 telah menyertai persembahan tersebut. Tahniah kepada semua peserta.
Saturday, 1 September 2018
PROGRAM SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH
30 Ogos 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sekolah dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan sajak, senamrobik dan perarakan mengikut rumah sukan. Semua guru dan murid menyertai perarakan tersebut. Program berjalan dengan lancar dan penuh meriah.
AGOONOREE TERENGGANU 2018
27-30 Ogos 2018, Program Agroonoree Terengganu ini telah melibatkan hampir 800 peserta pengakap pendidikan khas dari seluruh Terengganu yang telah bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus,Terengganu. Murid Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Gong Badak menghantar 4 orang peserta iaitu:
1. Muhd Afiq Najmi bin Abd Karim
2. Mohd Alif Ikhwan bin Mohd Rizal
3. Muhd Azib bin Azmi
4. Muhd Danish Asyraf bin Mohd Yusuff
Pelbagai aktiviti yang telah diikuti oleh peserta dengan jayanya. Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti kem tersebut.
1. Muhd Afiq Najmi bin Abd Karim
2. Mohd Alif Ikhwan bin Mohd Rizal
3. Muhd Azib bin Azmi
4. Muhd Danish Asyraf bin Mohd Yusuff
Pelbagai aktiviti yang telah diikuti oleh peserta dengan jayanya. Tahniah kepada semua peserta yang telah mengikuti kem tersebut.
Monday, 13 August 2018
LAWATAN AKADEMIK KE PUSAT SAINS TERENGGANU
13 OGOS 2018, Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Terengganu. Seramai 42 orang nurid PKI, 9 orang guru pengiring dan 3 orang pembantu murid telah menyertai lawatan tersebut. Program lawatan samabil belajar ini diadakan untuk memberi pendedehan yang khusus kepada murid-murid tentang konsep berdikari tanpa bergantung kepada keluarga. Selain itu, program ini juga dapat memberi pengalaman kepada murid-murid pendidikan khas tentang aplikasi sains dan kepentingannya kepada manusia.
MAJLIS TEMU MURNI DAN SOLAT HAJAT TAHUN 6
9 OGOS 2018, Majlis Temu Murni telah diadakan bagi semua murid pra, tahun 1 hingga tahun 6 yang bertempat di kelas masing-masing. Bagi tahun 6 selepas, selesai temu murni semua ibubapa dan guru ke surau sekolah bagi menunaikan solat hajat. Majlis turut dihadiri oleh Dr Hj Hashim Azmi bin Hj Noh, YDP PIBG SK Gong Badak.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















































