Social Icons

Sunday, 15 February 2015

MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN RAGBI MSST 2015

14 Februari 2015, Sabtu - Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu telah memilih Sekolah Kebangsaan Gong Badak sebagai AJK Majlis Penutup Bagi Kejohanan Ragbi MSST 2015 yang bertempat di SMK Teknik Kuala Terengganu. Seramai 8 orang guru yang terlibat dalam Majlis tersebut.
Majlis tersebut telahpun dirasmikan oleh Tuan Haji Safrudin bin Haji Ali Husin, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu.
Sebanyak 8 buah daerah yang bertanding dalam kejohanan tersebut. Keputusan bagi Kategori Bawah 18 Tahun Johan dimenangi oleh MSSD Kuala Nerus, tempat kedua MSSD Hulu Terengganu dan tempat ketiga MSSD Setiu dan MSSD Kuala Terengganu. Bagi kategori bawah 12 tahun pula, Johan dimenangi oleh MSSD Marang, Naib Johan pula MSSD Kemaman dan Tempat ke 3 MSSD Kuala Terengganu dan MSSD Kuala Terengganu Utara.
Tahniah kepada pemenang dan Majlis berakhir pada jam 6.00 petang.


Tetamu jemputan yang hadir

Pasukan yang bertanding

AJK yang terlibat

AJK membuat persiapan

Wednesday, 11 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA SKGB 2015

12 Februari 2015, Khamis - Jawatankuasa Disiplin dan Pengawas dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SKGB telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda yang bertempat di Dewan SKGB, yang melibatkan 250 orang pempimpin muda yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber(PSS), Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).

Kursus bermula pada jam 8.00 pagi dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Puan Zakiah binti Jusoh.  Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Puan Siti Arbaiyah binti Yusof, GPK Hal Ehwal Murid SKGB.

Bagi slot pertama, ceramah Disiplin telah disampaikan oleh En.Nazri bin Mustafa, PK HEM SK LKTP, Belada.  Bagi slot kedua pula, ceramah Sahsiah seorang pemimpin telah disampaikan oleh En.Ramly bin Abdullah, Kaunselor dari SMK Mengabang Telipot.

Kursus berjalan dengan lancar dan pemimpin muda turut diberi taklimat tentang Majlis Penyeraha  Watikah yang akan berlangsung minggu hadapan.  Kursus berakhir pada jam 1.00 tengahari.

Dipengerusi oleh Pn.Zakiah binti Jusoh

Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal

Ucapan oleh Pn.Siti Arbaiyah binti Yusof,GPK HEM

Semua murid tahun 6

Ceramah oleh En.Nazri bin Mustaffa

Penyampaian cenderamata kepada penceramah

Ceramah oleh En.Ramly bin Abdullah

Penyampaian cenderamata kepada penceramah

Taklimat Majlis Penyerahan Watikah

MAJLIS LETAK KERJA MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN TEMU MURNI TAHUN 6 2015

7 Feb 2015, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Majlis Letak Kerja Motivasi Keibubapaan dan Temu Murni bagi semua murid tahun 6 2015.  Majlis berjalan pada jam 8.00 pagi dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis, Puan Nor Ulfah binti Muda, Guru Bimbingan dan Kaunseling.  Seterusnya ucapan yang telah disampaikan oleh En.Nasir bin Embong, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKGB.

Ceramah Motivasi Keibubapaan telahpun disampaikan oleh Dr (H) Wan Rozeb bin Wan Salleh, Pengarah Urusan Ummi Motivation, Training & Consultant.  Semua ibubapa dan murid memberi sepenuh kerjasama sepanjang program berlangsung.

Tujuan program ini diadakan ialah memberi kesedaran dan motivasi kepada ibubapa untuk persediaan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan UPSR nanti.

Majlis berakhir dengan temu murni pada jam 12.30 tengahari.

Bacaan doa oleh Ustaz Syamsuddin

Dipengerusikan oleh Pn.Nor Ulfah binti  Muda

Ucapan oleh En.Md.Nasir bin Embong,GPK Pentadbiran

Program Motivasi

Sesi Motivasi

Sesi Temumurni dengan guru kelas masing-masing

SOLAT HAJAT LETAK KERJA UPSR 2015

5.2.2015 , Khamis - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyediakan Solat Hajat Letak Kerja UPSR 2015 yang bertempat di Surau Ar-Rahman, SKGB.

Pada jam 6.45 petang, pendaftaran diadakan kepada semua guru dan ibubapa tahun 6.  Solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Ali bin Ngah dan ucapan telah disampaikan oleh En.Nasir bin Embong, GPK Pentadbiran SKGB.

Kehadiran ibubapa dan guru sangat membanggakan dan sekaligus memberi semangat kepada murid-murid tahun 6 untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua warga SKGB yang telah berganding bahu dalam menjayakan program ini.

Ucapan GPK Pentadbiran

Solat Hajat Berjemaah

Pendaftaran ibubapa

Saturday, 31 January 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL SEMPENA PERTANDINGAN KARNIVAL MERENTAS DESA MSSD KTU BAWAH 12 TAHUN

1 Februari 2015, Ahad - Sekolah Kebangsaaan Gong Badak telah menghantar peserta-peserta untuk menyertai Pertandingan Karnival Merentas Desa MSSD KTU Kategori Bawah 12 tahun pada 28 Januari 2015 yang bertempat di Sekolah menengah Kebangsaan Batu Rakit.
Seramai 12 orang telah menyertai pertandingan tersebut dan mendapat tempat yang ke 16. Antara peserta lelaki yang menyertai Karnival tersebut ialah:
1. Adam Firdaus bin Lokman dari kelas 6IR
2. Hadi Ikhwan bin Johan Sofian dari kelas 6AH
3. Shaadi bin Abdul Hali dari kelas 5IS
4. Muhammad Izmiel Aizat Bin M.Haizan dari kelas 6AH
5. Muhammad Haziq Irfan bin Harun dari kelas 6AH
6. Ahmad Hasif bin Sharizal dari kelas 5IS

Kategori Perempuan:
1. Nurin Hidayah binti Mohd Nizam dari kelas 4IR
2. Eda Belinda bt Rohaizi dari kelas 5IR
3. Nurul Aida bt Mohamad Azmi dari kelas 4AH
4. Wan Nurul 'Asiyah bt Wan Zakaria dari kelas 6AD
5. Nur Farzana bt Kamaruddin dari kelas 4IR
6. Nur Auni bt Mohd Nazri dari kelas 5IR

Tahniah kepada semua peserta dan semoga terus maju dalam arena sukan.




Saturday, 24 January 2015

PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN MENTOR MENTEE 2015

25 Januari 2015, Ahad - Jawatankuasa Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu Pelancaran Program Guru Penyayang dan Mentor-Mentee bagi tahun 2015 yang bertempat di tapak Perhimpunan SK Gong Badak. Pelancaran ini bermula am 8.00 pagi dengan ucapan aluan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn.Nor Ulfah binti Muda.
Seterusnya, ucapan perasmian dan gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh Pn.Hjh Ramlah binti Mohammad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Penyampaian fail Mentor-Mentee turut diberikan kepada semua guru kelas yang telah dilantik menjadi Mentor kepada murid. Pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan lakonan oleh murid-murid tahun 4 Ibnu Sina.
Majlis berakhir pada jam 8.45 pagi.


Ucapan Guru Bimbingan dan Kaunseling

Ucapan Puan Guru Besar

Gimik Pelancaran Program Guru Penyayang

Disaksikan oleh Guru-guru Penolong Kanan

Penyerahan Fail Mentor-Mentee

Persembahan murid

Friday, 23 January 2015

PROGRAM MOTIVASI PENDEDAHAN KENDIRI MURID TAHUN 6

22 Januari 2014, Khamis - Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Jawatankuasa UPSR Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Program Motivasi Pendedahan Kendiri bagi semua murid tahun 6 seramai 132 orang bertempat di dewan sekolah. Program ini berlangsung pada jam 8.45 pagi yang telah dihadiri oleh En.Mohd Tahar bin Sali, Penolong Pengarah dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebagai penceramah jemputan.

Antara objektif program ini ialah:
1. Menyuntik semangat dalam diri murid-murid untuk menghadapi peperiksaan UPSR
2. Memberi kesedaran kepada murid untuk belajar dari sekarang
3. Meningkatkan semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan berkeyakinan diri

Pelbagai teknik dan kemahiran telah disampaikan dan semua murid mendapat ilmu pengetahuan sepanjang program berlangsung. Program tersebut berakhir pada jam 10.45 pagi.


Penceramah oleh En Mohd Tahar bin Sali

Murid iberi peluang berkomunikasi

Guru-guru tahun 6 turut mengikui program tersebut

Murid tidak melepaskan peluang menjawab soalan yang ditanya oleh penceramah

Murid tahun 6 sedang mengikuti Program motivasi

Tanda kenang-kenangan dari pihak sekolah