Adik Auni Batrisyia dari kelas 6 Ibnu Sina telah menjuarai Pertandingan Selfie Puisi Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh SK Bukit Senggeh, Melaka.
Saturday, 5 November 2016
Tuesday, 25 October 2016
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK GONG BADAK 2016
25 Oktober 2016, Selasa - Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan SK Gong Badak yang bertempat di Universiti Malaysia Terengganu. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh En Ramly bin Abdullah, Timbalan Pegawai Pendidikan Dearah Kuala Nerus mewakili Tuan PPD Kuala Nerus.
Majlis bermula jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang. Pelbagai acara yang telah dipertandingkan termasuk sukaneka dan acara balapan. Semua rumah sukan menunjukkan semangat berpasukan dan bersungguh-sungguh dalam memungut mata rumah masing-masing. Kehadiran Para ibu bapa yang datang memberi sokongan amat membanggakan.
"Majulah Sukan Untuk Negara"

JOHAN PERTANDINGAN BAHASA TAMIL 1MALAYSIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
21 Oktober 2016, Tahniah kepada pasukan SK Gong Badak yang telah berjaya menjuarai Pertandingan Bahasa Tamil 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu yang telah dibimbing oleh Puan Sairabahanu dan dibantu oleh guru-guru pelatih. Pasukan ini akan mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan.
JOHAN PERTANDINGAN SELFIE PUISI SKK PERINGKAT KEBANGSAAN
18 Oktober 2016, SK Gong Badak terus menunjukkan kecemerlangannya apabila Adik Auni Batrisyia dari Kelas 6 Ibnu Sina telah muncul Johan Pertandingan Selfir Puisi SKK Peringkat Kebangsaan yang telah dianjurkan oleh SK Bukit Senggeh, Melaka. Majlis penyampaian hadiah akan diadakan pada 22 Oktober 2016 di UITM Melaka.
Saturday, 15 October 2016
CERAMAH PENGURUSAN JENAZAH
13 Oktober 2016, Jawatan Kuasa UPSR dan Panitia Agama Islam SKGB telah menganjurkan Ceramah Pengurusan Jenazah yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Wahab bin Mustaffa dari Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai kepada semua murid tahun 6. Antara objektif program ini ialah mendedahkan kepada semua murid tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah.
MAJLIS PERTUKARAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
12 Oktober 2016, Rabu - Majlis pertukaran Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn Siti Arbaiyah binti Yusof telah diadakan di tapak perhimpunan SKGB yang bermula pada jam 7.30 pagi. Beliau yang akan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam bermula pada 12 Oktober 2016 telah diraikan oleh semua guru dan murid. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan dan jasa beliau sepanjang beliau mengajar di SK Gong Badak. Semoga beliau terus cemerlang di sekolah baru nanti.
Friday, 14 October 2016
ANUGERAH JALINAN SKK-UA
11 Oktober 2016- Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah muncul pemenang dalam Kategori Akademik atas kecemerlangan dalam peningkatan program akademik dan kegiatan ko akademik serta program-program kluster dalam meningkatkan pencapaian akademik SK Gong Badak.
Penyelaras SKK En Khamrul Azwan bin Mohd Nawi telah dinobatkan antara 7 finalis anugerah tokoh jalinan. Anugerah ini lebih bermakna kepada SK Gong Badak satu-satunya sekolah rendah dalam Malaysia yang muncul sebagai pemenang dalam anugerah jalinan SKK-UA yang telah diadakan di UPM, Serdang.
Terima kasih dan tahniah kepada semua warga SKGB dalam menjayakan semua program sekolah yang dirancangkan demi memastikan kecemerlangan SKGB. Terima kasih kepada pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang banyak membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program yang dirancang.

Subscribe to:
Posts (Atom)