24-27 Julai 2015 - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telahpun menyertai festival tersebut yang bertempat di Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi, Sarawak.
Sekolah telah menyertai pertandingan bercerita,pantun dan tarian. Seramai 6 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut dan 4 orang guru pengiring.
Antara peserta yang terlibat ialah:
1. Luqmanul Haikal bin Che Hussien
2. Hayani binti Yusof
3. Muhammad Ariff bin Samsuddin
4. Sufia Nabilah binti Subarjo
5. Wan Muhammad Amir Najwan bin Wan Mohd Nadzir
6. Nur Nisrina Nabihah binti Nor Shafizan
Walaupun sekolah tidak berjaya dalam pertandingan ini, namun semangat tidak pernah luntur untuk mencuba pada masa akan datang. Tahniah kepada peserta yang mewakili sekolah.
Monday, 27 July 2015
Sunday, 28 June 2015
MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK GONG BADAK - PN. HAJAH RAMLAH BT MOHAMAD NOOR
Tarikh: 28 MEI 2015
Hari: Khamis
Masa: 10.00pagi
Tempat: Dewan SKGB
Jasamu Dikenang... Setulus Ingatan Kekal Abadi...
Majlis persaraan Guru Besar SKGB, Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor telah berlangsung dalam keadaan penuh warna-warni. Beliau telah memulakan tugas di SKGB pada tahun 2012. sepanjang bertugas di sini, beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2013. Antara anugerah yang dicapai oleh sekolah di bawah pentadbiran beliau ialah Sijil Pengiktirafan KPM - SK Gong Badak Sekolah Kluster Kecemerlangan (Fasa 8 Tahun 2014), Anugerah Kecemerlangan Akademik-Peratus semua A UPSR Terbaik Daerah Kuala Nerus Tahun 2014, dan Anugerah Sekolah Melepasi 20% semua A UPSR 2013.
Aturcara majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan Guru Besar, Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor dan suami, dif-dif jemputan lain seperti wakil JPNT, wakil PPDKT, YDP dan NYDP PIBG sekolah, dan guru besar-guru besar sekolah berhampiran. Jamuan makan diadakan di dalam bilik Galeri Gemilang seterusnya perarakan ke dewan sekolah SKGB bersama dengan paluan kompang oleh pasukan kompang SKGB. Puan Hajjah Ramlah bersama suami bergerak ke dewan dengan diiringi oleh 4 orang pembawa bunga manggar, 8 orang anak cilik pembawa bunga, 11 orang pembawa dulang hantaran hadiah. Sepanjang perjalanan Ustaz Mat Ali dan murid-murid mengalunkan selawat secara beramai-ramai.
Sejurus tiba, Puan Hajjah Ramlah dan suami di jemput duduk di atas pelamin yang dihias indah di atas pentas. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Shamsuddin. Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid, wakil guru, YDP PIBG, wakil kepada Dato' Basir, En. Mohd Zaki bin Sembok, wakil PPD, En. Ahmad Yusri bin Jusoh dan wakil JPNT, Tuan Haji Ghazali bin Mohamad. Majlis diselangi dengan persembahan murid dan guru. Acara kemuncak adalah ucapan oleh Pn. Hajah Ramlah binti Mohamad Noor Guru Besar yang diraikan. Sejurus selepas itu, Puan Hamidah Binti Abdul Rashid menyampaikan sebuah sajak perpisahan "Bak Air Yang Mengalir" bersama persembahan multimedia rentatan pengalaman Puan Hajjah Ramlah sepanjang di SKGB. Sebagai gimmic penutup majlis, Guru Besar dipersilakan untuk memotong pulut kuning. Seterusnya, wakil murid setiap tahap menyampaikan cenderahati perpisahan kepada puan Guru Besar.
Sebagai tanda kenang-kenangan, Upacara menanam Pokok Kenangan diadakan bertempat bersebelahan kantin sekolah. Simboliknya majlis persaraan, acara Punch Card Terakhir dibuat sebagai tanda berakhirnya tugas beliau sebagai seorang yang bergelar guru. Majlis bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara semua guru sebelum lambaian terakhir. Beliau diiring hingga ke pintu pagar dengan beca berhias.
Segala jasa dan pengorbanan Cikgu akan sentiasa kami kenang. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Selamat berehat dan menikmati waktu yang berharga selepas bersara bersama keluarga tercinta dalam keadaan aman dan diberkati Allah hendaknya sentiasa. SAYONARA!
Bak air yang mengalir,
tiba jua kiranya dimuara waktu,
di sini kami pasti merindu,
Hakikat seorang individu, Guru Besarku,
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
sapalah kami andai mesra akrab berpadu.
![]() |
| Ketibaan Puan Hjh Ramlah bersama suami diiringi dif-dif jemputan, guru dan murid |
![]() |
| Jamuan makan di Bilik Galeri Gemilang |
![]() |
| Ucapan dari Puan GB,PK1, YDP PIBG dan Wakil Murid. |
![]() |
| Cenderahati daripada YDP PIBG, guru dan murid-murid |
![]() |
| Acara memotong pulut kuning dan menanam Pokok Kenangan |
![]() |
| "Punch Card" terakhir |
![]() |
| Acara bersalaman bersama guru-guru dan murid-murid |
![]() |
| Guru dan murid mengiringi ke pintu pagar dengan beca berhias |
Monday, 11 May 2015
PERTANDINGAN PIDATO SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN
6 Mei - 7 Mei 2015, Rabu dan Khamis - Pertandingan pidato (Bahasa Melayu) SKK Peringkat Kebangsaan anjuran SK Gong Badak dengan kerjasama UNISZA pada kali pertamanya telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan SKK seluruh negara bagi sekolah rendah. Walaupun pada awalnya sasaran hanya 15 buah sekolah sahaja tetapi bertambah kepada 19 buah sekolah.
Pertandingan tersebut telah berlangsung selama 2 hari bermula 6 Mei 2015 hingga 7 Mei 2015. Pertandingan tersebut telah diadakan di Dewan Perdana. UNISZA. Pada hari Rabu (6 Mei 2015), ucapan selamat datang dan cabutan undi giliran peserta telah diadakan pada pukul 9.00 pagi di Bilik Galeri Cemerlang. Sebanyak 5 buah sekolah sahaja yang dapat hadir pada hari tersebut. Selepas itu, jamuan makan diadakan dengan memperkenalkan makanan popular Terengganu iaitu Nasi Dagang dan Keropok Lekor.
Pada pukul 10.30 pagi, para peserta, guru pengiring dan murid tahun 6 bertolak ke Bandar Kuala Terengganu dalam program lawatan ke destinasi yang terkenal seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Keropok Losong dan Nor Arfa Batik. Semua peserta dan murid tiba di SKGB kira-kira 5.15 petang.
Pada acara kemuncak, Khamis (7 Mei 2015), program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan slot pendaftaran peserta dan guru-guru pengiring. Kemudian pada pukul 8.40 pagi, slot taklimat hakim dijalankan. Seramai 21 peserta yang mengambil bahagian iaitu 2 lelaki dan 19 perempuan. Peserta yang paling jauh adalah dari negeri Sabah.
Acara pertandingan pidato tersebut dipengerusikan oleh pelajar UNISZA dari Kelab Orator.
Pada jam 9.15 pagi, acara pidato telah berlangsung sehingga selesai kira-kira pukul 12 tengahari dalam kategori A. Pada jam 10.12 pagi, pertandingan pidato diberhentikan sementara kerana waktu rehat makan pagi. Dalam kategori B (pidato spontan) yang selesai kira-kira 1.30 petang. Seramai 5 orang hakim yang menghakimi pertandingan tersebut, 3 daripadanya dari kalangan guru, seorang daripadanya dari UNISZA dan seorang lagi dari IPG.
Selesai pertandingan tersebut, sesi pembahagian cenderahati kepada para hakim yang disampaikan oleh penyelaras Program Jalinan IPTA UNISZA-SKK iaitu Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah.
Selepas itu, acara diberhentikan seketika untuk makan tengahari dan solat Zuhur. Kemudian pada pukul 2.30 petang, acara perasmian penutup disempurnakan oleh Dr.Ruhaya binti Hassan, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada acara perasmian penutup, majlis dipengerusikan oleh guru SKGB iaitu Pn.Zakiah binti Jusoh.
Majlis bermula dengan ucapan aluan pengerusi majlis, disusuli bacaan doa oleh Ustaz Syed Imran Faisal bin Ahmad. Kemudian ucapan oleh Guru Besar, Pn. Hajah Ramlah binti Mohamad Noor. Selepas itu ucapan penyelaras jalinan IPTA-SKK, Ustaz Wan Ismail bin Wan Abdullah. Akhir sekali, ucapan perasmian penutup yang disampaikan oleh Dr. Ruhaya binti Hassan.
Pada sesi perasmian penutup, semua guru besar daerah Kuala Nerus, YDP PIBG SKGB iaitu Dr.Hashim bin Hj.Muhammad Nuh, AJK PIBG, semua guru dan staf, semua murid tahun 6 turut hadir sama bagi memeriahkan majlis tersebut.
Selepas itu, persembahan "Bicara Berirama" oleh murid-murid tahun 5 Ibnu Sina sebelum penyampaian hadiah.
Acara kemuncaknya adalah penyampaian hadiah pemenang. Tempat pertama disandang oleh peserta dari SK Jawi, Pulau Pinang Syazrin Amanda binti Rosli). Tempat kedua dan ketiga peserta dari Sabah iaitu adik Balqis Insyirah binti Kamaludin dari SK Kauluan, Sabah dan ketiga peserta dari Pahang iaitu Nurel Humairah binti Muhammad Fridaus dari SK Bandar Pusat, Pahang Manakala tempat keempat adalah peserta tuan rumah iaitu Wan Najma Al Humaydaa binti Wan Yusof (6IS), dan tempat kelima peserta dari SK Kauluan, Sabah, adik Khairuzan Khabir dan Wakimin.
Selepas itu, sesi pembahagian cenderahati tuan rumah kepada perasmi dan penyelaras jalinan IPTA-SKK. Kemudian, sesi bergambar semua peserta bersama-sama tetamu kehormat.
Acara perasmian penutup selesai jam 4.00 petang dengan jayanya dan diakhiri dengan jamuan petang.
Laporan Disediakan Oleh: Cik Nur Rukiah

Wednesday, 22 April 2015
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PESERTA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN DALAM BICARA BERIRAMA, BADMINTON DAN BOLA SEPAK
23 Mei 2015, Khamis - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada peserta-peserta yang menyertai Pertandingan dalam Bicara Berirama, Bola Sepak dan Badminton.
Semua peserta diberikan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Pn.Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Tahniah kepada semua peserta.

Tuesday, 21 April 2015
KEJOHANAN BOLA JARING PENDIDIKAN KHAS NEGERI TERENGGANU
8 April 2015 , rabu - Seorang murid Pendidikan Khas, Nosyamizah binti Ibrahim dari SK Gong Badak telah mewakili daerah Kuala Terengganu pada Kejohanan Bola Jaring Pendidikan Khas Negeri Terengganu 2015 di TER.
Sebanyak 6 buah daerah yang mengambil bahagian di antaranya Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu.
Daerah Kuala Terengganu mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian tersebut.

Tuesday, 14 April 2015
PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT DAERAH 2015
14 April 2015, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah 2015. Pertandingan ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram, Manir,Kuala Terengganu dengan disertai oleh 8 buah sekolah.
Pertandingan ini telah disertai oleh 31 orang murid-murid tahun 5 Ibnu Sina dan Ibnu Rushd dan konduktor ialah Adik Nur Sarah Ashikin. Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pasukan ini telah dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.
Tahniah kepada semua peserta pertandingan kerana telah menunjukkan potensi yang baik walaupun pertama kali menyertai pertandingan tersebut.

Monday, 13 April 2015
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15/2015
13 April 2015, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 15 bagi tahun 2015. Majlis telah bermula pada jam 3.00 petang dan dipengerusikan oleh Pn. Zakiah binti Jusoh dan Pn.Nor Ulfah binti Muda.
Majlis dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato'Hj.Basir bin Hj Ismail, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dr.Hj Hashim Azmi bin Hj Noh, En Azahar bin Abu Bakar, Pegawai Pejabat Pendidikan Kuala Terengganu, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak, Dr.Mohd Husni bin Othman dan juga Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal bin Syed Ahmad dan ucapan alu-aluan oleh Puan Hajah Ramlah binti Mohamad Noor, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Haji Basir bin Haji Ismail, Pegawai Pembangunan Kuala Nerus.
Majlis turut disajikan dengan persembahan dari murid-murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak dengan persembahan Bicara Berirama. Mesyuarat Agung bermula jam 5.15 petang yang telah dipengerusikan Dr.Mohd Husni bin Othman, Naib Yang Dipertua PIBG.
Mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan berakhir pada jam 6.00 petang.

| Pendaftaran Guru dan Ibubapa |
![]() |
| Pengacara Majlis |
![]() |
| Tetamu Kehormat |
![]() |
| Para Guru dan Ibubapa |
![]() |
| Bacaan doa oleh Ustaz Syed Emran Faisal |
![]() |
| Ucapan Perasmian oleh Ybhg Dato' Hj. Basir |
![]() |
| Ucapan Oleh Puan Guru Besar |
![]() |
| Ucapan oleh YDP PIBG |
![]() |
| Penyampaian Cenderamata |
![]() |
| Persembahan Bicara Berirama |
![]() |
| Mesyuarat PIBG |
![]() |
| Jamuan VIP |
Subscribe to:
Posts (Atom)