27 Februari 2018, Panitia Agama Islam telah menganjurkan Pertandingan MTQ Peringkat Sekolah bagi semua murid tahun 4, 5 dan 6 di dewan sekolah. Sambutan yang menggalakkan daripada semua murid tahap 2.
Tuesday, 20 March 2018
Sunday, 11 March 2018
LAWATAN KE EKSPO TERENGGANU 2018
26 Februari 2018, Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah memilih 36 orang murid tahun 5 menyertai lawatan ke Ekspo Terengganu yang bertempat di Stadium Gong Badak. Lawatan tersebut bermula jam 2.00petang hingga 5.00 petang dan berpeluang melihat pameran tentang keindahan Negeri Terengganu.
KEJOHANAN SQUASH MSS TERENGGANU
25 Februari 2018, 3 orang murid Sekolah Kebangsaan Gong Badak telah mengharumkan nama sekolah dengan merangkul pingat emas kategori lelaki, pingkat emas kategori perempuan dan pingat gangsa kategori perempuan dalam kejohanan tersebut. Lebih membanggakan lagi mereka akan mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan nanti.
Monday, 19 February 2018
KEJOHANAN PING PONG MSSD PERINGKAT KUALA NERUS
14 Februari 2018, Kejohanan ini telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Hj Abbas yang melibatkan 8 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Gong Badak. Namun begitu, Adik Muhammad Adam pelajar tahun 6 Saidina Hamzah tidak mengecewakan pihak sekolah apabila muncul Naib Johan dalam kejohanan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta.
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MUDA
13 Februari 2018, Jawatankuasa Pemimpin Muda telah mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda bagi sesi 2018 yang telah melibatkan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Buku Teks dan Pembimbing Rakan Sebaya. Seramai 185 orang pemimpin muda telah menyertai kursus tersebut yang bertempat di Dewan Kuliah Utama, Institut Latihan Perindustrian, Kuala Terengganu. Ceramah Kepimpinan telah disampaikan oleh Major Ahmad Termizi bin Abdul Aziz, Penolong pendaftar, Universiti Sultan Zainal Abidin(uniSZA). Penerangan tugas dan tanggungjawab oleh pembimbing telah disampaikan dengan jayanya kepada pengawas masing-masing. Semoga dengan kursus ini dapat memantapkan lagi diri pelajar sebagai seorang pemimpin dan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah serta dedikasi.
MAJLIS PENYERAHAN KEPUTUSAN UPKK
8 Februari 2018, Keputusan UPKK bagi tahun 2017 telah diserahkan di dewan sekolah dengan keputusan yang agak membanggakan pihak sekolah. Seramai 135 orang calon yang telah menduduki ujian tersebut, yang telah mendapat 8A seramai 42 orang manakala 7A seramai 7 orang.
Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dalam ujian tersebut.
Tahniah kepada semua murid yang telah berjaya dalam ujian tersebut.
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM" I'M SAFE"
4 Februari 2018, Majlis ini telah dijalankan oleh Jawatankuasa Unit PPDa dan Unit Bimbingan dan Kaunseling yang telah bertempat di Tapak Perhimpunan serentak di seluruh Neregi Terengganu. Majlis telah dirasmikan oleh tuan guru besar dan perutusan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah disampaikan oleh PK Hal Ehwal Murid. Selama satu minggu program berjalan dengan pelbagai aktiviti tentang penyalahgunaan dadah, merokok dan sebagainya.
Subscribe to:
Posts (Atom)





































