Ahad,26 Januari 2014. Badan Disiplin dan Pengawas serta Unit bimbingan dan kaunseling telah mengadakan satu Majlis Watikah Perlantikan Pengawas bagi tahun 2014 yang telah dirasmikan oleh Lans Koperal Mohd Zareen bin Abd Rahman dari Balai Polis Gong Badak,Kuala Terengganu.
Seramai 76 orang Pengawas Sekolah, 75 orang Pengawas Pusat Sumber, 28 orang Pembimbing Rakan Sebaya dan 24 orang Pengawas Skim Pinjaman Buku Teks.
Antara objektif Majlis ini diadakan adalah
1. Memberi pengiktirafan kepada pengawas agar sentiasa dihargai
2. Memberikan pendedahan kepada pengawas berkaitan perjalanan pengurusan majlis
3. Menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.
Adalah diharapkan agar Majlis Watikah Perlantikan Pengawas ini akan memberi suntikan semangat kepada pengawas untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi demi memastikan Sekolah Kebangsaan Gong Badak mencapai disiplin sifar.