12 April 2016, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menyertai Kuiz Pendidikan Bulan Sabit Merah dan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa Peringkat Daerah 2016. Pasukan SK Gong Badak telah mendapat tempat yang ketiga dalam pertandingan tersebut yang bertempat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato Haji Abbas.
Tahniah kepada murid yang terlibat.
Tuesday, 12 April 2016
JOHAN HAFAZAN MASALAH PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH
8 April 2016, Salah seorang murid Pendidikan Khas Integrasi telah muncul sebagai Johan Hafazan Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah ( perempuan ) Peringkat Daerah. Tahniah kepada Adik Nor Syamizah.
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2016&PROGRAM NILAM
7 April 2016, Khamis - Program tersebut telah diadakan di tapak perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Ianya telah disempurnakan oleh En Kamal bin Abdullah, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Badak.
Antara objektifnya ialah:
1. Memupuk minat membaca secara berterusan
2. Menggerakkan program aktiviti galakan membaca
3. Mengisi masa lapang murid dengan aktiviti yang berfaedah
Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1. 10 minit bersama buku
2. Pertandingan melukis kulit buku (tahap 2)
3. Pertandingan mewarna (Tahap 1,PPKI dan Pra Sekolah)
4. Wakaf buku
5. Perasmian Penutup
6. Penyampaian hadiah

Monday, 4 April 2016
PERSEDIAAN PSIKOLOGI UPSR
5 April 2016, Selasa - Jawatankuasa UPSR dan Bimbingan Kaunseling telah menjalankan Program Persediaan Psikologi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR nanti.
Program ini dijalankan selama 30 minit di Surau Ar Rahman, SKGB dan setiap hari selasa. Program ini telah disampaikan secara bergilir-gilir oleh para pentadbir dan juga guru bimbingan.
Antara tujuan program tersebut ialah menyuntik semangat murid-murid tahun 6 dalam membuat persediaan menjelang peperiksaan.

LADAP: CIRI-CIRI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21
4 April 2016, Isnin - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengadakan LADAP yang bertajuk ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 yang bertempat di Bilik Galeri Gemilang SK Gong Badak. LADAP telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Shukri bin Ismail, Ketua SISC+, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, bersama En Shahrizal bin Shaarani, SISC+ Bahasa Inggeris.
Program tersebut bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Banyak maklumat dan ilmu pengetahuan telah diberikan oleh penceramah dan diharapkan ianya boleh dimanfaatkan dalam merealisasikan Pengajaran dan Pembelajaran Abad Ke 21.

PELANCARAN KEMPEN SAYANGI BUKU TEKS
31 Mac 2016, Khamis - Ianya dijalankan sepanjang tahun dan bertujuan untuk menyemai sifat sayang dan hargai buku teks di kalangan murid seterusnya untuk meningkatkan kesedaran murid tentang pentingnya menjaga buku teks dengan sempurna. Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan tahap penggunaan buku teks di kalangan murid semasa proses P&P di dalam kelas. Antaranya aktiviti yang akan dijalankan ialah:
1. Pemantauan serentak buku teks
2. Pemeriksaan semerta
3. Klinik buku teks
4. Cakna buku teks
5. Pertandingan mewarna tahap 2
6. Pertandingan mewarna tahap 1
1. Pemantauan serentak buku teks
2. Pemeriksaan semerta
3. Klinik buku teks
4. Cakna buku teks
5. Pertandingan mewarna tahap 2
6. Pertandingan mewarna tahap 1
Sunday, 27 March 2016
CERAMAH MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG
26 Mac 2016, Sabtu - Seramai 50 orang murid tahun 6 telah menghadiri Ceramah Motivasi Pelajar Cemerlang yang telah dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Dr Wan Azizul Fadzli bin Wan Jusoh, Ketua Penyelaras Klinikal, Pusat Perubatan UniSZA.
Cabutan bertuah turut diadakan di Dataran Ilmu SK Kompleks Gong Badak dan program telah berakhir pada jam 5.15 petang.
Cabutan bertuah turut diadakan di Dataran Ilmu SK Kompleks Gong Badak dan program telah berakhir pada jam 5.15 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)