Rabu, 31 Julai 2013 - Kuiz Ihya Ramadhan adalah salah satu aktiviti di dalam program Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam SKGB. Kuiz ini disertai oleh pelajar tahun 6 dan dibahagikan 4 orang pelajar bagi setiap kumpulan di setiap kelas. Program ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dibantu oleh guru praktikal dari IPG Kuala Terengganu sebagai pengacara dan pencatat markah iaitu Ustaz Mohd Akmal Faiz dan Ustaz Hafizillah.
Hakim bagi kuiz ini pula terdiri daripada Ustaz Syamsuddin dan Ustaz Mohd Ali. Soalan kuiz ini merangkumi soalan mengenai puasa di bulan Ramadhan yang kesemuanya terdiri daripada 16 soalan.
Antara objektif program ini adalah pengisani aktiviti di bulan Ramadhan dan dapat membentuk keberanian pelajar-pelajar serta menguji kefahaman tentang pembelajaran Agama Islam.
Tahun 6 Ibnu Sina menjadi johan bagi progam kuiz ini diikuti tahun 6 Ibnu Rushd, 6 Abu Darda dan juga 6 Abu Hurairah. Sebelum mengakhiri program Kuiz ini, Ustaz Syamsudin sempat memberikan tazkirah berkenaan Nuzul Quran dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua peserta.
Wednesday, 31 July 2013
Sunday, 28 July 2013
MAJLIS KHATAM QURAN RAMADHAN 1434H
Isnin, 29 Julai 2013 - Pada jam 730 pagi, semua pelajar dan guru-guru menghadiri Majlis Khatam Quran yang diadakan di tapak perhimpunan. Khatam quran ini dilaksanakan pada 20 Ramadhan 1434H sempena tamatnya tadarus quran yang diadakan sepanjang bulan ramadhan ini di bawah Program Ihya Ramadhan yang dilaksanakan oleh Panitia Agama Islam.
Majlis Khatam Quran ini dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Ali dan dijayakan juga oleh guru-guru panitia Agama Islam. Program ini diakhiri dengan Bacaan Doa Khatam Quran yang di wakili oleh pelajar lelaki tahun 6.

![]() |
| Bacaan Quran oleh sekumpulan pelajar lelaki tahun 6 |
![]() |
| Semua pelajar dan guru sedang khusyuk membaca ayat Quran |
![]() |
| Pelajar sedang membaca Doa Khatam Quran |
PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013
Ahad, 21 Julai 2013 - Murid-murid tahun 6 telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Sebahagian besar murid-murid tahun 6 ditempatkan di Dewan Sekolah manakala selebihnya di kelas 6 Ibnu Sina dan 6 Ibnu Rushd.
Murid-murid telah berkumpul di Surau Sekolah untuk program bacaan Yassin, seterusnya Guru Penolong Kanan 1 (En Mohd Nasir Bin Embong) telah menyampaikan nasihat dan pesanan sebelum murid-murid berkumpul di Dataran Perhimpunan. Selepas doa dibaca dan amanat disampaikan oleh guru-guru tahun 6, mereka beratur memasuki dewan dalam keadaan tertib sebagaimana peperiksaan UPSR sebenar nanti. Tujuan peperiksaan dan persediaan ini dijalankan adalah untuk:-
1. Memberi pengalaman dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan UPSR sebenar.
2. Memberi peneguhan terhadap setiap mata pelajaran UPSR.
3. Menguji tahap penguasaan murid dalam semua mata pelajaran.
4. Menyediakan murid baik dari segi mental mahupun fizikal menghadapi peperiksaan.
5. Memberi pengalaman kepada semua calon UPSR mengawal emosi atau stress peperiksaan.
Guru-guru Jawatankuasa UPSR dan semua warga SKGB mengucapkan selamat menjawab soalan dengan tenang, semoga kejayaan akan mengiringi semua murid calon UPSR 2013.

PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI PPD - EN HALIDAN BIN AWANG
Rabu, 24 Julai 2013 - Pada jam 930 pagi semua guru SKGB telah diarahkan berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar taklimat daripada seorang pegawai PPD Kuala Terengganu, En Halidan Bin Awang. Beliau telah datang untuk membuat pemantauan Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang. Tujuan pelaksanaan ini adalah untuk:-
1. Membendung gejala ponteng di kalangan murid.
2. Murid merasai diri dihargai.
3. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid.
4. Meningkatkan kecaknaan guru terhadap murid.
Beliau telah peringatkan bahawa Amalan Guru Penyayang perlu dilaksanakan oleh semua guru kerana ianya disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Antara yang disarankan termasuklah:-
1. Mengalu-alukan kedatangan murid ke sekolah.
2. Menghantar murid pulang ke pintu pagar selepas waktu persekolahan.
3. Memberi penghargaan kepada murid, contohnya meraikan hari jadi murid, kejayaan dalam peperiksaan dan lain-lain.
4. Bertanya khabar dan berbincang permasalah murid.
5. Program Mentor -Mentee.
Beliau berharap program ini dapat dilaksanakan dan membuat laporan bertulis sepanjang program ini dilaksanakan. Beliau juga menyatakan kerajaan memberi amanah kepada semua guru untuk menghargai dan menyayangi setiap murid kita. Tanpa guru siapalah yang akan memegang amanah itu.

Wednesday, 24 July 2013
SUMBANGAN RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM
1. Meringankan beban murid yang ketiadaan bapa.
2. Mengembirakan hati anak-anak yatim untuk menyambut hari raya.
3. Mewujudkan rangkaian persefahaman antara sekolah dengan PMINT.
4. Menginsafi kesusahan orang lain dan bersyukur atas nikmat kurniaan Illahi.
Antara murid-murid yang menerima sumbangan ialah:
1. Addin Iqwan B. Hilman - 1 Abu Dardha
2. Nur Cameilah Bt ABdul Rani - 1 Abu Dardha
3. Muhammad Azreil Aiman B. Mohd Azlan - 1 Ibnu Rushd
4. Asyid B. Abdul Mani - 2 Ibnu Sina
5. Siti Syazwani Bt Razali - 2 Ibnu Rushd
6. Siti Saidatul Najwa Bt. Ibrahim - 3 Abu Hurairah
7. Siti Aisyah Bt Abd Wahab - 3 Ibnu Rushd
8. Addin Syahidan B. Hilman - 3 Abu Dardha
9. Audi B. Abdul Mani - 4 Ibnu Sina
10. Nur Hidayah Bt. Abu Bakar - 5 Abu Hurairah
11. Intan Syarene Bt Herudi - 5 Abu Hurairah
12. Muhammad Amir B. Abd Wahab - 5 Abu Hurairah
13. Puteri Ayuni Bt Zanidi - 5 Abu Hurairah
14. Aina Bt Abdul Mani - 6 Ibnu Sina
15. Ahmad Baihaqi B. Mohamed Ruslan - 6 Ibnu Rushd
16. Harith Iskandar B. Mohd Hadi - 6 Ibnu Rushd
17. Azri Haikal B.Burhanudin - 6 Ibnu Rushd
18. Shaiqah Najwa Bt Hilman - 6 Ibnu Rushd
19. Nur Aishah Bt Mukhtar - 6 Abu Hurairah
20. Nur Haadi B. Abdul Rani - 6 Abu Dardha
Cikgu Che Shuhaida selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan murid telah membuat persiapan seawal jam 830pagi. Murid-murid berkumpul di Bilik Galeri Gemilang pada jam 9.00 pagi.
Antara pegawai PMINT yang hadir ialah:
1. En. Wan Rohaizab b. Wan Othman
2. Puan Rosmawati Bt. Mohd Jamil
3. Puan Noorina Bt Ibrahim
4. Puan Nor Sabihah bt Fidri
![]() |
| Cg Hamidah sebagai pembuka majlis. Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak PMINT atas kesudian hadir ke SKGB. |
![]() |
| Ucapan Guru Besar, Pn Hjh Ramlah bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada PMINT dan kata-kata nasihat kepada pelajar akan penggunaan dengan bijak atas sumbangan yang diterima. |
![]() |
| Ucapan daripada Pegawai PMINT, Pn Rosmawati sebagai wakil pihak PMINT |
![]() |
| Acara penyampaian sumbangan kepada setiap anak yatim oleh pegawai-pegawai PMINT. |
Sunday, 21 July 2013
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING BARU
Ahad, 21 Julai 2013 - Seorang guru bimbingan dan kaunseling telah melaporkan diri di Sekolah Kebangsaan Gong Badak iaitu Puan Nor Ulfah binti Muda menggantikan Puan Hamidah Binti Abd Rashid. Beliau bertukar dari Sekolah Kebangsaan Ru Rendang, Marang, Terengganu. Beliau telah berkhidmat sebagai guru bimbingan dan kaunseling selama 2 tahun setengah. Beliau telah mendapat pendidikan di Universiti Malaysia Terengganu dalam bidang Sarjana Muda Kaunseling. Diharapkan dengan kedatangan beliau ke Sekolah Kebangsaan Gong Badak ini dapat membentuk dan membimbing murid-murid SKGB dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual. Insya Allah.
Wednesday, 10 July 2013
PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN MURID-MURID SKGB 2013
Jom Rawat Gigi! Seramai 7 orang jururawat pergigian daripada Klinik Pergigian Batu Rakit Kuala Terengganu telah mengadakan rawatan pergigian kepada murid SKGB bermula 22 Mei 2013 sehingga 11 Julai 2013.
Rawatan pergigian ini merupakan program usahasama Klinik Pergigian Batu Rakit dengan SKGB yang diadakan sepanjang tahun. Antara jururawat-jururawat yang bertugas termasuklah:
1. JP Roslizawati Mamat
2. JP Zalina Mat Ali
3.JP Noor Azlina Bandras
4. PKK Ruzipah Hussin
5. PPK Nazri Muda
6. PPK M.Shukor M.Noor
7. PPK Rohaida Ismail

Subscribe to:
Posts (Atom)