Social Icons

Monday 18 August 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI ANAK-ANAK YATIM

17 Ogos 2014, Ahad- Universiti Malaysia Terengganu telah menjemput 10 orang anak-anak yatim dan 2 orang guru pengiring Sekolah Kebangsaan Gong Badak untuk meraikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anak-anak yatim.
Pengangkutan ke UMT telah disediakan oleh pihak Universiti. Majlis bermula pada jam 12.00 tengahari dengan ucapan oleh Naib Canselor,Universiti Malaysia Terengganu.
Seterusnya, majlis penyampaian duit raya kepada 100 orang anak-anak yatim yang terdiri dari pelbagai sekolah.
Majlis berakhir pada jam 1.30 petang. Terpaut kegembiraan di wajah anak-anak yatim. Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada warga Universiti Malaysia Terengganu atas jemputan tersebut.



Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Anak-anak yatim SK Gong Badak

Guru pengiring

Majlis penyampaian duit raya kepada anak yatim