Social Icons

Saturday 22 February 2014

LAPORAN PROGRAM MOTIVASI TAHUN 6




12 FEBRUARI 2014, Rabu. - Jawatan Kuasa Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu program motivasi untuk murid tahun 6 SK Gong Badak, yang bertempat di Dewan Sk Gong Badak. Seramai 131 orang murid tahun 6 telah menyertai program tersebut dari jam 8.00 pagi hingga 1.30 petang. Slot yang pertama telah dikendalikan oleh Guru bimbingan dan Kuanseling, Puan Nor Ulfah binti Muda. Manakala slot seterusnya telah dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Ahmad Termizi bin Abd Aziz, Penolong Pendaftar Kanan, Universiti Sultan Zainal Abidin (Kampus Gong Badak).

Antara objektif program ini ialah:
    i. 
        1. Membimbing dan menyedarkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar dalam menimba ilmu pengetahuan.
  
 Me     2. wujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam UPSR serta mempunyai keterampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.

   ii    3. Memberi semangat,kekuatan dan kesedaran kepada emosi pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR..

Semoga dengan perlaksanaan program ini, sekolah akan dapat merealisasikan segala matlamat dan impian iaitu ingin menjadi sebuah sekolah cemerlang dan gemilang.

 
Latihan Dalam Kumpulan

Latihan Pengurusan Masa

Motivasi oleh En.Termizi


Cenderamata dari UNISZA

Motivasi Oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling