Pelbagai aktiviti seperti persembahan dari murid dan cabutan bertuah turut memeriahkan lagi majlis. Barisan AJK PIBG yang baharu telah pun dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi memastikan kecemerlangan anak didik di SK Gong Badak.
Sunday, 20 March 2016
MESYUARAT PIBG SK GONG BADAK 2016
5 Mac 2016, Sabtu - Mesyuarat Agung PIBG Sk Gong Badak telah diadakan di dewan sekolah. Majlis telah bermula pada jam 8.00 pagi dan telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato Haji Basir bin Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Dun Kuala Nerus.
Pelbagai aktiviti seperti persembahan dari murid dan cabutan bertuah turut memeriahkan lagi majlis. Barisan AJK PIBG yang baharu telah pun dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi memastikan kecemerlangan anak didik di SK Gong Badak.
Pelbagai aktiviti seperti persembahan dari murid dan cabutan bertuah turut memeriahkan lagi majlis. Barisan AJK PIBG yang baharu telah pun dilantik dan semoga dapat menjalankan tugas dengan baik demi memastikan kecemerlangan anak didik di SK Gong Badak.
MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
29 Februari 2016, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Majlis Penyampaian Bantuan Khas Awal Persekolahan yang bertempat di Dewan SKGB.
Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dengan kehadiran wakil Yang Berbahagia Dato Haji Basir bin Haji Ismail, Pengawai Pembangunan Dun Kuala Nerus.
Majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Guru Besar dan diikuti oleh wakil Pegawai Pembangunan Dun Kuala Nerus.
Pada jam 12.00 tengahari, penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh Dif Jemputan kepada semua ibubapa penerima murid tahun 6, manakala murid tahun 1-5 diminta ke kaunter yang telah disediakan di dalam dewan.
Semoga bantuan persekolahan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima.

Saturday, 5 March 2016
PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH 2016
23 Februari 2016, Selasa- Pada jam 2.00 petang, semua guru dan murid berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar taklimat yang telah disampaikan oleh penyelaras program iaitu En Suradi bin Abd Ghani. Seterusnya, Majlis telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Pada jam 2.30 petang, perarakan dimulakan dengan unit
beruniform Pengakap, dikuti dengan Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri,
Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.
Pada jam 2.45 petang, pasukan perarakan tiba di Surau Al Amin
dan sama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan surau. Seterusnya, perarakan
diteruskan pada jam 3.30 petang ke rumah ibu tunggal yang tinggal berhampiran
dari situ.
PERTANDINGAN SQUASH PERINGKAT NEGERI MSST
20 Februari 2016, Tahniah diucapkan kepada pasangan adik-beradik ini iaitu Addin Ikhwan bin Hilman dan Addin Shahidan bin Hilman kerana telah mendapat tempat Johan dan Naik Johan bagi kateogri L12 dalam pertandingan Squash Peringkat Negeri MSST dan sekaligus akan mewakili Terengganu di Peringkat Kebangsaan nanti.
Tahniah diucapkan dan diharapkan kejuaraan dapat disandang oleh Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Insya Allah.

Saturday, 27 February 2016
BENGKEL PANTUN PERINGKAT SEKOLAH
17 dan 18 Februari 2016, Panitia Bahsa Melayu telah menganjurkan Bengkel Pantun kepada semua muridtahun 4 dan .
Antara objektif program tersebut ialah pelajar mendapat pendedahan mengenai kemahiran berpantun, dapat menggunakan kemahiran berfikir dan berbahsa dan dapat membina keyakinan diridalam pertandingan.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, Latihan Dalam Kumpulan dan Pertandingan Pantun.
Program berjalan dengan lancar dan semua murid yang terlibat dapat pengetahuan dan pengalaman yang cukup bermakna.

TERAPI BOWLING DI TERENGGANU EQUESTRIAN RESORT
15 Februari 2016, Seramai 25 orang murid, 10 orang guru dan 4 orang pembantu pengurusan murid telah menyertai Terapi Bowling di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu.
Tujuan terapi ini adalah untuk mendedahkan murid dengan sukan bowling, menanam minat, di samping itu murid dapat mengkoordinasikan kemahiran motor kasar dan motor halus.

Tuesday, 23 February 2016
MAJLIS LETAK KERJA DAN TEMU MURNI CALON UPSR 2016
18 Februari 2016, Khamis - Jawatankuasa Projek UPSR dan Jawatankuasa PIBG Sk Gong Badak telah mengadakan Majlis Letak Kerja dan Temu Murni kepada 124 orang calon UPSR bagi tahun 2016 yang bertempat di Surau Ar Rahman, SK Gong Badak.
Majlis bermula pada jam 7.30 pagi dengan pendaftaran oleh ibubapa dan diikuti dengan Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Solat Dhuha. Majlis telah dipimpin oleh Imam yang didatangi khas dari Pusat Islam Universiti Sultan Zainal Abidin.
Majlis telah disempurnakan oleh En.Mohd Taha bin Sali, Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan dan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Selesai jamuan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Tuan Guru Besar, En Kamal bin Abdullah di dewan sekolah dan diikuti dengan bacaan ikrar Akur Janji oleh calon-calon UPSR.
Majlis berakhir dengan penyerahan skrip markah TOV kepada semua ibubapa yang hadir.
Semoga semua calon UPSR tahun 2016 akan meemperoleh kejayaan. InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)