Social Icons

Saturday, 28 December 2013

LAPORAN LADAP BIL 4 / 2013 ( PENGURUSAN PEMBELAJARAN MAYA )


Kursus LADAP kali ke 4 telah berjaya dilaksanakan untuk guru-guru SK.Gong Badak pada hari Selasa 24 Disember 2013. Fokus utama kursus pada kali ini ialah Penggunaan Frog VLE. Kursus ini telah disertai oleh semua guru SK.Gong Badak  dan dijalankan di bilik  Galeri Gemilang bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang.

Selepas pendaftaran, guru-guru diedarkan modul kursus dan fail. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz Mat Ali.  Slot pertama yang bertajuk Pengurusan Pembelajaran Maya disampaikan oleh Puan Hajjah Ramlah Binti Mohamad Noor ,  Guru Besar SKGB.  Slot kedua pula bertajuk Frog VLE telah disempurnakan oleh Encik Mat Fadhil Bin Yusof dan dibantu oleh Encik Azmi Bin Yahya.  Antara lain, tujuan kursus ini dijalankan ialah untuk memberi gambaran serta pendedahan berkaitan laman Frog untuk guru-guru di samping menjayakan matlamat di bawah Program 1Bestarinet oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Melaluinya guru-guru diharap mampu memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat dalam urusan berkaitan pendidikan termasuk semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Sepanjang kursus ini berlangsung guru-guru mempelajari cara menggunakan laman frog sebagai medium komunikasi , berkongsi sumber pengajaran dan pembelajaran serta lain-lain pengisian yang dapat dibina sendiri oleh guru. Melalui kursus ini juga, guru-guru telah didedahkan cara untuk menggunakan laman frog ini sebagai bahan bantu mengajar berkonsepkan TMK yang sangat berkesan..Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya dijalankan dengan baik dan diharap guru-guru dapat memanfaatkan laman Frog VLE ini untuk melancarkan tugas-tugas seharian pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program.  

















Tuesday, 3 December 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG SK GONG BADAK 2013

12 November 2013, Rabu -Majlis  Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan merupakan salah satu program anjuran sekolah yang bertujuan untuk meraikan kejayaan murid-murid di dalam pelajaran bagi sesi 2013. Murid-murid yang menerima hadiah ini adalah terdiri daripada murid Tahun 1 hingga 6, Pra sekolah dan murid dari pendidikan Khas Integrasi (PKI). Tidak ketinggalan penyampaian hadiah bagi Hafazan.

Hari Anugerah Cemerlang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan SK Gong Badak. Majlis telah disempurnakan oleh En. Asohan bin Embong yang mewakili daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Dalam majlis itu juga berlangsungnya penyampaian Sijil Graduasi Prasekolah bagi murid 6 tahun. Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada murid-murid SK Gong Badak iaitu tarian dari murid Prasekolah, Nyanyian dari murid PKI dan persembahan pasukan koir sekolah dari murid SK Gong Badak.
Antara anugerah yang disampaikan ialah Anugerah Akademik Tahun 1-6, Anugerah Akademik PKI, Anugerah kelas KAFA dan Anugerah Tokoh Murid. Turut disampaikan hadiah berupa wang tunai RM50 kepada para hafazan.

Bagi katogeri Anugerah Khas pula terdapat beberapa anugerah iaitu Anugerah Tokoh Nilam oleh Adik Zahiratul Raudhah bt Zakaria, Tokoh Olahragawan oleh Adik Amin Khalala bin Mohd Izhar , Tokoh Olahragawati oleh Adik Siti Nur Nadhirah bt Sulong, Tokoh Murid Lelaki oleh Adik Muhammad Hafiz bin Muhammad Padzli dan Tokoh Murid Perempuan oleh Adik Wan Ain Najyaa bt Wan Mamat.



Pihak sekolah mengharapkan dengan adanya Hari Anugerah Cemerlang ini dapat memberi dorongan dan semangat kepada semua murid terutamanya murid SK Gong Badak. Dengan kecemerlangan ini mampu membangkitkan semangat menuntut ilmu dikalangan murid SK Gong Badak. 


Pendaftaran Ibu bapa

Dif jemputan yang hadir
Ucapan wakil JPNT, En.Asohan Bin Embong (Bahagian Pendidikan Khas Integriti)
Persembahan daripada Pra sek

Persembahan daripada murid-murid kelas PKI

Persembahan dari pasukan koir sekolah


Monday, 18 November 2013

LAWATAN PENANDA ARAS PRASEKOLAH DARI JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR


19 November 2013, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah dikunjungi oleh Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.  Lawatan tersebut bertujuan meningkatkan sistem pengurusan pra sekolah SK Gong Badak.  Lawatan ini diketuai oleh Penyelia PRA iaitu Encik Mohd Rosli Bin Ibrahim.

Seramai 30 orang iaitu seorang guru  Pra Sekolah dan 29 orang Pembantu Pra Sekolah.  Rombongan tersebut tiba pada jam 9.30 pagi hingga 1.30 tengahari.  Rombongan diraikan dengan sarapan pagi.  Majlis diteruskan oleh Guru Besar, Penyelia Pra Sekolah, JPNT dan pengenalan oleh Guru Pra Sekolah SK Gong Badak iaitu Puan Saliza.

Seterusnya peserta rombongan telah melawat Pra Sekolah iaitu Kelas Pra Al-Farabi dan Al-Ghazali.  Hasil dari rombongan ini, kedua-dua sekolah dapat bertukar-tukar ilmu pengetahuan dan dapat menjalinkan perhubungan. Semoga rombongan seperti ini dapat memupuk dan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

Sesi bergambar SK Gong Badak dan warga lawatan (JPNWP)

Ucapan dari Puan Guru Besar SK Gong Badak

Ucapan daripada Penyelia Pra JPNT, E. Rosli

Persembahan (presentation) daripada SK Gong Badak



Menjamu selera Nasi Dagang Terengganu

Lawatan ke Pra Sekolah SK Gong Badak



Tuesday, 5 November 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA DAN PERTANDINGAN KALAM JAMAIE SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE 6 TAHUN 2013 / 1434H

31 Oktober 2013, Khamis - Terengganu telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Khatam Al-Quran Perdana dan Pertandingan Kalam Jamaie Sekolah-sekolah KPM Peringkat Kebangsaan Kali ke 6 pada 31 Oktober hingga 2 November 2013.  Pertandingan ini telah berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

SK Gong Badak telah dilantik menjadi sebagai JK Pendaftaran dan Penginapan yang bertempat di Dewan Aspuri, SMASZA.  Pendaftaran bermula pada pukul 2 hingga 4 petang.

Sebanyak 15 buah negeri yang menyertai pertandingan iaitu Terengganu, Kelantan, Johor, Pulau Pinang, WP Kuala Lumpur, WP Labuan, Sabah, Sarawak, Kedah, Perak, Perlis, Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor.

Bagi acara Majlis Khatam Al-Quran juga diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Objektif pertandingan ini ialah untuk menampilkan bakat-bakat murid di peringkat kebangsaan dan memperkasakan Bahasa Arab di kalangan murid sekolah rendah.  Dan tidak lupa juga hubungan jalinan dan jaringan di antara negeri-negeri yang lain.

Sekalung tahniah kepada kontinjen dan peserta yang telah memenangi Pertandingan Kalam Jamaie.  Semoga program ini akan diteruskan pada masa akan datang.


Laporan Oleh:
Unit Bimbingan dan Kaunseling


Sunday, 27 October 2013

Ceramah dan Pameran Berkaitan dengan Anti Dadah Kebangsaan untuk Program PASCA UPSR

21 Oktober 2013- Isnin, Satu ceramah dan pameran berkaitan dengan Anti Dadah Kebangsaan Kuala Terengganu telah diadakan Dewan Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Bazilah binti Mat Ghani. Seramai 120 orang murid tahun 6 telah menghadiri ceramah tersebut.

Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan bahaya dadah kepada murid-murid. Selain itu juga, jenis-jenis dadah turut diperkenalkan supaya murid-murid mengenali jenis-jenis dadah tersebut. Pameran turut dipamerkan untuk semua murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak.

Semoga program tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid tentang bahaya dadah dan memberi manfaat kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak. InsyaAllah.


KEM 1M1S 2013

28 September - 29 September 2013 merupakan Kem 1Murid 1Sukan Sekolah Kebangsaan Gong Badak 2013.  Program ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Radina Binti Yunus.

Matlamat Kem 1M1S adalah:

1. Mewujudkan satu kumpulan murid yang dapat membantu guru penasihat kelab sukan dalam menjalankan aktiviti di sekolah.
2. Membina satu kumpulan PENGGERAK SUKAN dari kalangan murid SK Gong Badak.
3. Membantu murid dalam merancang dan menguruskan kelab sukan di SK Gong Badak.

Objektif Kem 1M1S adalah:

1. Meningkatkan keberkesanan pengurusan kelab sukan dan pelaksanaan aktiviti sukan yang mempunyai unsur keseronokan.
2. Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui sukan.
3. Meningkatkan kesedaran guru dan murid terhadap kepentingan aktiviti sukan dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat dan inovatif.

Terima kasih kepada Penyelaras, En. Khamarul Azwan Bin Mohd Nawi serta AJK Kem kerana menjayakan Kem 1M1S Sk Gong Badak, 2013 yang mana Kem 1M1S merupakan satu projek yang boleh memberikan manfaat kepada murid-murid SK Gong Badak bagi melengkapkan diri sebagai murid yang memenuhi keperluan Jasmani, Emosi, Rohani dan Inteleks dalam Falsafah Pendidikan Negara.  Justeru itu, kem ini perlu diteruskan dari masa ke semasa.

Tuesday, 22 October 2013

Lawatan dan Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Sekolah Bagi Tahun 2013.

22 Oktober 2013, Selasa -8.00 pagi, Badan Pengawas dan Disiplin Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan satu Program Lawatan Badan Pengawas ke Kraftangan di Chendering, Nur Arfa Batik dan Planaterium. Program tersebut diteruskan dengan meraikan pengawas sekolah ke Jamuan Akhir Tahun di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu.

Seramai 70 orang pengawas telah mengikuti program tersebut dan diiringi oleh 5 orang guru pengiring iaitu Cikgu Nazri, Cikgu Kamarul, Cikgu Jalil, Cikgu Nor Ulfah, Cikgu Ummy Norleeza dan Cikgu Tengku Azizah. Program tersebut bertujuan untuk meraikan khidmat dan jasa pengawas sekolah sepanjang menjadi pengawas sekolah. Selain itu, program tersebut juga memberi semangat kepada semua pengawas sekolah untuk terus berkhidmat sebagai seorang pemimpin dan mejadi contoh kepada murid lain.

Program tersebut telah berakhir pada jam 5.00 petang. Semoga dengan program tersebut akan memberi pengalaman baru kepada semua pengawas sekolah SKGB.

Laporan Oleh:
Unit Bimbingan Dan Kaunseling