Social Icons

Friday 14 October 2016

KEM ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN

10-11 Oktober 2016- Unit Bimbingan dan Kaunseling dari 4 buah sekolah iaitu SK Gong Badak, SK Kompleks Gong Badak, SK Kompleks Seberang Takir dan SK Teluk Pasu telah berkolaboratif menganjurkan Kem Anak-anak Yatim dan Miskin yang telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Yayasan Bakti Negara Terengganu. Anak-anak yatim telah dibawa berkunjung ke Aeon Mall dan Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. Mereka telah bermalam di Demong Beach Resort, Besut, Terengganu.
Seramai 80 orang peserta telah mengikuti program ini selama 2 hari 1 malam. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Adam bin Mohd Ghazali, Pengarah Eksekutif, Yayasan Bakti Negara Terengganu.
Antara objektif kem tersebut ialah memberi pengalaman kepada murid-murid yang tidak berpeluang dan tidak berkemampuan ke tempat-tempat tersebut. Dengan adanya kem seperti ini, mereka akan merasakan diri mereka sangat dihargai dan dapat merasai pengalaman seperti orang lain.
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama Pihak Yayasan Bakti Negara Terengganu.