Social Icons

Monday, 16 October 2017

MERAIKAN WIRA BOLA SEPAK SEKOLAH

2 Oktober 2017, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah menerima khabar yang gembira dengan berita seorang murid tahun enam Muhammad Hazim dari kelas 6 Ibnu Sina terpilih ke Barcelona, Sepanyol mewakili Negara Malaysia di Klinik Bola Sepak Milo di sana. Tahniah, selamat berangkat dan  selamat maju jaya.







PERTANDINGAN BOLA SEPAK MINI PRASEKOLAH

27 September 2017, Pertandingan Bola Sepak Mini Prasekolah yang telah berlangsung di Padang Kompleks Sukan Gong Badak yang melibatkan 7 orang murid pra SKGB. Tahniah kepada jurulatih dan murid biarpun kemenangan tidak menyelebahi kali ini.


LAWATAN MURID TAHUN 6

26-28 September 2017, Lawatan murid tahun 6 seramai 35 orang telah diadakan ke Johor Bharu dan Melaka. Tujuannya memberi pengalaman serta pendedahan kepada murid tentang dunia luar.








LAWATAN MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

25 September 2017, Lawatan ini telah disertai oleh murid-murid Pendidikan Khas Integrasi bersama guru-guru dan juga ibubapa ke KidZania dan sekitar Kuala Lumpur.







Wednesday, 20 September 2017

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN 2017

21 September 2017, Jawatankuasa Perayaan SK Gong Badak telah mengadakan Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2017 di dataran perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah pertandingan koir lagu patriotik oleh unit beruniform masing-masing dan juga pertandingan pakaian beragam murid tahap 2. Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.













LAWATAN PRA SEKOLAH

18 September 2017, Jawatankuasa Pra Sekolah SK Gong Badak telah mengadakan lawatan ke Noor Arfa Batik, Chendering dan A&W di Batu Burok. Seramai 50 orang murid Pra Sekolah dan 8 orang guru pengiring yang telah menyertai lawatan tersebut. Murid-murid telah didedahkan mewarna lukisan batik dan bermain bersama binatang. Antara objektif lawatan tersebut supaya mereka dapat mempelajari dan merasai pengalaman berada di luar kawasan sekolah.










MAJLIS RESTU ILMU CALON UPSR

8 September 2017, Jawatankuasa UPSR dan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan Majlis Restu Ilmu kepada semua murid tahun 6 bertempat di dataran perhimpunan pada jam 7.30 pagi. Semua murid tahun 6 telah mendengar amanat dari ketua panitia masing-masing. Mereka juga telah diberi kata-kata semangat daripada tuan guru besar dan penyelaras UPSR. Mereka turut membaca ikrar dan memohon maaf dari semua guru SK Gong Badak. Semua guru mendoakan kejayaan anak-anak SKGB dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.